56

245 19 3
                                    

Kerana kau dari Dia

Mata Aisy meliar pada buku menu di atas meja. Tanda harga di hujung setiap menu, Aisy pandang sebelah mata saja.

Bukannya tak cakap, tapi Aisy dah cakap tadi. Aisy cakap, tak perlu pun makan dekat sini kerana mahal tetapi Adam kata guna duit dia bukan duit Aisy. Aisy hanya turuti saja, malas nak bergaduh.

Selesai memilih menu untuk diri sendiri, Aisy mula memilih menu untuk Aaira pula. Untuk Aaira, Aisy hanya memesan spaghetti aglio olio bersaiz small saja. Sebab rasanya Aaira dah kenyang kerana sebelum Aisy menelefon Ibunya tadi, Aaira sudah menyusu. Itu yang Aisy hanya pesan saiz small saja.

Selesai mereka memesan, pelayan tadi mula beredar dari meja mereka. Dan buat beberapa saat, suasana meja mereka mula terasa janggal.

Baru Aisy mahu melayan Aaira untuk menghilangkan rasa janggal tersebut, Adam dihadapannya terlebih dahulu telah mengangkat Aaira yang berada di kerusi bayi dan diletakkan di atas riba lelaki itu.

Sebelum meja mereka kembali meriah dengan bunyi Aaira dan Adam ketawa. Aisy pula hanya senyap saja sejak tadi memandangkan Adam pun hanya melayan Aaira saja.

Apabila makanan sampai, terus makanan tersebut Aisy suakan ke mulut. Pelik juga Aisy bagaimana kedai ini boleh tawarkan harga yang tinggi. Padahal rasa seperti makanan biasa saja, harga saja yang mahal. Aisy mengkritik di dalam hati.

Makanan di pinggannya, dikuis-kuis. Makanan yang tak sedap atau dia yang tak ada selera nak makan, Aisy pun tak tahu.

Aisy angkat kepala apabila terasa seperti gerak gerinya diperhati sejak tadi. Lantas, wajah Adam yang juga sedang memandangnya menjadi pemandangan.

Mereka berdua membalas pandangan buat beberapa saat sebelum Aisy kembali memandang makanan lalu makanan tersebut kembali disua ke dalam mulut. Aaira di riba Adam pula seronok dapat menepuk-nepuk meja makan. Buat macam gegendang.

"Senyap je, kenapa?" Adam menyoal.

"Saja"

"Marah lagi ke?" suara Adam seperti menjauh. Terpinga-pinga Aisy. Keningnya diangkat. Tak lama selepas itu, telinga Aisy menangkap keluhan kecil dari Adam.

"Kenapa nak kisah dengan pandangan orang sekeliling? Aku datang rumah kau sebab nak jumpa Aaira. Bukan nak buat benda tak elok. Kau pun tahu benda tu kan?"

Aisy mengumam kecil.

"Habis tu?" lelaki itu geleng kepala. "Kau tak suka aku datang jumpa Aaira?"

"Aku minta maaf" terangkat kepala Aisy apabila mendengar perkataan maaf dari Adam.

"Kalau kau marah lagi fasal dulu, aku minta maaf. Kalau kau marah aku jumpa Aaira pun, aku minta maaf"

"Saya nak tanya" Aisy jatuhkan sudu dan garfu di tangannya. Wajah Adam dipandang.

"Kenapa ye awak macam ni? Apa yang awak nak dari saya sebenarnya? Kalau awak nak balas dendam sebab kononnya saya yang perangkap awak dulu tu, baik awak berhenti je lah Adam. Saya dah cukup sengsara dah. Saya tahu awak bukannya ikhlas pun"

"Memang aku ni tak layak dapat peluang kedua dari kau ke, Aisy?" perlahan lelaki itu menyoal. Sepasang matanya redup menangkap sepasang mata milik Aisy.

"Aku minta maaf"

"Saya maafkan" Aisy membalas. "Tapi saya tak boleh lupa apa yang awak buat dekat saya dulu"

"Kita kahwin, dan aku akan jamin kau akan bahagia. Sumpah, aku tak main-main" Adam berkata sungguh. Wajahnya serius.

Tergelak Aisy. Kepalanya digeleng-gelengkan.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now