17

310 30 3
                                    

Kerana kau dari Dia

"Aisy dengan Adam dari rumah ke?" sudah lama berdiam, inilah soalan pertama yang dibangkitkan selama mereka makan tengahari bersama. Aisy yang sedang menguis butir nasi itu, mengangkat kepala memandang papa yang memandangnya.

Oh, Papa tak tahu?

Lalu, Aisy senyum sambil kepala digelengkan. "Kami dari..."

"Rumah. Kami dari rumah"

Mendengar jawapan dari Adam, laju Aisy menoleh memandang lelaki itu.

Apa ni? Menipu?

Adam tidak hiraukan pandangan dari Aisy. Lelaki itu buat muka selamba. Tangan kanan milik Adam ligat menambah lauk ke pinggan. Buat-buat tak nampak. Hampir seminit, Aisy hela nafas berat.

Apabila hujung mata Adam menangkap Aisy yang tidak lagi memandangnya, Adam berhenti menambah lauk dan mula suakan suapan ke mulut.

Papa mengangguk-angguk kepalanya."Syarikat pula macam mana, Adam? Semua okay, kan?"

"Semuanya okay, pa. Papa tak perlu risau" kepala Papa terangguk-angguk. Sudah sedia tahu yang anaknya memang bijak menguruskan syarikatnya itu.

Sudah hampir 5 tahun Adam menguruskan syarikatnya itu. Selama lima tahun, ada jugalah dia menjenguk sekali sekali ke syarikatnya dan dari pandangan tuanya tiada satu pun cacat cela, semuanya diurus cantik oleh Adam. Mahu mengharapkan anak perempuannya yang masih belajar dan sangat suka bersosial itu memang jauh sekali.

"Ini, papa nak tanya sikit dekat kamu berdua" Papa memandang Adam dan Aisy. Bibir tuanya loret sengihan nakal semacam. Aisy kerut dahi.

"Agak-agak, bila papa boleh dapat cucu?" mendengar soalan itu, tidak semena pipi Aisy berbahang panas. Nek Tuk disebelah, menahan senyum. Sudah lama wanita tua itu menunggu masa ini mahu menyoal. Akhirnya..

"Nek Tuk pun tak sabar nak dapat cicit juga" Nek Tuk menambah. Bahu Aisy disebelahnya ditolak, mengusik. Makin galak pipi Aisy berbahang.

"Pa..." Adam buat muka.

"Apa? Salah ke papa tanya?" jawab Papa.

"Kalau papa nak sangat cucu, suruh lah Alisha kahwin. Adam tak nak"

"Adam.." Nek Tuk di sebelah Aisy mula bersuara. Aisy senyap.

Adam ramas rambut kusut. "Nek Tuk, Pa. Boleh tak bagi Adam enjoy dulu? Lepas Adam dah kahwin dengan Atiya nanti, banyak pun Adam boleh bagi"

Nek Tuk menggeleng mendengar balasan dari Adam. Aisy tahan hati.

"Adam! Aisy kan isteri kamu, yang halal untuk kamu. Kenapa nak juga tunggu Atiya kamu itu?" dada Nek Tuk turun naik. Dia betul-betul sudah hilang sabar dengan Adam. Mak dengan anak sama saja perangai!

"Alah, Nek Tuk. Adam dengan Aisy pun akan bercerai juga nanti, kan? Adam pun akan berkahwin dengan Atiya" selamba Adam membalas sebelum dia menyambung lagi.

"Lagipun Aisy kata dia nak jaga badan. Takut kalau mengandung nanti gemuk pula badan, kan Aisy?"

Mendengar itu, Aisy pejam mata sesaat. Ya Allah, pernah ke dia cakap begitu pada Adam?

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now