45

293 26 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Dua minggu kemudian, dan hari ini genap seminggu usia perkahwinan Adam dan Atiya.

Lutut, Aisy dekatkan pada dadanya apabila terasa angin mula menyapa tubuh miliknya. Langit yang gelap dan tenang itu direnung kosong.

Ya, kosong.

Dan sama kosong seperti rasa yang ada pada Aisy sekarang ini.

Flashback,

Aisy mendekati dapur. Sememangnya sudah menjadi rutin harian Aisy semasa mengandung ini akan membancuh susu putih setiap pagi.

Sampai sahaja di dapur, dahinya sedikit berkerut apabila melihat secawan susu putih telah tersedia di atas meja makan.

Aisy panjangkan kepalanya untuk melihat ke arah ruang tamu. Kelihatan Adam sedang menonton televisyen. Perlahan-lahan pada bibir, Aisy loretkan senyuman kecil.

Adam buatkan susu untuk dia? Serius lah? Comelnya!!

Aisy mencapai segelas susu putih itu sebelum dia mendekati Adam di ruang tamu dengan senyuman lebarnya. Aisy labuhkan punggungnya di sebelah Adam.

"Adam" Aisy memanggil.

Adam mengumam malas. "Kau nak apa?"

Mendengar balasan Adam, Aisy mencebik.

"Terima kasih buatkan saya susu" Aisy senyum lebar. Susu di tangannya diangkat sedikit. Adam menoleh sekilas ke arah Aisy sebelum kembali memandang televisyen.

Aisy benar-benar bahagia hari ini walaupun reaksi Adam sekarang ini seperti mahu tidak mahu saja melayannya.

Adam mengumam malas. "Okay"

Senyuman Aisy semakin lebar. Susu di tangannya, dihirup. Kurang manis sedikit. Tetapi masih sedap seperti biasa. Yang penting, Aisy suka!

Aisy kesat air mata yang tiba-tiba saja mengalir di pipinya. Dia ketawa mengejek. Menangis untuk kali ke berapa hari ini pun Aisy tidak pasti. Tetapi yang pastinya, beginilah dia setiap malam. Termenung, mengelamun dan tiba-tiba saja menangis begini.

Bagaimana mahu kuat dalam keadaan yang Aisy sendiri sukar mengawal emosinya sendiri? Sedih?

Aisy terdiam seketika. Sudah dua minggu berlalu selepas kejadian itu.

Dan dalam masa dua minggu ini, inilah cara Aisy melupakan semuanya. Dengan menyendiri begini.

Apabila kejadian dua minggu lepas itu kembali terulang di kotak fikirannya, Aisy memukul dadanya berulang kali.

"Sakitnya dekat sini" air matanya mulai turun deras dan Aisy sendiri sukar mengawal emosinya. Sakit, ya Allah.

Tangannya menekup wajahnya yang basah. Mengelak dari suara tangisannya didengari oleh orang lain.

"Ya Allah, kenapa sakit sangat?" teresak-esak Aisy menangis. Dadanya yang sangat sakit dipukul lagi dan lagi. Dengan harapan, sakit itu hilang.

Sakit.

Sangat.

"Adam tak sayangkan aku. Dia tak sayangkan anak ni. Dia lagi percayakan gambar tu daripada aku"

Aisy menangis sekuat hatinya. Dia mahu luahkan sedihnya sekarang ini. Dia mahu lupakan semuanya.

Air matanya yang tidak berhenti mengalir dari tadi, Aisy seka kasar.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now