32

214 18 3
                                    

Kerana kau dari Dia

"Nek Tuk?" Dia berhenti melangkah. Mukanya yang sedikit terkejut, dimaniskan.

"Bila Nek Tuk sampai?" laju Atiya mendekati Nek Tuk dan tangan wanita tua itu disalam olehnya.

"Nek Tuk seorang je ke?"

Soalan Atiya itu, Nek Tuk balas dengan pandangan yang dingin. Tak balas langsung soalan Atiya itu. Atiya tahan wajahnya dari tunjukkan rasa bengang dengan reaksi wanita itu sebelum pandangannya yang tadi memandang Nek Tuk dialihkan ke arah lain.

"Baru tadi sampai" Adam jawabkan. Dan apabila Adam yang jawabkan bukannya Nek Tuk, benar-benar buat Atiya hampir mahu menggulingkan biji matanya.

"Oh" dalam masa yang sama, kepalanya dibawa untuk mengangguk kecil. Wajah Adam dipandang dengan pandangan tidak puas hati.

"I datang sini sebab nak ambil handbag I"

Kakinya melangkah ke arah Adam. Tas tangannya yang berada di salah satu rak fail di belakang tempat duduk Adam, diambil dan disangkut ke bahunya. Lantas, pintu dihujung bilik dituju. Dia mahu balik. Lama-lama boleh terbakar dia duduk sini melihat Nek Tuk.

Atiya berhenti melangkah bila teringatkan sesuatu. Dia pusingkan badan menghadap Adam. "I terlupa nak cakap, sabtu ni you busy tak?"

Adam angkat kening.

"Mummy I suruh ajak you datang butik sabtu ni sebab majlis kita kan dah tak lama lagi. Mummy I dah bising tanya bila kita nak pergi butik"

"Sabtu ni?" Adam menyoal.

Aisy terbatuk mendengar. Laju gelas berisi air kosong di sebelah pinggannya dicapai. Atiya mengerut dahi. Dia baru sedar kehadiran Aisy di dalam bilik ini.

"Kenapa staff you ada dalam bilik ni jugak?" Aisy yang berada di sebelah Nek Tuk dipandang atas bawah. Dan pandangan itu benar benar membuatkan Aisy tidak selesa di situ. Adam berdehem kecil.

"Tak ada barang tinggal lagi ke?" Adam menyoal.

Atiya menggulingkan biji matanya. Sengaja tukar topik ke apa?

Atiya pandang Adam dengan pandangan tidak puas hati. "Tak ada"

"Atiya, you balik dulu, petang nanti kita jumpa"

Muncung terus Atiya mendengar jawapan Adam. "You halau I ke apa ni, sayang?"

Tergeleng kepala Adam mendengar balasan Atiya. "Bukan macam tu, kita bincang petang nanti. You balik dulu"

"You tak suka I duduk sini kan?" Atiya kerutkan pelipis tak suka.

Kepala Adam tergeleng mendengar. "Suka hati you lah"

"Atiya, kamu dah ambil handbag kan?" Nek Tuk memandang mereka berdua sebelum jatuh ke wajah Atiya.

Bila Atiya berikan pandangan kosong, Nek Tuk menyambung lagi. "Bagi kami privacy. Kamu boleh balik"

Mendengar itu, matanya terus digulingkan ke atas.

"Privacy?" terlepas ketawa kecilnya. "Privacy apa? Tak. Masalah sekarang ni, kenapa staff you ni ada dekat sini?"

"Atiya, nanti i explain"

Atiya tak hiraukan balasan Adam. Matanya meliar ke segenap bilik sebelum dia mendekati sebuah kerusi yang berada di hujung bilik. Kerusi tersebut diangkat dan diletakkam di sebelah kerusi Adam. Punggungnya dilabuhkan di situ.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now