55

240 18 5
                                    

Kerana kau dari Dia

Tepat jarum jam menunjukkan pukul sembilan pagi, baru lah Aisy selamat sampai di pejabatnya. Aisy ulang lagi sekali, sembilan pagi ya. SEMBILAN PAGI. Lewat sejam daripada waktu yang sepatutnya!

Tanpa sedar, keluhan berat dilepaskan. Itu belum lagi Aisy buka cerita tentang berapa kelajuan yang dia sudah pandu tadi. Rasanya jika ada sepuluh polis yang nampak bagaimana Aisy pandu, sepuluh saman Aisy akan dapat.

Memang jika tersilap langkah tadi memang akan terus ke alam barzakh. Rasanya jika ada anugerah pekerja paling datang lambat, memang Aisy lah penerimanya.

Aisy mengeluh lagi apabila teringat kejadian pagi tadi. Dia pun tidak tahu apa yang tidak kena dengan Aaira hari ini.

Yang Aisy tahu apabila bangun saja Aaira dari tidur, terus Aaira lancarkan serangan mogok terhadap Aisy. Si kecil itu menangis dan merengek tak berhenti sehingga menyukarkan Aisy untuk bersiap ke kerja. Mungkin penat semalam belum hilang lagi.

Aisy hela nafas berat. Fail kerjanya, ditutup. Sempat kepala dibawa bersandar terlebih dahulu pada dinding kerusi sebelum tangan mula memicit pelipis. Mata spontan terpejam sendiri.

Baru throwback sedikit apa yang terjadi pagi tadi pun, sudah berjaya buat Aisy stress. Itu belum cerita fasal stress kerja lagi. Fail kerja jangan ditanya. Semuanya nak menggunung macam tak ada hari esok.

"Kau betul-betul dah sihat ke ni, Aisy?" dahinya tiba-tiba terasa hangat disentuh. Aisy buka matanya semula.

Naura.

Soalan Naura, Aisy angguk kepala malas sebelum matanya kembali dipejam.

"Betul ke ni dah sihat?" Naura menyoal lagi. Kali ini tangan Naura mendarat pula pada kedua pipi Aisy sebelum kembali ke dahi semula.

"Macam dah tak panas" perlahan suara Naura tetapi masih boleh didengari oleh Aisy. Mendengar itu, Aisy rasa seperti mahu mengguling biji matanya.

"Kalau belum sihat tak adanya aku nak hadap kerja banyak macam ni" Aisy masih pejam matanya. Sempat telinganya menangkap ketawa milik Naura yang terhambur mendengar balasannya.

"Memang banyak pun" suara Naura. Sempat mata gadis itu mengerling fail kerja di atas meja Aisy itu. Ketawanya terhambur lagi.

Tak tipu, memang banyak pun. Boleh dikatakan menggunung jugalah.

"Stress pagi tadi dah hilang tak?" Naura angkat kening. Saja mahu mengusik Aisy.

Laju Aisy buka matanya semula. Dia geleng kepala. Muka menyampah dengan soalan Naura, ditayang.

Naura tahan gelak. Rasanya dari tengok muka Aisy yang serabut itu, sudah boleh teka yang Aaira buat perangai lagi pagi tadi.

"Kenapa? Aaira nak ikut kau pergi office lagi ke?" Aisy geleng kepala.

"Habis tu?" soalan Naura itu Aisy angkat bahu, tak tahu. Macam Aisy cakap tadi lah, sejujurnya Aisy pun tak tahu apa yang tidak kena dengan Aaira. Nak kata sebab nak ikut pergi office, bila hantar taska okay saja.

Nak kata nak susu, tak juga. Nak kata tak cukup tidur, Entah. Tapi mungkin jugalah.

Kerana semalam dekat kereta Adam pun Aaira cuma tidur-tidur ayam saja. Balik rumah baru dapat tidur lena itu pun sudah lewat malam.

"Mungkin penat semalam tak hilang lagi" Aisy membalas. Tengkuk di sebalik tudung yang lenguh, diurut perlahan.

Boleh jadi juga sebab penat. Memang lah penat kalau pukul 10 malam yang sepatutnya si kecil itu sudah tidur pun, boleh aktif lagi. Belum cerita yang Aaira menjerit-jerit ketika Adam bermain bola sepak semalam. Konon-konon jadi cheerleader lah tu.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now