37

339 21 0
                                    

Kerana kau dari Dia

Keluar saja Aisy dari tandas, langkahnya diatur berhati-hati mendekati katil. Rambutnya yang lurus, diikat sebelum dikenakan tudung. Lantas, barang-barang mandiannya seperti sabun mandi yang baru digunakan olehnya tadi, disimpan semula ke dalam almari.

Aisy menoleh ke arah luar jendela.

"Lebatnya hujan" dia berkata perlahan.

Rasanya sewaktu Adam balik tadi tidaklah selebat ini. Hanya renyai saja. Itu pun dia yang suruh Adam balik dulu kerana takut makin lebat hujan. Rupanya memang benar sangkaannya.

Aisy sandarkan badannya pada bantal di hujung katil. Hampir lima minit dia hanya diam di atas katil, telefonnya yang berada di atas meja, dicapai.

Log panggilan di telefonnya yang banyak nama Naura, dilihat olehnya. Semuanya berwarna merah kerana tidak berjawab.

Aisy mula tekan nombor Naura. Lalu telefonnya dibawa ke telinga. Beberapa minit selepas itu, Aisy kembali jauhkan telefon dari telinga.

Naura tengah solat maghrib ke apa?

Aisy mengerling jam yang sudah menunjukkan pukul lapan malam. Hampir seminit, nombor Naura kembali ditekan sebelum panggilan tersebut juga tidak berjawab.

Ni Aisy tahu sangat. Kalau bukan saja nak balas dendam, mesti tengah sibuk cari candy crush baru-

Ting! Telefonnya tiba-tiba berbunyi. Laju Aisy intai telefonnya yang menyala.

"Dari Alisha?" apabila matanya jatuh pada skrin telefon, nama Alisha naik. Aisy buka mesej tersebut.

Alisha:
Dah makan malam tak?
Nek Tuk tanya.
Kalau belum boleh suruh abang Adam datang hospital bawakkan bekal. Nek Tuk boleh masak.

Aisy terdiam seketika. Perutnya disentuh. Tadi macam ada bunyi bunyi konsert dalam ini. Tetapi sekarang sudah senyap pula. Tadi selepas Adam balik pun, bukan kemain dia keluarkan isi perutnya. Loya bercampur dengan pening kepala. Sekarang baru okay sedikit.

Matanya kemudian naik pada bekas makanan yang hospital sediakan. Penutup bekas makanan tersebut dibuka sedikit olehnya. Dapat Aisy lihat ada nasi, ikan dan sayur. Okay lah, makanan-makanan tersebut semuanya boleh dimakan. Tak buat Aisy loya. Hampir sesaat, Aisy menaip sesuatu.

Aisy:
Tak apa. Akak makan makanan hospital je.

Ting! Mesej dari Alisha masuk lagi.

Alisha:
Okay

Baca saja balasan dari Alisha, telefonnya ditolak ke tepi katil. Lepas habis makan lah baru telefon Naura balik.

Tanpa membuang masa, bekas makanan di atas meja ditarik mendekat kearahnya. Apabila Aisy buka penutup bekas tersebut, lantas ikan yang kelihatan tidak menyelerakan itu, dicubit sedikit lalu disuap bersama-sama dengan secubit nasi kosong.

Cerita tentang sedap atau tidak, boleh tahan juga lah sedap sebab Aisy tengah lapar sekarang. Selepas ikan, Aisy beralih ke sayur pula.

Sedap. Rasa sayur tumis orang sakit!

Hampir dua puluh minit melayan hidangan di depan mata, Aisy tolak bekas makanan ke tepi. Ada bersisa suku lagi nasi. Tetapi lauk semuanya sudah licin.

Aisy bangun dari katil. Tangannya yang kotor, dibawa ke sinki untuk dibersihkan. Dalam dia membasuh tangan, bunyi telefon berdering kedengaran. Laju Aisy keluar dari tandas dan telefonnya dicapai semula.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now