22

270 32 5
                                    

Kerana kau dari Dia

Dari tadi, Aisy hanya mengikut seratus peratus arahan dari telefonnya. Bila telefonnya mengarahnya untuk ke kiri, Aisy ke kiri. Jika kanan, Aisy akan pusing stereng ke kanan. Boleh tahan juga jauhnya kedai makan tersebut dari gudang tadi.

Suasana di dalam kereta masih kekal berjeda, hanya sesekali sahaja kedengaran suara arahan dari google maps yang memecahkan kesunyiannya saat ini.

"Turn right" arahan diberi. Lantas, terus Aisy tekan signal ke kanan. Mahu tak mahu, stereng dipusingkan juga kearah itu.

Sempat juga matanya mencuri-curi mengerling jam di dashboard sekilas. Tepat ia menunjukkan pukul enam setengah petang.

Aisy lajukan pemanduannya sedikit. Cepat selesai, cepat balik. Senang. Lagipun dia cadang, sampai saja di kedai itu nanti dia mahu solat terlebih dahulu.

Ting!

Bunyi notifikasi baharu diterima masuk, laju matanya mengerling. Nama Naura naik sama.

Naura:
Kau dah keluar gudang ke belum?
Dah solat?
Nanti terus balik. Malam-malam tak elok merayap seorang diri.

Aisy senyum nipis. Risau sungguh kawan baiknya itu. Dari pagi tadi tidak habis menjejak kasih, hantar mesej-mesej gaya prihatin teruk. Aisy tak menjawab, malah matanya kembali fokus pada pemanduannya. Nak mati sungguh kalau dia capai telefon dan membalas mesej Naura sekarang ini.

Tak ada kerja nak melayangkan duit buat bayar saman polis.

Aisy geleng kepala.

Tapi jauh di sudut hati, hakikatnya Aisy meronta-ronta menunggu notifikasi dari Adam. Dari di gudang lagi Aisy sudah mesej kepada suaminya untuk meminta izin keluar sebentar. Tetapi sehingga sekarang, tiada balasan yang diterima. Dia ingatkan bunyi 'ting' tadi itu balasan mesej dari Adam. Bersemangat jugalah sedikit. Tapi rupanya Naura.

Keluhan berat dilepaskan. Adam tak perasan mesej dia atau buat-buat tak perasan ni?

Ada juga sebelum ini, Aisy hantar mesej kepada Adam jika dia mahu keluar ke supermarket atau makan bersama kawan-kawannya. Adam cuma tinggalkan bluetick atau kadang kala double tick sahaja. Tidak pernah lelaki itu membalas.

Aisy bukan apa, kalau dulu dia tak terikat dengan apa-apa boleh jugalah dia keluar pagi balik malam, keluar ikut suka hati saja. Tapi sekarang ini dah tidak boleh. Walaupun Aisy tahu, hakikatnya Adam tak kesah pun tentang dia yang balik lewat atau tak balik langsung pun tapi.. Dia masih tak senang dengan semua itu. Syurganya masih di bawah tapak kaki Adam.

Hai lah, Ayat sendu mana kau tapau ni, Aisy?

Confirm dapat ilham dari cerita-cerita sendu di tv3 yang ditontonnya. Itu yang turut menyendu sekali.

Sebenarnya tadi dia mahu membalas tidak mahu kepada Zarif, tapi laju saja lelaki itu masuk ke perut kereta. Dia terpaksa jugalah akur. Tak tahu pula jauh tempat ini dari gudang. Kalau tidak mengenangkan Zarif itu ialah rakan sekerjanya, sudah lama dia balik terus ke rumah. Bukannya lelaki itu tahu pun, kan?

Ataupun tipu sunat lah kata dah separuh jalan tiba-tiba sakit perut pula dan itu buatkan Aisy terus balik ke rumah. Tapi itu KALAU Zarif bukan rakan sekerjanya. Hakikatnya ia bertentangan sekarang ini. Aisy geleng kepala sambil mata dijuling keatas.

Lima minit berlalu, Aisy mula memperlahankan kelajuan kereta miliknya. Serentak dengan matanya yang membundar mencari tempat parkir. Tepat bila mana matanya terhenti pada kereta milik Zarif, ada pula parkir kosong di sebelah kereta itu. Laju Aisy menapakkan keretanya di situ. Enjin kereta mula dimatikan.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin