19

264 27 4
                                    

Kerana kau dari Dia

Jarinya tidak berhenti bekerja sejak tadi. Ligat sekali tangannya bergerak menaip kerja-kerja nya yang tertangguh pada atas papan kekunci di hadapannya. Baru dua hari dia cuti, sudah menggunung fail-fail di mejanya. Mahu atau tidak, terpaksa jugalah dia siapkan semua ini dengan segera.

Terasa lenguh urat tengkuk, Aisy urut belakang. Kerjanya yang tertangguh hanya tinggal suku sahaja lagi sebelum semuanya siap sepenuhnya. Harapnya, dapatlah dia siapkan hari ini juga.

Jam pada dinding dikerling sekilas. Jarum pendek dan panjang kedua-dunya tepat menunjukkan pada angka dua belas. Masih ada baki satu jam lagi sebelum waktu rehat bermula. Dia sungguh berharap yang dia dapat habiskan semua ini sebelum rehat tengahari ini. Aisy tarik nafas panjang. Sesekali tetikus digerakkan dan papan kekunci ditekan berulang kali.

Hampir setengah jam berlalu, Aisy masih tekun membuat kerjanya sebelum kedengaran telefonnya berbunyi menandakan ada notifikasi baharu diterima masuk. Aisy intai skrin telefon. Bila mana matanya menangkap nama Naura, lantas Aisy capai telefonnya dan mesej dari Naura dibaca.

Naura:
Aku demam hari ini.

Baca mesej Naura, berkerut dahi Aisy. Baru semalam di corong telefon, elok sahaja gadis itu bercerita dengannya tentang koleksi candy crush kepunyaan Naura itu. Dan hari ini Naura boleh demam pula dan tidak hadir ke kerja. Drama ni!

Elok sangatlah itu. Akak Liyana pun tidak hadir hari ini kerana anaknya, Aleef ada temu janji dengan doktor pakar tentang penjagaan gigi. Jadi hari ini dia harus makan seorang diri tanpa berteman! Bosan!

Aisy menaip balasan untuk mesej kawannya itu. Siap dengan emoji di hujung ayat, butang send ditekan.

Telefon miliknya diletakkan kembali di atas meja sebelum mata kembali fokus pada komputer, mahu sambung membuat kerja.

Hari ini sebenarnya dia langsung tiada semangat mahu bekerja tetapi mengenangkan kerja-kerjanya terpaksa jugalah dia siapkan. Jika tidak mengenangkan kerja-kerja yang tertangguhnya itu, memang lama dia ambil kerja separuh hari saja.

Satu jam telah berlalu, Aisy sandarkan tubuhnya pada dinding kerusi. Dia di situ masih bertemankan komputer walaupun dia tahu pejabat ini sekarang sudah kosong kerana semua staff sudah keluar rehat. Hanya tinggal dia sahaja di situ.

Hujung pen diketuk-ketuk pada permukaan meja. Spontan, memori 2 hari lepas terlayar di ingatan.

"Kenapa Iman? Nak basuh tangan?" Aisy menyoal bila mana terpandangkan tangan Iman yang kotor di sebelah kanan. Ada sisa makanan di situ. Iman mengangguk kepala.

Aisy terus memusingkan pili air. Tangan Iman yang kotor dibasuh olehnya. Aisy rasa sedikit tidak selesa bila terasa ada sepasang ekor mata yang memerhati gerak-gerinya sedari tadi, dia pasti itu Hilman. Pili air ditutup.

"Jom sayang" tangan Iman yang basah dilap pada kain sebelum ditarik untuk mengikut langkahnya. Baru beberapa langkah, Hilman menahan. Lalu, lelaki itu jatuhkan bibirnya ketelinga Iman.

Entah apa yang dibisikkan oleh Hilman, Iman terus berlari ke ruang tamu. Meninggalkan dia dan Hilman berdua di dapur.

Apa ini?

"Aisy," panggil Hilman. Lelaki itu buka langkah mendekati. Aisy tidak menyahut. "fasal soalan abang hari itu..."

"Abang Hilman, please," suara Aisy separuh merayu. Tolonglah dia tidak mahu bincang soal itu. Hilman masih tidak faham lagi ke jawapan yang diberi olehnya tempoh hari.

"Aisy tak nak cerita fasal ini" Aisy menjawab.

"Kenapa dengan Aisy ni? Abang cuma nak jadikan Aisy isteri abang. Yang halal untuk abang. Susah sangat ke Aisy nak faham?"

