12

337 30 2
                                    

Kerana kau dari Dia

Berkumandang sahaja azan subuh, Aisy masuk ke dalam ruang solat perempuan. Senyuman mak cik-mak cik disitu dibalasnya mesra. Lima minit begitu, Aisy ambil ruang di sisi ibu tatkala imam mula mengangkat takbir.

Usai solat subuh, Aisy pindah tempat di belakang. Kuliah pagi ini bertajuk tentang mencintai Rasullah. Penuh khusyuk Aisy mendengar. Sesekali Aisy catat nota di bukunya.

Hampir setengah jam mendengar kuliah pagi, akhirnya semua jemaah surau mula beransur keluar. Tidak ketinggalan, Aisy dan ibunya juga keluar dari surau. Selipar disarung di kaki sebelum semua jemaah mula berkerumung di hadapan surau. Ada yang bersembang sesama sendiri. Ada juga yang sedang mendekati kenderaan masing-masing.

Mata Aisy pula melilau di pintu surau bahagian lelaki. Bila tiada jumpa apa yang dicari, matanya melilau pula di bahagian luar surau sebelum matanya terpaku tepat kearah suatu susuk yang cukup dia kenal. Tubuh itu menyandar pada pagar surau sambil kedua belah tangan menyeluk poket baju melayu. Adam hanya seorang sahaja di situ. Mana Iman? Sebab seingat Aisy tadi Iman memang ikut Adam ke ruang surau lelaki.

Meliar mata Aisy memandang sekeliling. Bila mana pandangan matanya sampai di kaki lima surau, anak matanya terhenti pada Iman yang sedang berlari dengan seorang budak.

"Ibu, kakak nak panggil Iman kejap" Ibu mengangguk. Lantas, Aisy berlalu mendekati Iman yang rancak bermain.

"Aisy!" lagi beberapa langkah mahu mendapatkan Iman, ada suara yang kedengaran agak jauh menegur. Laju Aisy menoleh. Kelihatan Nana, kawan sekampungnya menegur.

Nana senyum sebelum dia melangkah kearah Aisy. Aisy balas senyum juga.

"Bila kau balik sini?" soal Nana, bila dia sudah selamat berdiri di hadapan Aisy.

"Petang semalam" jawab Aisy. Kain telekung yang berada di tangannya dibetulkan apabila sedikit terlurut ke bawah.

Nana mengangguk faham.

"Kau sorang je ke?" Aisy menyoal. Biasanya, ada jugalah dia tegur Pak Hakim dengan Mak Cik Kiah kalau jumpa sekitar masjid ni tapi hari ini tak ada pula nampak ibu dan ayah Nana.

Nana tak jawab soalan Aisy. Anak matanya spontan memandang statik pada suatu arah, langsung tak hiraukan Aisy yang bertanya. Aisy kerut dahi. Lambat-lambat, Aisy hala sama pandangannya kearah tersebut.

Bingo!

"Siapa tu?" soal Nana. Mungkin sebab melihat Ibu setia berdiri di sebelah lelaki itu sejak tadi. Muka Nana dah menayang senyuman mengedik sekali bahu sibuk tolak bahu Aisy. Sah! Memang sah sangat!

Bahu Aisy ditolak lagi.

"Siapa?" Aisy buat-buat tak faham. Nana juling mata.

"Lelaki pakai baju melayu biru tu lah siapa lagi" Nana muncung mulut, tunjuk kearah Adam. Ya, memang dari tadi Nana ni tengah tenung Adam dari jauh pun. Tepat sungguh sangkaan Aisy.

Aisy pening mahu jawab. Kenapa dalam banyak-banyak lelaki dekat surau ni dia pilih Adam juga untuk disoal? Waduh.

"Kawan" balas Aisy.

"Kawan? Ish, kalau aku Aisy, dah tak kawan dah" ujar Nana. Aisy kerut dahi.

"Terus ajak jumpa tok kadi" sambung Nana. Mendengar itu, Aisy rasa terhibur pula. Nana, Nana.

"Dah lah Nana, aku pergi dulu. Aku nak panggil adik aku sebenarnya ni" Aisy pamitan. Dia melangkah kearah surau lelaki. Sebelum dia pergi tadi sempat juga Nana bisik pada dia.

"Kalau kau tak kedekut, kau bawak lah dia pergi kedai aku. Boleh aku kenal-kenal dengan dia"

Sebelum terlupa, Ibu Ayah si Nana ini bukak kedai hujung kampung. Aisy dekatkan bibir ke telinga Nana. Nak membalas juga!

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now