20

303 28 9
                                    

Kerana kau dari dia

"Nek Tuk masak" hampir sesaat, suara garau itu sudah memenuhi ruang di antara mereka. Tidak perlu risau, kerana pejabat ini sememangnya sudah kosong melainkan mereka berdua sahaja di situ.

Mendengar jawapan dari Adam, Aisy berkerut dahi. Nek Tuk ada datang ke sini?

Aisy pandang kiri dan kanan, mahu mencari kelibat Nek Tuk di sekeliling tetapi tiada. Yang pasti hanya mereka berdua sahaja yang ada di tingkat atas ini. Makin berkerut dahi Aisy.

"Nek Tuk tak ada. Malam tadi aku tidur rumah papa. Pagi ini, Nek Tuk masak breakfast sekali lah bekalkan untuk kau" seperti tahu sahaja soalan yang bermain difikiran Aisy, Adam menjawab.

Aisy tersentak. Kepala diangkat, memandang Adam. Adam tidur rumah papa malam tadi?

"Tidur rumah papa?" Adam mengumam malas.

Ya Allah, dia di rumah sudah risau menunggu Adam tidak pulang dan tidak lena tidur malam memikirkan ke mana Adam pergi semalaman, rupanya Adam ada di rumah papa. Sekurang-kurang memberitahu kemana mahu pergi, itu sudah memadai dan tidak merisaukan Aisy.

Seharian Adam menghilang dari pandangannya, mustahil untuk Aisy tidak menyangka buruk. Dia hampir bersangka buruk dengan Adam semalam. Mati-mati ingatkan Adam keluar bersama Atiya. Aisy mengucap panjang. Jikanya Adam memberitahu nya awal-awal lagi, mungkin dia tidak menyangka buruk.

Teringatkan Atiya yang masih berada di negara orang sekarang ini, lagi Aisy rasa serba salah. Masakan dia boleh terlupa yang Atiya tiada di Malaysia?

Aisy mengucap panjang.

Deheman Adam menyentakkan lamunan kecil Aisy. Adam yang memandangnya dengan kerutan di dahi, Aisy balas senyum segaris. Confirm Adam pelik melihat dia tiba-tiba sahaja diam dan mengelamun.

Pandangannya kemudiannya jatuh pada bekas tupperware yang diberikan oleh Adam tadi. Bekas tupperware itu dicapai dan ditarik merapat. Ada sudu dan garfu di atas penutup tupperware tersebut.

Sejujurnya, dia tidak sabar mahu rasa air tangan Nek Tuk. Semestinya sedap dan rasa ketagih.  Selama sebulan Aisy berkahwin dengan Adam, tidak pernah lagi dia merasa air tangan Nek Tuk. Jika makan di rumah papa pun mesti Bik Yah yang masakkan.

"Awak pula?" wajah Adam dipandang.

Lelaki itu kerut dahi. "Kenapa pula dengan aku?"

"Tak keluar rehat?" Aisy menyoal. Biasanya, lelaki itu yang paling awal keluar untuk rehat tetapi hari ini lain pula. Staff sudah keluar rehat tetapi Adam tetap tidak juga berura-ura mahu keluar rehat.

"Aku nak ambil Atiya dekat Airport. Kalau keluar rehat takut nanti lambat pulak" lambat-lambat, Aisy mengangguk kepala. Riak wajah ditahan dari berubah.

Kau ini, Aisy. Biar betul. Cemburu? Cemburu sebab Adam layan Atiya lebih dari Adam layan kau?

Hampir seminit suasana di antara mereka jeda, kedengaran sekali lagi suara deheman dari Adam. Hujung mata Aisy, kelihatan Adam masukkan tangannya ke dalam kocek seluar sambil badan menghadapnya.

"Papa dengan Nek Tuk kirim salam" Aisy mengangguk perlahan. Sekadar menyahut balasan dari suaminya itu.

Aisy lepaskan keluhan berat. "Awak balik lewat lagi ke hari ini?"

"Kenapa?" Aisy terdiam sebelum menjawab,

"Saya nak lawat Naura petang nanti. Tapi kalau awak.."

"Aku balik lewat" Aisy mengangguk perlahan.

Tiba-tiba, bunyi hentakan kaki yang tidak pasti dari mana arahnya menyusul pendengaran mereka berdua. Bunyi itu semakin kuat dan kuat sebelum muncul Aeiya di sebalik pintu tangga kecemasan. Apabila matanya menangkap Adam dan Aisy, gadis itu terberhenti dari melangkah. Dahinya berkerut memandang kearah bossnya dan Aisy.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon