70

178 14 1
                                    

Kerana kau dari Dia

Aisy pandang cincin di tangannya. Bibirnya loret senyuman. Sudah puas Aisy menahan bibirnya dari tersenyum dari tadi tetapi tetap juga menampakkan senyumannya itu. Cis!

"Cantik tak?" Adam di sebelahnya menyoal. Laju Aisy angguk kepalanya.

Bila pandang wajah Adam, makin lebar senyumannya.

"Cantik sangat" Aisy memuji lagi. Rekaan yang cantik, besar pula itu. Itu belum lagi cerita tentang gelang tangan dan rantai leher yang juga Adam beri.

Okay jangan terkejut!

Mengingatkan kisah yang satu itu, laju Aisy angkat kepalanya memandang Adam.

"Tak bagitahu pun awak belikan rantai dengan geleng sekali!"

Mungkin ini lah 'surprise' yang Adam katakan kepadanya tempoh hari. Tapi sumpah Aisy jadi terkejut apabila Mama menyarungkan rantai leher dan gelang tangan sekali tadi.

Adam pula sudah tersenyum-senyum sambil mendukung Aaira apabila melihat Aisy terkejut tadi. Sempat juga lelaki itu menangkap beberapa foto sebagai kenangan tadi. Rasanya ketiga-tiga barang kemas ini mesti harganya sudah mencecah puluhan ribu ringgit.

"Ini baru sikit tahu, sayang. Lepas kahwin nanti aku boleh bagi lagi banyak, lagi besar daripada ni kalau kau nak" Adam membalas.

Lagi besar! Aisy membulat mata. Ini pun dah besar dah bagi Aisy.

"Apa? Nak lagi besar? Okay nanti kita beli yang lain okay" Adam membalas. Suara lelaki itu kalau boleh nak sampai semua orang dekat depan itu dengar sekali.

Pap! Laju lengan Adam ditepuk dengan senduk bersih yang sempat Aisy capai di atas rak di sebelahnya.

"Mana ada saya cakap macam tu!" tawa Adam meletus. Tangan sudah mengusap-usap lengan yang sudah terasa pijar.

"Okay, Sayang. Jadi bila kita nak kahwin ni?" Adam tahan senyum.

"Tahun depan" spontan Aisy membalas.

Membulat mata Adam. Kepalanya digelengkan. "Salah, sayang. Bulan depan. Bulan depan"

Dan kali ini Aisy pula tahan ketawa melihat reaksi Adam. Tahu pun gelabah. Bukannya Aisy tak tahu Adam sengaja menyoal padahal Ibu sudah bersetuju dengan permintaan keluarga belah Adam untuk langsungkan perkahwinan mereka pada hujung bulan hadapan. Mengada!

"Kalau tahun depan, memang aku bawak kau lari pergi Thailand hari ini. Esok terus kahwin"

Mendengar itu, tiba-tiba Aisy rasa terhibur. Bawak lari pergi Thailand ya.

Terbayangkan jika ianya betul-betul berlaku, tak ke semuanya akan menjadi kelam kabut dan kalut nanti.

"Awak dah makan ke belum? Semua tengah makan dekat depan sana tu" Aisy pandang Adam. Sebelum kepala sengaja dipanjangkan untuk melihat suasana di ruang tamu di hadapan itu. Keluarga Adam sedang menikmati makanan yang Aisy hidangkan tadi.

Dia kembali memandang wajah Adam.

"Kau buat apa dekat sini?" Adam angkat kening. Mata lelaki itu memandang ruangan dapur sebelum kembali memandang Aisy.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang