2

529 40 6
                                    

Kerana kau dari Dia.

Kaki menguis guis lantai bermozek kaki lima pejabat agama itu. Jantung pula bekerja keras untuk mengepam lebih banyak darah. Empat figura berpangkat tengku pandang dia tak lepas. Kepala ditunduk menukur lantai.

"Apa sebenarnya motif kau perangkap anak aku?"

Tengku Fathiah memeluk tubuh. Jelas riak tak senang di situ.

"Thia, cakap elok elok sikit"

"Apa abang ni?! Dia bukan menantu kita pun nak cakap elok-elok. Perempuan ni dah buat hidup anak kita hancur. Dia dah perangkap Adam, abang. Abang boleh pulak buat baik dengan dia?"

"Bukan saya yang perangkap...." Takut-takut Aisy menjawab.

Hati tua yang sedia panas itu makin panas bila suara seseorang yang amat dia benci menidakkan semuanya.

"Kau tak payah pura-pura baiklah, perempuan!"

Terhinjut bahu Aisy bila suara wanita itu naik seoktaf sekali tangannya naik mencengkam kuat kedua belah pipi bersih Aisy.

"Kau cakap dengan aku. Kau nak duit? Nak hidup senang? CAKAP! Aku boleh bagilah!"

Mula-mula tak kuat. Lama-lama makin dia perketatkan cengkaman itu.

Bila terasa tindakan isterinya melampau, Tengku Zainol menarik jauh tangan isterinya dari wajah Aisy tapi makin galak isterinya memprotes.

"Lepaskan tangan saya, Abang! Biar saya ajar sikit perempuan tak ada maruah ni!"

"Betul tu ma, ajar sikit perempuan ni. Jangan nak tahu nak perangkap orang aje" hujung mata, Alisha jeling Aisy.

"Senyap semua!" suara tegas dari Tengku Zainol buatkan semua terdiam.

"Apa apa pun, keputusan papa muktamad. Papa tetap nak Adam jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jangan abaikan isteri kamu sebab Aisy isteri kamu yang sah. And both of you..." pandangan dihala ke isteri dan anak perempuannya.

"Please respect my decision. Mari Aisy, balik rumah papa. Biarkan mama dengan Alisha yang tak habis habis nak meroyan tu. Adam. Angkat beg Aisy masuk dalam kereta. Nek tuk mesti tak sabar jumpa cucu menantu baru dia ni"

"Perlu ke pa? Buat apa nak bawak perempuan sundal ni ikut sekali? Buat sakit mata aje"

"Ikut atau papa akan keluarkan nama Adam sebagai salah satu pewaris terbesar Tam Holdings. Pilih" ujarnya sebelum buka langkah untuk beredar dari situ. Adam menjeling Aisy disebelah.

"Puas?!"

Lelaki itu mendengus tapi tangan angkat juga beg milik Aisy.

Riak wajah Tengku Fathiah dan Tengku Alisha jelas tak puas hati. Berkali kali Alisha memanggil papanya tapi tak diendah.

"Oh, aku rasa papa betul betul gila." tangan naik mengurut pelipis sebelum siku disenggol oleh mamanya.

"Apa cakap macam tu?'' Alisha tersengih.

"Abang!" Tengku Fathiah laju mendapatkan suaminya yang kian menjauh.

"Abang tak fikir panjang ke sampai nak bawak perempuan tu balik rumah kita?"

"Abang atau This? Aisy menantu kita, Thia" suaranya sedikit kendur dihujung ayat. Bila isterinya diam, lelaki itu memulakan langkahnya kembali.

Tengku Fathiah mendengus kasar. Figura suaminya dah lama hilang dari pandangan.

"Adam! Takkan Adam nak diam aje? Perempuan tu dah perangkap Adam tahu tak?"

"Ma, kalau ikutkan hati Adam, dari hotel tadi Adam dah sepak terajang dia. Tapi papa tu? Dia nak sangat simpan perempuan tu kan? KUSUT!"

••••

"KAU RETI BUAT KERJA KE TAK NI?! Hey, aku suruh kau masuk bilik lelaki tu kan? YANG MASUK BILIK PEREMPUAN KENAPA PULAK?! NAK ROGOL PULAK TU!" turun naik dada wanita itu menahan marah. Rupanya rancangan yang disusun cantik kali ini gagal lagi.

