49

311 22 0
                                    

Kerana kau dari Dia

"Kau datang bulan ke Aisy?" Aisy angkat kepala memandang Naura yang menyoal. Keningnya terangkat. Datang bulan?

Bila Naura lihat dahi Aisy berlapis, Naura menyambung kata-katanya. "Asyik nak marah je kerja"

Mendengar itu, Aisy pejam matanya sesaat. Pelipisnya diurut sebelum fail kerjanya ditutup dan pen di tangannya diletakkan di atas meja. Aisy sandarkan badannya pada kerusi.

"Kau kenapa ni, Aisy? Macam tak tenang je aku tengok" soal Naura, prihatin. Nada suaranya sedikit risau.

Ya, memang tak tenang. Aisy jawab di dalam hati.

Bila Aisy tak menjawab, Naura sambung lagi. "Tapi kenapa pula kau tak tenang?"

Naura seperti berfikir. Beberapa saat selepas itu, Naura kembali memandang Aisy tetapi kali ini matanya membulat.

"Hilman nak kahwin ke? Ke nak bertunang? Dan kau sedih sebab bukan dengan kau?"

Tajam pandangan Aisy kepada Naura sebelum kawannya itu sengih tak bersalah. Kenapa tiba-tiba masuk Hilman pula ni?

"Habis tu!" Naura mengeluh. "Aaira nak ayah baru?"

Tergeleng kepala Aisy mendengar tekaan merapu Naura.

"Bukan Hilman. Bukan Aaira" balas Aisy. "Tapi Adam.."

Terbuntang mata Naura. Mulut, Nauta tekup menggunakan tangan gaya terkejut habis sebelum dia memandang kiri dan kanan. Mulutnya didekatkan pada telinga Aisy.

"Adam nak dekat kau balik ke?!" soal Naura, terkejut. Bila dengar soalan Naura, Aisy ikut sama terkejut. Nauzubillah!

Sempat Aisy pandang kiri dan kanan. Takut ada yang terganggu. Suara Naura memang biasalah mengalahkan puting beliung.

Aisy mengucap panjang lagi. Apa yang dikatakan oleh Naura itu memang minta dijauhkan sangat. Laju tangan Naura di hadapannya itu, ditepuk.

"Naura!! Cuba doa yang baik-baik!!" Aisy membidas. "Ludah balik"

Naura sengih tak bersalah. Dia menyambung lagi. "Habis tu apa? Tak akan Atiya kacau kau pula?"

Aisy mengeluh. "Aku terlanggar Adam waktu nak pergi gudang"

Ternganga mulut Naura mendengar kata-kata Aisy itu. Dia telan liur. Langgar kereta? Cliche nya hidup Aisy ni.

"Apa rasa kau lepas jumpa dia lepas dua tahun tak jumpa?" nada suara Naura berubah gaya minat dengan cerita Aisy. Dia senyum gedik ke arah Aisy. Bahu Aisy pula kemudiannya ditolak-tolak olehnya sebelum laju Aisy tolak tangan Naura menjauh. Dia beri jelingan tajam ke arah kawannya itu.

"Tak lawaklah, Naura" balas Aisy.

"Betul lah. Aku tanya, kau rasa apa. Itu je"

"Rasa sakit hati" balas Aisy dengan yakin. Nak rasa apa lagi lepas kena tengking. Rasa sakit hati, geram dan semuanya ada. Takkan suka pula?

"Dia mesti terkesima bila tengok kau masih cantik macam dulu walaupun dah bersalin"

Tergeleng kepala Aisy. Suka hati saja Naura buat andaian.

"Mana tahu Atiya lepas bersalin, gemuk ke? Terus Adam tak suka dah. Kau makin cantik, makin kurus" Naura memuji Aisy. "Aaira pula comel. Mana tahu anak dia dengan Atiya sumbing ke"

"Adam masih hensem macam dulu ke Aisy? Maksud aku nampak terjaga tak? Ke Hilman lagi hensem?" soal Naura, berminat. Dagunya ditongkat sambil memandang ke arah Aisy.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now