28

245 25 4
                                    

Kerana kau dari Dia

Makan malam. Suasana di meja makan senyap sepi. Hanya bunyi sudu berlaga dengan pinggan saja yang kadang kala kedengaran menggetarkan gegendang telinga mereka.

Aisy menyuakan sudu berisi nasi ke mulut. Adam di sebelahnya juga buat benda yang sama. Masing-masing senyap sedang menjamah makan malam di meja makan.

Aisy menyua sudu ke mulut lagi.

"Tambah lauk lagi, Aisy. Sikitnya ambil lauk" Nek Tuk menegurnya.

Aisy hanya angguk kecil saja selepas itu sebelum lauk dalam pinggannya, ditambah sedikit sebagai ala kadar saja.

"Nasi tak nak tambah? Adam, tambahkan nasi dalam pinggan Ai-" baru Papa mahu menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba telefon Adam di atas meja, berdering.

Hampir sesaat, Adam mula bangun menjauhi meja makan dan mengangkat panggilan tersebut. Tadi, sempat juga Aisy kerling pada nama pemanggil tersebut.

Dan tidak lain tidak bukan ialah Atiya.

Aisy larikan pandangan ke Papa.

"Tak apa, Papa. Aisy boleh tambahkan sendiri" Aisy senyum nipis. Senduk nasi dicapai dan disendukkan nasi ke dalam pinggannya.

Selang beberapa ketika, suasana di meja makan kembali senyap. Mereka kembali menyambung makan. Alisha pun tiada malam ini. Tak silap Aisy, sebab keluar jumpa kawan. Mungkin lewat baru balik.

Tak lama selepas itu, Adam kembali ke meja makan. Lelaki itu kembali duduk.

"Siapa call malam-malam ni, Adam?" soal Papa.

"Aeiya, pa. Ada kerja sikit" Adam menjawab. Dan jawapan Adam itu, Aisy tak terkejut mana sebab tahu Adam akan menipu.

"Kerja apa malam-malam ni? Esok tak boleh bincang ke?" Nek Tuk pula menyoal sambil memandang cucunya.

"Urgent, Nek Tuk. Biasalah, ada projek baru" terangguk-angguk kepala Nek Tuk. Percaya. Aisy yang mendengar, tarik nafas panjang. Dia tak sampai hati mendengar Adam menipu Nek Tuk.

Hampir setengah jam berlalu, sesi kemas mengemas mula bermula. Aisy menolong Bik Yah mengumpul dan bawakan pinggan kotor ke sinki. Ingin basuh.

"Jangan basuh, Puan. Biar Bik yang basuhkan" laju Bik Yah menghalang bila melihat Aisy sudah pusing pili air sekali lengan baju, Aisy sinsingkan sedikit.

"Sikit je ni, Bik Yah" habis saja dia menutur kata-katanya itu, Aisy mula sabunkan pinggan kotor satu persatu.

Bila siap saja dia membilas pinggan, pinggan itu kemudiannya dilap dan disusun pula pada rak. Sama juga dengan cawan. Nek Tuk yang dari meja makan mula mengambil tempat di sebelah Aisy. Mahu tolong cucu menantunya membuat kerja.

"Kenapa Aisy tak rehat je? Baru balik kerja kan tadi. Mesti penat" Nek Tuk senyum. Tak kurang dengan Aisy, dia juga senyum mendengar kata-kata Nek Tuk itu.

"Saje je, Nek Tuk. Serba salah pula Aisy bila tak buat apa-apa" Aisy membalas. Terangguk kepala Nek Tuk.

Untungnya dia kerana ada cucu menantu seperti Aisy. Baik, cantik dan rajin.

"Aisy, Nek Tuk nak tanya sikit boleh?" Nek Tuk minta izin.

Laju Aisy angguk. "Mestilah boleh"

"Kenapa Nek Tuk dengar bising-bising dari bilik tadi? Bergaduh dengan Adam ke?" Nek Tuk bertanya, perlahan.

Soalan Nek Tuk itu, buat tangan Aisy terhenti dari membuat kerja. Dan Aisy sendiri tidak tahu kenapa, dia rasa nak menangis bila dengar soalan itu.

•••••

Bukan Yang Terbaik (in editing)Onde histórias criam vida. Descubra agora