47

266 23 6
                                    

Kerana kau dari Dia

Aisy bergegas menuju ke keretanya. Bagai nak luruh jantung Aisy tadi apabila pengasuh Aaira di taska menelefon Aisy mengatakan bahawa Aaira demam panas di taska.

Aisy bagaikan orang hilang arah sekarang ini. Dengan kelam kabut, tas tangannya diseluk untuk mencari kunci kereta sebelum hampir seminit, keretanya telah membelah jalan.

Memang malam tadi sewaktu Aisy mahu tidurkan Aaira, badan Aaira terasa panas sedikit. Aisy sangka hari ini akan reda panas tersebut. Tidak menyangka pula bahawa Aaira akan demam panas begini.

Aisy capai telefonnya di dalam tas tangan apabila deringan mula kedengaran.

"Naura, nanti kalau boss tanya cakap aku ada emergency"

Aisy masih fokus pada pemanduannya. Tanpa sedar Aisy sudah memecut melebihi kebiasaan. Apabila lampu isyarat bertukar merah, barulah Aisy memberhentikan keretanya. Dia mengucap panjang. Jantungnya berdetak laju. Dia benar-benar risau. Mengapa lah dia tidak terus membawa Aaira ke klinik dari malam tadi.

"Aisy?" hampir terkejut Aisy. Dahinya sedikit berkerut.

Naura? Eh? Tetapi mengapa suara seperti seorang lelaki?

Apabila jatuh saja mata Aisy pada nama si pemanggil, pipi Aisy mula berbahang. Hilman!

Aisy mengucap panjang lagi. "Abang Hilman, Aisy-"

Terhinjut bahu Aisy apabila kereta belakang mula membunyikan hon. Bila Aisy pandang hadapan, lampu isyarat sudah bertukar ke warna hijau.

Kenapa huru hara sangat ni Aisy. Matanya dipejam sesaat sebelum minyak kembali dipedal.

"Abang Hilman, nanti Aisy call balik"

Belum sempat Hilman mahu membalas, Aisy sudah matikan panggilan mereka. Matanya kembali fokus pada pemanduan.

Walaupun jauh di hati, Aisy berasa bersalah mematikan panggilan dengan Hilman begitu saja tetapi Aisy terlalu risaukan Aaira sekarang ini. Stereng dipusing ke kanan pula apabila Aisy mahu masuk ke kanan.

Apabila sampai sahaja di hadapan klinik, Aisy terus mendapatkan salah satu pengasuh taska di situ. Bagai mahu luruh jantung Aisy apabila melihat Aaira sedang terbaring lesu di atas sofa klinik.

Aisy mendekati Aaira. Apabila Aisy cuba mengangkat Aaira ke dalam dukungannya, terus Aaira merengek dan menangis. Badannya juga panas.

Aisy menepuk-nepuk belakang Aaira. Mengharap rengekkan anaknya berkurang. Dahi Aaira yang panas, dikucup oleh Aisy.

Melihat Aaira yang lesu di dukungannya, Aisy rasa seperti mahu menangis. Baru semalam Aaira lincah bermain dengannya.

Sepuluh minit doktor merawat Aaira, akhirnya doktor memberi keputusan bahawa Aaira hanya demam biasa saja. Aisy hela nafas leganya.

Sambil menunggu namanya dipanggil untuk mengambil ubat, Aaira sudah tertidur di dalam dukungan Aisy. Aisy mengeluh perlahan.

Biasalah sindrom mak-mak. Bila anak sakit memang akan hormon risau itu terlebih sikit. Aaira pula jarang demam panas begini. Biasanya jika Aaira demam pun, anaknya itu masih aktif bermain seperti biasa.

"Tengku Aaira Fatiha" Aisy angkat kepala apabila nama anaknya dipanggil. Lantas, tas tangan di kerusi sebelah Aisy capai sebelum bersama-sama Aaira di dukungannya, dia mendekati kaunter farmasi.

Aisy hanya mengangguk kepala apabila pekerja klinik itu menerangkan kepadanya tentang pengambilan ubat-ubatan sebelum dia mula keluar dari klinik bersama plastik ubat.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now