"Tolonglah, abang nakkan jawapan Aisy bukan nak Aisy diam. Diam bukan jawapan, Aisy. Tolong, abang merayu dekat Aisy.

Aisy angkat kepala. "Abang..Aisy minta maaf sangat, Aisy bukan tak nak terima abang tapi Aisy..."

"Aisy apa?," Hilman mencelah. "Aisy dah ada boyfriend? Dah kahwin?"

"Aisy oh Aisy!" satu suara di hujung dapur memanggil kuat. Nana dan Iman muncul dari ruang tamu. Terus Aisy jauhkan tubuhnya dari Hilman. Bibir kuntum senyum buat dua figura itu.

"Ya! Kenapa?" dan tak lama selepas itu, Aisy lihat dihujung matanya, Hilman beredar dari situ.

Mata dipejam rapat. Hampir sesaat, Aisy buka mata semula sebelum pandangannya tepat jatuh pada siling pejabat yang berwarna putih itu.

Lama pandangannya statik di situ sebelum masalah keduanya pula mula menjamu difikirannya.

Adam. Itu masalah lagi satu yang masih belum selesai juga. Aisy hela nafas.

Semalam, selepas lelaki itu menghantarnya pulang dari rumah papa, terus Adam keluar dan tidak balik langsung ke rumah. Aisy tunggu sehingga jam 3 pagi di ruang tamu tetapi batang hidung Adam tidak juga kelihatan. Aisy bukan apa, tapi dia sebagai isteri ada jugalah rasa risau akan Adam yang tidak balik ke rumah. Aisy sangka hanya sekejap sahaja Adam keluar tetapi rupanya terus tidak balik ke rumah.

Dan waktu subuh pagi tadi, batang hidung Adam masih tidak juga kelihatan. Malah, kereta milik lelaki itu juga tidak ada di garaj. Pagi ini di pejabat barulah Aisy dapat melihat Adam. Mana lelaki itu pergi, Aisy tidak tahu. Tanpa sedar, keluhan berat dilepaskan lagi.

Adam tidur mana malam tadi?

Soalan itu yang melenggukan fikiran Aisy sebenarnya. Jujur, dia tiada jawapan untuk soalan sendirinya itu. Aisy pejam mata sesaat. Sangkaan buruknya dicampak jauh dari fikiran.

Ya Allah..

Dia tidak mahu bersangka buruk terhadap Adam. Aisy hela nafas. Tiba-tiba kedengaran telefonnya berdering kuat. Aisy tersentak. Laju gadis berbaju kurung itu tarik telefonnya dan panggilan dari Naura diangkat sebelum suara serak Naura memberi salam mengetarkan gegendang telinganya.

"Waalaikumsalam" Aisy menjawab. Naura terbatuk-batuk.

"Kau okay? macam teruk aje aku dengar" Aisy menyoal dan Naura mengumam perlahan.

"Dah ambil mc tadi, tak apa lah"

"Doktor cakap apa tadi? Ambil darah tak?" soal Aisy.

"Ambil"

"Habis itu, result?"

"Positif cantik" mendengar jawapan Naura, Aisy pecah ketawa. Positif cantik, ya. Sakit-sakit pun menyempat buat lawak!

"Positif..." tak sempat dengar sambungan Naura, tiba-tiba terasa bagaikan ada sesuatu yang asing di tempatnya. Aisy angkat kepala memandang mejanya.

Pap!

Satu bekas tupperware diletakkan di atas mejanya. Dan ada satu figura tegap berdiri di hadapannya. Laju Aisy betulkan duduknya.

"Em, Naura. Aku ada kerja sikit. Nanti aku call balik" dan kemudian telefonnya diletakkan di atas meja.

"Nek Tuk masak" hampir sesaat, suara garau itu sudah memenuhi ruang di antara mereka. Tidak perlu risau, kerana pejabat ini sememangnya sudah kosong melainkan mereka berdua sahaja di situ.

Mendengar jawapan dari Adam, Aisy berkerut dahi. Nek Tuk ada datang ke sini?

Aisy pandang kiri dan kanan, mahu mencari kelibat Nek Tuk di sekeliling tetapi tiada. Yang pasti hanya mereka berdua sahaja yang ada di tingkat atas ini. Makin berkerut dahi Aisy.

"Nek Tuk tak ada. Malam tadi aku tidur rumah papa. Pagi ini, Nek Tuk masak breakfast sekali lah bekalkan untuk kau" seperti tahu sahaja soalan yang bermain difikiran Aisy, Adam menjawab.

Tbc
080920

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now