58

194 15 1
                                    

Kerana kau dari Dia

"Mama! Uncle!!" Aaira di car seat sudah menjerit-jerit suka. Jarinya menunjuk-nunjuk kearah Hilman yang sedang berada di bawah teduhan pokok melalui tingkap kereta. Lelaki itu kelihatan seperti sedang menunggu mereka berdua.

Aaira di sebelah pula memang teruja. Rasanya jika tiada car seat, memang sudah lama si kecil itu melompat-lompat suka.

Aisy memperlahankan keretanya. Matanya meliar untuk mencari tempat letak kereta yang kosong.

Hilman lah yang tadi tiba-tiba ajak berjogging. Bukan nak berjogging sangat katanya cuma nak luangkan masa bersama Aaira di hujung minggu begini. Bagus juga Hilman ajak keluar memandangkan Aaira dan Aisy tadi sangat bosan berada di rumah. Nak keluar pun Aisy sendiri tak tahu mahu keluar pergi mana.

"Mama! Nak Uncle!!" suara Aaira kedengaran begitu teruja.

"Sekejap, sayang. Mama nak cari parkir dulu. Nanti bila dah jumpa parkir baru boleh jumpa Uncle, Okay?" balas Aisy bersama matanya yang masih meliar mencari parkir.

Memang hari ini semua orang mahu berjogging ke? Parkir semua sudah penuh. Satu pun tak tinggal untuk dia.

"Ocey Mama" Aaira menjawab. Si kecil itu kembali tenang berada di car seat. Tangan tembam itu kembali bermain-main dengan tali pinggang car seat.

Hampir lima minit memusing pada tempat letak kereta yang sama, akhirnya ada juga parkir yang kosong. Lantas, laju Aisy masukkan keretanya ke dalam parkir tersebut.

Enjin kereta kemudiannya dimatikan dan tas tangannya dicapai sebelum Aisy keluar dari perut kereta dan mendekati pintu kereta yang menempatkan tempat duduk penumpang.

Aaira di car seat Aisy tarik kedalam dukungannya sebelum si kecil itu mula tarik senyuman suka. Tangan si kecil itu memeluk erat leher Aisy sebelum Aaira menjerit suka! Bila melihat Aaira yang suka begitu, Aisy ikut sama suka.

Aaira sudah seronok sejak dari rumah lagi sebenarnya apabila Aisy memberitahu yang Uncle Hilman ajak keluar. Seronok kuasa dua lagi bila mereka mahu keluar ke taman permainan.

Aisy betulkan dukungan Aaira dan tas tangan yang berada di bahunya terlebih dahulu sebelum kaki mula melangkah ke arah Hilman.

Jauh juga mereka berjalan memandangkan tempat parkir kereta Aisy juga jauh disebabkan terlalu banyak kereta tadi.

"Uncle!!" Aaira senyum lebar ke telinga apabila melihat Hilman. Si kecil itu di dukungan Aisy sudah ingin melompat suka. Tergeleng kepala Aisy.

"Aaira!!" balasan Hilman juga tidak kurang dengan suara Aaira. Terhambur ketawa Aisy apabila melihat karenah mereka berdua.

Bila mendengar balasan Hilman begitu, laju Aaira menutup wajahnya menggunakan tudung Aisy. Dia sorokkan wajahnya disebalik tudung Mamanya. Hilman ketawa kecil.

"Mengada" Aisy juga ikut sama ketawa kecil. Belakang Aaira ditepuk-tepuknya perlahan.

Tudungnya yang menutup sebahagian wajah Aaira diselak olehnya sedikit. Bila sudah menampakkan sebahagian wajah Aaira, laju si kecil itu menyorokkan lagi wajahnya. Aisy geleng kepala.

Hilman masih dengan sisa tawanya sebelum mereka berdua mula berjalan ke arah suatu kawasan. Atau lebih tepat lagi, kawasan yang memang dikhaskan untuk berjogging.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now