72

198 14 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Seminggu berada di rumah Ibu sebelum mereka bertolak pula ke rumah keluarga Adam. Dan selepas itu, seminggu pula berada di rumah Papa untuk melangsungkan majlis resepsi belah keluarga Adam.

Minggu lepas adalah minggu yang sangat sibuk yang pastinya. Majlis belah keluarga Adam semestinya lebih mewah dan boleh dikatakan semua tetamu adalah dari kalangan orang yang berada semuanya. Aisy tersenyum kecil mengingatkan kejadian minggu lepas. Walaupun badan penat, tetapi dalam pada masa yang sama dia gembira dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan keluarga Adam.

Tidak sangka pula Aisy yang Adam mempunyai sepupu yang baik dan peramah. Sangat senang untuk berbual. Aaira juga sudah semakin selesa dengan Mama, Papa dan Nek Tuk sehinggakan si kecil itu menangis sewaktu mahu bergerak ke rumah Adam semalam. 

Dan sejak semalam juga mereka agak sibuk kerana Aisy sudah mulai berpindah ke rumah Adam. Itu yang dari semalam sampai sekarang, Aisy dan Adam tidak berehat dari mengemas. Itu pun masih banyak lagi barang Aisy dan Aaira yang masih perlu dikemaskan lagi.

Yang paling bersemangat mengemas semestinya lah Adam. Kalau ikutkan Aisy, mahu kemas sedikit demi sedikit saja tidaklah sakit badan nanti tetapi Adam punya semangat sehingga mahu siapkan semuanya hari ini.

Aisy pula banyak mengelat saja sejak tadi memandang perlu melayan karenah Aaira yang semakin melihat Aisy sibuk semakin banyak akal si kecil itu. Merengek mahu susu lah, sekejap merengek mahu dengan Adam dan sekejap merengek mahu ikut Adam mengemas sekali.

"Nak lagi?" Aisy angkat sudu yang berisi nasi sebelum Aaira dengan wajah yang sudah comot dengan nasi itu, geleng kepala laju.

Si kecil itu mula merengek kecil. Kaki kecilnya sudah dihentak-hentakkan pada angin. Protes mahu keluar dari kerusi bayi. Aisy tergelak kecil.

Tahu sangat Aaira nak naik atas, nak sambung kacau Adam mengemas.

"Aaira kena makan dulu, baru Mama bagi keluar" mendengar saja arahan Mamanya itu, Aaira semakin merengek. Kepalanya digeleng-gelengkan.

"Aaira makan lah sikit. Penat Mama masak tadi" Aaira palingkan wajahnya menjauhi suapan. Mulutnya pula dikatup ketat-ketat.

Aisy ketawa kecil. Bila Aisy menyua lagi sudu ke mulut Aaira, si kecil itu geleng kepalanya tak mahu.

Aaira yang sudah comot dengan nasi itu merengek kecil. Aisy tahan ketawa. Bukannya dia tidak tahu yang Aaira mahu naik atas dan mengacau Adam.  

"Ye lah. Aaira bagitahulah Mama, Aaira nak apa sebenarnya?" si kecil itu masih merengek. Tubir mata Aaira sudah bertakung dengan air mata.

Aisy hambur ketawa sebelum dia geleng kepala kecil. Lantas, Aaira yang berada di kerusi bayi itu Aisy keluarkan dan didukung olehnya dan barulah si kecil itu mulai senyap. Si kecil itu peluk belakang Mamanya.

"Sayang Mama ni nak apa?" Aisy tepuk belakang Aaira. "Nak Papa?"

Bila terasa Aaira seperti menganggukkan kepala, Aisy senyum kecil.

Lantas, Aisy mendekati sinki. Pili air dibuka sebelum mulut Aaira yang comot itu dibersihkan terlebih dahulu. Punyalah tadi Aisy berperang di dapur untuk siapkan menu bayi yang viral di tik tok untuk Aaira makan tetapi akhirnya si kecil itu boleh tak mahu makan pula.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt