43

316 20 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Tepat berakhirnya waktu pejabat, kerja mengemas mereka juga siap sepenuhnya dan semua kawasan meja Aisy sekarang ini licin tanpa satu pun barang milik Aisy.

Dan terima kasih kepada Naura yang membantu Aisy mengemas tadi. Jika tiada Naura mungkin kerja mengemasnya ini tidak siap secepatnya ini. Lagipun sebenarnya hampir semuanya dikemas oleh Naura. Aisy hanya mengarah saja.

"Kau tak nak jumpa Adam ke, Aisy? Baru lah macam dalam novel, isteri datang pejabat bawakan lunch"

Naura sudah tayang wajah gediknya. Mereka sekarang ini sedang berjalan kaki untuk menuju ke kereta Aisy bersama beberapa kotak berisi barang pejabat.

"Lunch apa pukul 5 petang Naura" jawab Aisy, layan soalan Naura sebelum suara ketawa Naura kedengaran.

"Okay lah tu. Baru ada feeling macam main character sikit. Barulah sweet kan"

"Main character ya? Sweet?" Aisy ketawa. Kepala geleng perlahan, sudah membayangkan jika sedang 'sweet' macam Naura kata tadi, tiba-tiba Atiya pula datang, tak ke huru hara jadinya. Seram terus bila membayangkan begitu.

Memang minta dijauhkan.

Sampai saja mereka di hadapan kereta, Aisy mula memasukkan kotak-kotak berisi barang pejabatnya itu ke dalam bonet kereta.

Bila bonet sudah penuh, tempat duduk di belakang pula menjadi tempat penyimpan barang. Pintu kereta kembali ditutup.

Sempat Aisy mencapai beg telekung di sebelah kerusi pemandu dahulu. Dan seperti rutin sebelum ini, Aisy bercadang mahu solat terlebih dahulu sebelum bertolak pulang. Aisy dan Naura sama-sama masuk kembali ke dalam office dan menuju ke surau.

"Weh Aisy" Aisy mengumam kecil.

"Macam tak percaya pula aku, kau dah resign. Dulu kita masuk kerja sama-sama, lunch sama-sama" Naura tayang wajah sedihnya. "Sunyi lah aku lepas ni. Dah tak ada kawan gaduh dekat office. Gaduh dengan akak Liyana je lah"

Aisy mengeluh. Wajah Naura itu Aisy tahu sangat. Wajah itu lebih kepada wajah mengada sebenarnya.

"Jangan nak drama sangat. Aku bukan tak contact kau pun nanti. Lepas aku bercerai nanti pun aku akan sentiasa update dekat kau" Naura sengih mendengar balasan Aisy. Ibu jari diangkat menunjukkan tanda bagus.

Selesai mereka menunaikan solat asar, kaki mula dibuka untuk melangkah keluar dari surau.

Ting! Telefon Aisy berbunyi.

Adam:
Aku tunggu dekat bawah

•••••

Tidak sampai sepuluh minit mereka berdua masuk ke dalam pusat membeli belah, Aisy sudah menyesal menerima ajakan Adam tadi. Mana tidaknya, jika seorang jalan laju seperti arnab, seorang lagi lembab seperti kura-kura. Jarak mereka lebih kurang empat meter jauh antara satu sama lain.

Sekali pandang memang bukan seperti datang sekali. Dan tidak lain tidak bukan, memang Aisy yang berada di belakang. Aisy tayang wajah tak puas hatinya.

"Adam, jangan lah jalan laju sangat" Aisy berlari anak ke arah Adam. Masuk kali ini rasanya sudah kali kelima Aisy beri amaran.

"Kau lembab sangat" lelaki itu teruskan langkahannya.

Ya allah.

Aisy masih tayang wajah tak puas hati. Tak puas hati dengan Adam yang berjalan laju. Kalau Aisy tahu, memang dia ajak saja Naura yang teman. Tak nak terima ajakan Adam. Hisy!

Hampir sesaat, Adam sudah hilang dari penglihatannya. Rupanya lelaki itu sudah masuk ke dalam sebuah kedai baju.

Tengok, masuk kedai pun nak laju! Laju Aisy mengekoru jejak lelaki itu.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now