27

236 22 3
                                    

Kerana kau dari Dia

Tangan membuka wardrobe yang berada di tengah bilik. Puas dia membelek baju di dalam wardrobe itu sebelum pakaian yang kemas terlipat, ditarik oleh Aisy. Sebaik hari itu Aisy ada tinggalkan beberapa helai pakaiannya di rumah Papa. Tak sangka yang ia berguna juga rupanya. Pintu wardrobe Aisy kembali ditutup.

Pancuran air dari bilik air kedengaran menggetarkan gegendang telinga Aisy. Adam, lelaki itu sedang mandi. Aisy mula mendekati katil di tengah bilik. Nak berdiri tunggu Adam siap mandi pun, Adam baru saja masuk ke dalam bilik air. Tubuhnya direbahkan di atas katil tersebut. Televisyen yang menayangkan rancangan memasak, dibiarkan berpasang. Dengan spontan, mata miliknya terpejam sendiri.

Penatnya badan. Aisy mengeliat kecil. Kakinya dijuntaikan ke bawah. Mungkin penat kerana perlu menunggu Adam di basement tadi agaknya. Nasib kepala yang petang tadi tak habis-habis bermogok dengan tuannya sudah semakin reda sekarang ini. Cuma tekak dia sahaja terasa sedikit loya dari biasa. Perut pula masih sama seperti tadi. Tak selesa. Baringannya diperkemaskan.

Hampir seminit, Aisy pandang pada televisyen yang berpasang itu. Bosannya! Mana tak bosan, jika Adam menayangkan saluran perlawanan bola sepak.

Mulutnya Aisy sudah menguap untuk kali kedua. Laju  Aisy bangun dari baringannya selepas ini. Tak boleh jadi ni! Meja kabinet televisyen yang berhadapan dengan katil, dihampiri. Nak tukar saluran.

Tangan capai remote yang ada di atas kabinet tersebut sebelum matanya terarah pada telefon Adam yang sedari tadi tidak berhenti berbunyi menandakan ada mesej baharu masuk.

Ting! Ting!

Sedang Aisy menukar-nukar saluran, telefon Adam tidak berhenti berbunyi. Pada mulanya Aisy mengambil keputusan untuk mengendahkan saja tetapi entah mengapa Aisy terasa terganggu dan musykil apabila tidak berhenti-henti mesej masuk.

Aisy intai pada nama yang naik. Dan tepat dengan sangkaan Aisy, kesemua mesej itu adalah dari Atiya.

Atiya
4 messages unread

Ting!

5 messages unread

Atiya:
You yang bawa I ke hotel malam tu kan
You yang salah
I tak kira, kita kena cepatkan wedding kita

Ting!

Atiya:
I tak nak benda ni terbongkar
Kalau tak, habis rosak nama baik family I
No excuse, kita kena cepatkan wedding

Aisy kerut dahi membaca. Perlahan-lahan telefon Adam yang masih terletak elok di atas kabinet itu, dicapai. Tak tahu mengapa tetapi, seperti ada sesuatu yang tidak kena yang menarik Aisy untuk melihat mesej yang dari Atiya ini.

Makin berkerut dahi Aisy melihat mesej-mesej baru dari Atiya itu. Sah seperti..ada yang tak kena.

Tangan Aisy mula naik menyeret skrin keatas sebelum mesej terakhir Adam bersama Atiya di atas-atas turut dibaca oleh Aisy.

Atiya:
I pregnant anak you

Tangan Aisy yang memegang telefon Adam mula menggigil. Astagfirullah.

Adam:
You gila ke Atiya?
Kita kahwin pun belum
I tak pernah sentuh you tahu

Atiya:
You jangan buat-buat lupa, Adam
You ingat ke lupa, itu bukan masalah i
Yang penting, you kena bertanggungjawab
I tak kira

Ting! tak lama kemudian beberapa gambar baru yang dihantar oleh Atiya mula masuk ke notifikasi.

Tangan Aisy yang sudah menggigil tadi, semakin menggigil sebelum tangan Aisy dibawa pula untuk menekan gambar tersebut. Gambar yang menunjukkan ujian kehamilan yang jelas bertanda dua garis biru yang baru saja dihantar oleh Atiya. Pandangan Aisy tanpa sedar mulai kabur. Laju Aisy seka air mata yang mengalir.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now