31

230 25 2
                                    

Kerana kau dari Dia

Seusai mandi, pili air pancut dipusing untuk menutup lantas, air yang deras turun dari
pemancut seperti tadi terhenti. Tangannya kemudian mencapai tuala yang tersangkut di penyangkut tuala sebelum pintu kamar mandi dibuka dan Aisy keluar dari bilik air tersebut.

Siap menyarungkan baju pada tubuh, tuala yang digunakan untuk mengelap rambutnya, disidai sambil tangan lagi satu mengurut kepalanya yang dari tadi adakan aksi mogok. Aisy berdecit. Mungkin sebab tadi dia redah hujan lebat dan terlupa bawa payung. Itu yang sekarang kepalanya pusing tak habis-habis. Sudahlah dia memang pening kepala. Jadi sekarang ini ekstra sakit kepala jadinya.

Aisy mula keluar dari bilik bersama minyak angin di tangan. Kakinya yang mahu melangkah ke arah dapur terhenti apabila melihat ruang tamu yang kosong. Dahinya sedikit berkerut. Adam tak balik lagi?

Langsung, kakinya berubah mendekati tingkap di hujung ruang tamu dan menyelak sedikit langsir. Hanya kereta Aisy sahaja ada di garaj. Aisy mengerling jam pada dinding. Maghrib pun hampir melabuhkan tirainya. Langit yang gelap di luar sana menggamitkan lagi rasa gusar dalam hati Aisy.

Aisy sudah balik dari tempat kerja dan sudah selesai mandi tetapi Adam masih tidak balik lagi.

Aisy capai telefonnya di kabinet televisyen. Lama Aisy fikir untuk telefon atau tidak, sebelum dia letak kembali telefonnya di tempat asal. Aisy mengeluh kecil. Tubuhnya disandarkan pada sofa.

Sesekali dia mengerling ke arah jam dinding semula. Kepalanya yang makin berdenyut diurut. Rasanya jika Adam sudah balik, memang Aisy sudah terbaring atas katil tunggu isyak baru dia bangun kembali. Aisy mengeluh kecil. Matanya dipejam rapat. Perutnya yang dari tadi terasa tidak selesa itu diusap lembut.

Aisy mengeluh perlahan. Tekaknya juga terasa loya tetapi Aisy tahan dirinya dari muntah kerana hari ini saja sudah berkali-kali Aisy muntah. Dan jika Aisy muntah lagi, dia tak rasa dia ada tenaga lagi.

Aisy sandarkan kepalanya di sofa. Mata dipejam melayan sakit kepalanya.

Tiba-tiba kedengaran bunyi sesuatu memasuki perkarangan rumah. Lekas Aisy bangun dan menyelak langsir tersebut. Dan tekaan Aisy tepat apabila melihat kereta Adam yang mula masuk ke dalam perkarangan rumah.

Matanya beralih ke arah kereta Adam yang basah dengan tempias hujan di luar rumah. Hujan lebat dari asar tadi tidak reda lagi.

Sedang dia bermonolog sendiri, bunyi pintu berkuak dari luar kedengaran. Laju Aisy menoleh memandang ke arah Adam yang mula masuk ke dalam rumah.

Lelaki itu memandang Aisy sekilas sebelum lelaki itu melonggarkan ikatan tali leher. Baru Aisy mahu mendekati lelaki itu, tiba-tiba Aisy terbau sesuatu yang busuk. Busuk sangat.

Berkerut Aisy memandang Adam. Tekaknya terus rasa loya yang teramat. Aisy pegang perutnya yang terasa tidak selesa yang teramat.

Sebelum laju Aisy berlari ke dapur dan mengeluarkan isi perutnya. Apa yang busuk sangat ni!

Berkali-kali Aisy memuntahkan isi perutnya di sinki. Tekaknya terasa loya sebelum tidak lama selepas itu pili air dibuka.

"Kau kenapa?" suara Adam dari belakang benar-benar mengejutkan Aisy. Dadanya disentuh. Dan baru dia mahu menoleh memandang Adam yang sedang mendekatinya, bau busuk itu kembali datang.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now