65

166 13 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Aisy berkerut dahi. Matanya dari tadi tidak lepas dari meneliti penampilannya melalui pantulan cermin di hadapannya itu. Masuk kali ini rasanya tidak kurang dari lima kali dia berada di hadapan cermin ini.

Dari hujung stokin kemudian beralih hingga ke hujung tudung. Semuanya diteliti. Bila terasa ada yang tidak kena, sesekali tudung selendangnya itu kembali dibetulkan supaya kelihatan lebih cantik dan kemas. Lama dirinya begitu sebelum terbit senyuman puas.

Aisy harap kedudukan tudungnya ini kekal begini lah sehingga balik nanti walaupun sejujurnya Aisy tahu itu hanyalah akan tinggal sebagai harapan saja nanti.

Apabila sudah puas dengan penampilannya, Aisy mula menjauhi cermin tersebut. Aaira yang senyap menghisap ibu jari di atas katil itu didekati sebelum Aisy angkat si kecil itu ke dalam dukungannya. Pipi Aaira dikucup perlahan.

Dah cantik-cantik tapi hisap ibu jari. Terus tak cantik. Aisy ketawa kecil. Entah mengapa dengan Aaira kebelakangan ini tetapi Aisy perasan si kecil itu memang gemar menghisap jari. Sudah puas Aisy melarang tetapi tetap juga Aaira begitu.

Lantas, sapu tangan yang memang dikhaskan untuk Aaira, Aisy gunakan untuk mengelap sekitar mulut Aaira yang mula basah itu. Pipi Aaira dikucup lagi. Terus si kecil itu loret senyum suka.

Kemudian, Aisy bersama anaknya itu mula melangkah ke arah dapur. Beberapa paket susu badan yang telah dibekukan untuk Aaira, Aisy ambil dan disusun ke dalam suatu beg. Begitu juga dengan lampin dan beberapa baju untuk kegunaan kecemasan. Beg tersebut kemudiannya dizipkan.

Bila loceng berbunyi, terus Aisy melangkah ke arah ruang tamu. Tas tangannya dicapai sebelum pintu rumah dan pagar Aisy kunci terlebih dahulu sebelum mendekati kereta Adam.

"Papa!!" menjerit suka Aaira apabila melihat Adam yang sudah berada di luar pagar. Si kecil itu kemudiannya melembikkan tubuhnya, sebagai protes mahu turun dari dukungan Aisy.

Selesai mengunci pagar, Aisy bersama Aaira di dukungannya mula mendekati Adam.

Adam cuit pipi Aaira perlahan sebelum dikucupnya pula si kecil itu. Semakin kuat Aaira menjerit suka.

Adam ketawa kecil sebelum Aaira di dukungan Aisy mula bertukar tangan.

"Comelnya anak Papa hari ni" Adam mengucup Aaira lagi dan lagi. Dari pipi ke dahi dan kemudiannya ke dagu. Semakin suka Aaira apabila dibuat begitu. Si kecil itu kemudiannya memeluk erat leher Adam.

Aisy yang menjadi pemerhati drama jejak kasih di hadapannya itu, Adam pandang dengan sengihan kecil.

"Assalamualaikum, sayang" Adam masih dengan sengihannya.

"Waalaikumsalam" Aisy menjawab salam.

"Cantiknya dia hari ni" Adam pandang Aisy yang mengenakan baju kurang moden itu atas bawah. Senyuman tidak lekang dari bibir lelaki itu.

"Cantik-cantik macam ni, mesti nak jumpa bakal keluarga mentua, kan?"

Aisy pincing matanya. Okay, pujian kali ini Aisy tak suka. Pujian yang membuatkan Aisy semakin takut dan ia sangat mengingatkan Aisy tentang mengapa Adam ada di sini pagi ini. Tak suka!

Adam ketawa kecil.

"Okay, pembetulan. Cantik-cantik macam ni mesti dah berpunya kan? Siapalah lelaki yang beruntung tu, ye?" Adam sengih lagi lebar.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now