10

412 27 4
                                    

Kerana kau dari Dia

Plastik berisi ikan hidup pemberian Hilman sebentar tadi diletak elok di atas singki. Lantas sepasang kaki itu mendekati rak pinggan dan mencapai teko. Ibu suruhnya untuk membuat air untuk Hilman dan Adam. Itu yang dia ada di sini.

Dari dapur, dapat dia dengar suara Hilman dan Ibu yang rancak berbual. Kira kuat jugalah perbualan mereka itu kalau dia yang berada di dapur pun boleh dengar. Kemain mesra lagi.

Aisy teruskan kerjanya. Tangan dipanjangkan untuk mencapai bekas berisi gula. Dengan kuantiti yang sederhana, Aisy masukkan gula kedalam teko.

Otak tiba-tiba teringatkan Adam. Lepas Hilman muncul tadi, terus dia dah tak nampak batang hidung Adam. Hilman datang pun sebab mahu memberi ikan yang ditangkapnya pagi tadi. Bila dah jumpa memang tak sahlah kalau tak bertanya khabar kan? Kerana kali terakhir diaorang berjumpa pun raya haritu. Boleh tahan lama jugalah tak berjumpa. Sudahnya, Aisy ajak Hilman masuk. Boleh juga bersembang lebih panjang.

Balik kepada soalan, mana pula Adam pergi?

Serentak itu, bunyi pintu bilik air dikuak dari dalam kedengaran masuk merangsang saraf auditorinya. Serta-merta Aisy menoleh.

Adam.

Hai..baru teringat dah muncul?

"Kau buat air untuk siapa tu?" Soal Adam dengan wajah berkerut. Masih tak berganjak dengan kedudukan di hadapan tandasnya itu.

"Untuk budak selekeh tu ke?" Sambung Adam. Tak pernah dibuat orang datang rumah orang dengan baju lusuh dan busuk. Dari jauh, dah dapat bau hanyir ikan di badan lelaki itu. Tak berkenan betul Adam.

"Dia ada namalah. Nama dia Hilman" jawab Aisy. Kerja sebagai nelayan, biasalah jika berbau sedikit. Lagi pun tadi Hilman kata dia baru saja balik dari sungai. Pada Aisy, asalkan pekerjaan sebegai nelayan itu halal sudahlah.

Perlahan-lahan Adam mendekati Aisy yang sibuk mengacau air itu. Badannya disandar pada pintu peti sejuk. Tangan pula kemudiannya naik berpeluk tubuh sambil mata pandang Aisy.

Manakala Aisy pula memberikan sepenuh fokusnya terhadap air bancuhannya itu. Langsung dia tak endahkan Adam yang berada di sebelahnya.

Adam berdehem.

Bila melihat Aisy masih tak menoleh, lelaki itu berdehem lagi.

"Awak nak apa sebenarnya ni?" soal Aisy. Adam betulkan kedudukannya.

"Siapa lelaki tu? Berabang-abang lagi kau dengan dia" balas Adam. Aisy tak jawab.

Langsung tak berminat nak buka sesi soal jawab dengan Adam sekarang ini. Lagipun dia dan Hilman memang rapat sejak kecil dan boleh dikatakan sudah macam abang dengan adik. Hilman lah yang selalu menjaga ibunya dan Iman tatkala dia sibuk di kl.

Kata ibu, selalu juga Hilman memberikan hasil tangkapannya di laut dan sungai pada ibu. Hampir setiap hari, jika ada lebih pasti dia beri pada Ibu.

"Ada scandal lah tu" kata Adam perlahan. Terus Aisy pandang Adam.

Ingat dia tak dengar? Baru Aisy nak buka mulut membalas, suara ibu memanggilnya dari ruang tamu kedengaran.

"Ye bu, jap dah siap dah" jerit Aisy. sempat dia pandang Adam di sebelahnya. Aisy rapatkan bibirnya ke telinga Adam.

"Kalau awak nak tahu, dia tu scandal berbulu saya" usai bicaranya, terus teko diletakkan di atas dulang. Bersedia untuk dibawa kedepan.

Sambil berjalan, Aisy ketawa. Scandal berbulu pun, scandal berbululah. Aisy geleng. Adam..Adam.

Sampai sahaja diruang tamu, Aisy hidang cawan. Telinganya sempat menangkap bunyi derapan kaki yang mengikut jejaknya dibelakang. Adam ikut dia tadi.

"Adam, lamanya hang pi tandaih na. Hilman dari tadi asyik tanya ja hang ni sapa. Boipren Aisy ka. Kawan opis ka" pertanyaan maut dari Ibu buatkan pergerakan Aisy terhenti. Tak kurang juga dengan Adam. Tiba-tiba pula rasa proses resapan antara dinding alveolus dan kapilari darah tak boleh berlaku dengan cekap.

Adam binggung. Sementara Hilman pula dah pandang Adam tak lepas. Seakan-akan menunggu jawapan.

Kelu lidah nak menjawab. Kalau dia jawab suami pun, dia tak rasa perkahwinan ini lama. Lepas Atiya balik Malaysia nanti dia akan ceraikanlah Aisy. Dia tak mahulah panjangkan cerita sampai ibu Aisy pun tahu hal ini.

"Ibu bukan apa. Tapi kalau hampa dua tak ada apa Hilman ni nak masuklah meminang hang, Aisy" kalau tadi hanya kelakuan Aisy sahaja yang terhenti, tapi kali ini sekali dengan Adam ikut sama berhenti.

Aisy rasa macam jantungnya terhenti buat seketika. Dada berombak laju sekali bibir terkelu nak jawab.

Tak tahu nak bagi jawapan apa. Semua serba salah jadinya. Aisy senyap.

Tapi dia tahu, Ibu memang dari dulu mahu jodohkan Hilman dengan dia. Dan dari dulu juga dia sudah tahu yang Hilman ada simpan perasaan terhadapnya. Cuma dia aje buat-buat tak nampak.

Sunyi. Janggal. Dua rasa itu bercampur dalam satu rasa.

Lama begitu sebelum ada bunyi deheman kedengaran. Tak perlu nak menoleh, sudah tahu dari Hilman. Lelaki itu membetulkan kedudukannnya.

"Aisy dekat sini sampai bila? Lusa?" Mesra Hilman menyoal. Nak ambil balik suasana sebelum ini. Mata tak beralih dari memandang Aisy.

"Tak sure lagi" jawab Aisy. Memang dia tak tahu pun memandangkan kali ini dia ada driver baru.

Adam dipandang sekilas. Jelas muka tak suka ditayang.

"Tak apalah kalau macam tu, Abang balik dulu. Aisy fikir-fikirlah. Kalau Aisy dah bersedia, Aisy bagitahu Abang. Kalau lagi cepat, lagi bagus" Hilman senyum sebelum dia memandang pula Ibu di sofa.

"Hilman balik dululah, Ibu. Nak masuk maghrib dah ni" jam ditangan dikerling sekilas sebelum Hilman mengangkat punggungnya dari kerusi. Sempat dia berjambat tangan dengan Adam sebelum keluar.

"Ibu, Hilman balik dulu ye" Ibu angguk kepala. Hilman buka langkah kearah motorsikalnya.

"Abang!" Entah dari mana Iman muncul, dia berlari keaeah Hilman. Tangan dihulur nak salam.

"Iman nak alam oleyh?" pinta Iman.

Alahai, comelnya.

Hilman sambut huluran itu sebelum kepala Iman diusap. Lebih hampir seminit, enjin motosikalnya sudah selamat dihidupkan.

"Abang balik dulu, Aisy" Aisy senyum segaris.

Tbc
060420

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now