"Boss cuma cakap bilik yang tak berkunci. Saya masuk jelah mana mana bilik. Tak tahu pulak keluar perempuan berkemban dari bilik air. Rezeki, boss"

"Arghh!!"

Cawan kaca yang sudah berkecai atas lantai dipandang tak beriak sebelum tangan naik meramas rambut pendeknya.

"KAU KELUAR!! KERJA NAK MENYAKITKAN HATI AKU JE!!"

Bila lelaki itu masih berdiri tegak bagai tiada apa, makin galak dia meroyan.

"AKU KATA KELUAR!!"

Cepat cepat lelaki itu keluar bila mana pasu bunga yang elok berdiri di atas meja dah selamat terbang betul betul tepi wajahnya. Bukan boleh bawak main perempuan ni.

••••

Aisy pandang pintu bilik, lama. Tangan yang digempal, dijatuhkan kembali bila hampir ke muka pintu. Niat untuk mengetuk pintu dilupakan saja. Dalam hati, serba salah mahu ketuk. Tak fasal-fasal dia akan kena marah kejap lagi.

Lama dia berdiri di situ, sebelum tangan dibawa untuk menolak perlahan pintu bilik. Nafas dihela lega bila melihat Adam sudah lena di atas katil.

Aisy beranikan diri masuk ke dalam sekali menarik beg bagasinya. Sejuk tubuhnya bila disapa dengan angin penghawa dingin.

Mata meliar melihat bilik yang bertemakan warna putih ini. Rasanya luas bilik ini macam 2 bilik dia dekat kampung. Luas ya ampun. Sofa, tv semuanya ada.

Selepas meletakkan beg, Aisy buka langkah perlahan kearah balkoni luar. Bila mata dihiasi pemandangan Kuala Lumpur, terbit senyuman nipis dibibir mulus itu. Ya, sangat cantik. Sedikit terubat hatinya.

Punggung dilabuhkan di atas lantai balkoni sebelum mata kemudiannya naik sambil wajah mendongak ke langit. Cuaca malam ini, cerah. Dihiasi bintang yang sangat cantik. Angin sempoi sempoi buat dia sedikit terpujuk. Ya Allah, pandainya kau pujuk aku.

Tenang.

Bintang yang tadinya jelas dimatanya kini kian mengabur. Bila mata dikatup rapat, satu mutiara jernih jatuh mengalir di pipi. Sakit, ya Allah. Sakit.

Fikirannya saat ini sarat. Terlalu sarat dengan masalah. Terlampau banyak soalan yang tak henti henti berlegar di fikirannya.

Macam mana hidup dia lepas ni? Apa pandangan pekerja lain? Naura? Ibu?

Aisy gigit bawah bibir.

"Betul ke aku mampu hadap semua ni, Ya Allah?"

"Ke..kenapa aku rasa aku lemah sangat? Ke..kenapa aku rasa aku tak boleh nak lalui semua ni, Ya Allah. Berat sangat ujian yang kau beri kat aku."

Lama dia begitu. Angin pujuk dia dengan tangisan. Tapi tangisan yang mampu buatkan dia sedikit tenang dari tadi.

Deringan dari telefon buat Aisy tertoleh.

Naura.

Air mata dikesat sebelum tangan turun melerot ke button hijau.

"He..hello?"

"Hello? Aisy! Aku dah sampai bilik dah ni. Kau dekat mana? Dengan tuala biarkan tak tersidai. Pintu biarkan terbuka, ya allah. Aisy? Dengar tak ni? Aisy! Lagi satu! Kenapa lampu tidur bilik ni, mentol dia pecah? Kau buat apa hah?" balasan dari Naura buatkan Aisy telan liurnya kelat. Aisy pejam mata sebelum membuka mulut.

"Ye, ye. Ta..tadi aku ada emergency pulak terpaksa balik. Tak boleh join kursus untuk esok."

"Lah ye ke. Kenapa tak call aku dulu? Terkejut aku dengan pintu terbukanya. Bilik pun macam dah tak rupa bilik. Tak apalah kalau macam tu. Behave eh kat sana. Bye!"

"Thanks. Bye"

Panggilan dimatikan sebelum satu keluhan dilepaskan. Semoga akan ada sinar pada hari esok.

TBC

-271219-

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now