63

184 13 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Sayang. Sayang.

Rasanya memang dah tak dengar dah panggilan 'aku kau' yang Adam selalu guna itu sejak berjumpa dengan Hilman tadi. Memang dari tadi sayang saja yang Aisy dengar.

Tangan yang berisi makanan, Aisy suakan ke mulut Aaira yang sedang duduk di riba lelaki itu manakala Adam pula sedang menjamah makanan.

Bila teringatkan wajah Hilman yang seperti terkejut tadi, semakin membuak rasa serba salah Aisy pada lelaki itu. Adam pun seperti tak nak kalah saja tadi. Kalau boleh kuat, kuat lagi lelaki itu mahu memanggil Aisy dengan panggilan sayang.

Aisy tidak tahu apa reaksi Hilman selepas itu kerana selepas Adam memanggilnya sayang, lelaki itu terus menarik Aisy ke tempat duduk mereka semula. Tetapi yang Aisy tahu Hilman terkejut tadi. Sangat ketara wajah terkejut Hilman.

Aisy kerling wajah Adam di sebelahnya yang hanya senyap saja dari tadi. Sepatah pun tidak keluar dari mulut lelaki itu. Padahal jika diikutkan sebelum-sebelum ini, ada saja topik yang mahu disembangkan.

Hampir dua puluh minit senyap begini sebelum tangan Aisy tanpa sedar sudah terhenti dari menyuakan makanan ke mulut Aaira. Aisy pandang wajah Adam sebelum dia mengeluh lagi.

"Adam" suara Aisy sedikit meleret. Bila lelaki itu tidak menjawab apa-apa, Aisy mula tarik nafas dalam-dalam. Tengok lah ni. Memang sah Adam cemburu dengan Hilman.

"Adam, awak okay tak ni?" Aisy menyoal lagi dan Adam masih tidak membalas apa-apa.

Tergeleng kepala Aisy. Jika dia boleh pegang Adam, sudah lama Aisy pusingkan wajah lelaki itu supaya menghadap wajahnya.

"Kalau marah pun janganlah sampai senyap macam ini"

"Ye, sayang. Kenapa?" Adam membalas. Suara saja yang lembut tetapi wajahnya tiada langsung dimaniskan dengan senyuman.

Kening, Aisy angkat tinggi.

"Cemburu?" perlahan Aisy menyoal.

Bila Adam senyap, Aisy mengeluh perlahan sebelum badannya dipusingkan menghadap lelaki itu. Wajah Adam direnung asyik.

"Comel je cemburu tapi jangan lah merajuk macam ni" Aisy membalas. Suaranya sengaja kedengaran seperti menjauh.

Mendengar itu, Adam terus tarik nafas dalam-dalam sebelum renungan asyik Aisy tadi dibalas kembali dengan renungan lembut.

"Sayang"

Sayang lagi. Aisy simpan senyum.

"Aku bukan apa tapi dia tu," lelaki itu hela nafas geram. "Dia tu suka hati je kata dia nak temankan kau tadi. Nasib baik aku datang tahu, kalau tidak memang dia ajak kau duduk sekali dengan dia tadi"

Adam menyambung lagi. Wajah geram masih tidak lekang daripada wajah lelaki itu.

Dan kali ini, Aisy tidak dapat tahan senyumannya. Ya Allah, comelnya Adam cemburu. Tersenyum-senyum Aisy memandang lelaki di hadapannya ini.

Boleh tak kalau dia nak Adam cemburu je? Tapi susah juga nak pujuk nanti.

"Faham. Maksudnya awak tak cemburu lah ye? Awak cuma geram je" Aisy membalas. Terangguk-angguk kepala Aisy, faham.

"Aisy, aku serius ni" terus Aisy ketawa.

Aaira di riba Adam yang sudah tayang wajah lapar itu mula merengek kecil. Laju Aisy sambung menyuapkan nasi ke mulut Aaira bersama sisa tawanya yang masih tidak hilang. Itu lah. Cemburu sangat sampai anak sendiri pun terabai sekejap!

"Masalahnya, bukan Abang Hilman je terkejut tapi dengan saya sekali terkejut sama" Aisy pandang wajah Adam dengan ketawanya yang masih meletus. Tangan masih menyua nasi ke mulut Aaira.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now