30

256 20 1
                                    

Kerana kau dari Dia

"Kau okay tak ni, Aisy?" Naura rapatkan kerusinya dengan kerusi Aisy sebelum wajah Aisy yang memandang dirinya seperti mahu ditelan itu, dipandang.

"Aku okay, Naura" soalan Naura dijawab seperti mahu tak mahu.

Rasa Aisy, masuk kali ini sudah masuk kali ke empat perempuan depan dia ini tanya soalan yang sama. Masuk lima kali, jangan harap dia nak jawab.

"Ye lah tu okay. Adam suruh kau buat semua kerja tu balik, kan? Okay apanya kalau macam tu? Tak pernah lagi aku jumpa orang yang okay bila boss dia suruh buat semua kerja balik. Padahal kerja tu dah lama dah siap. Pembetulan sikit. Bukan boss. Tapi suami" Naura pandang Aisy. Sudahlah sekarang ini Aisy bukannya larat mana.

"Ke nak aku tolong sikit? Aku boleh buatkan separuh" Naura tayang wajah risau.

Laju Aisy menggeleng kepala. "Prestasi kerja aku yang teruk, kau pula yang susah-susah nak tolong buat juga. Aku okay, Naura"

"Kau sendiri tahu yang kau tak berapa nak sihat waktu tu kan?" Naura tetap berkeras. Suaranya tidak puas hati. "Kerja siapa je yang akan bagus kalau waktu tu tengah tak sihat?"

Aisy menarik nafasnya panjang. Pandangannya yang tadi menghadap komputer, kini sudah terhala ke Naura. "Aku okay, Naura. Sikit je lagi kerja ni. Esok siap lah"

Mendengar itu, Naura hampir menjulingkan biji matanya. Memang lah esok siap kalau sudah setiap masa menghadap komputer dan menaip saja. Kepalanya tergeleng kecil.

Tadi sewaktu Adam memarahi Aisy, rasanya satu bangunan boleh dengar. Naura di luar pun sudah gerun mendengar jeritan Adam. Bila Aisy keluar dari bilik dengan membawa fail penuh di tangan, Naura tahu lah sebab apa Adam menjerit tadi.

Satu jam berlalu. Aisy masih lagi membuat kerja dan tidak berganjak dari menghadap komputer. Naura pun sudah kembali ke mejanya, sambung membuat kerja.

Tiba-tiba bunyi staff lain mengemas meja masing-masing seperti mahu keluar rehat, kedengaran. Lantas, Aisy kerling jam pada telefonnya yang menunjukkan waktu rehat sudah bermula. Oh, sudah rehat.

Aisy sambung kembali kerjanya. Dia bercadang untuk tidak mahu keluar rehat hari ini, mahu siapkan kerja yang nampaknya semakin menggunung ni. Lagipun jika Aisy makan pun, dia akan muntah saja nanti. Perutnya juga tidak selesa. Pagi tadi saja Aisy sudah muntah dua kali tetapi tetap saja ke pejabat kerana risau jika Adam mengesyaki sesuatu jika dia sering mengambil cuti.

Dan dari meja, Aisy dapat dengar di meja Naura sepertinya bunyi gadis itu sedang mengemas meja juga. Hampir sesaat, Naura mendekati Aisy bersama tas tangannya yang sudah tersangkut di bahu. Dia memandang Aisy.

"Tak nak rehat ke? Aku lapar dah ni"

Aisy menggeleng kepala. "Aku tak rasa lapar"

Aisy kembali menyambungkan kerjanya. Bila dia teringatkan sesuatu, laju dia memandang Naura yang nampaknya sudah mahu mula meleter bila dengan dia kata dia tak lapar. Dia teringat aiskrim!

"Aku nak aiskrim..." bila teringat kerjanya yang menggunung, terus dibatalkan saja niatnya. Kerjanya banyak lagi..

"Jom. Aku teman kau makan aiskrim" Naura senyum. Fail-fail di atas meja Aisy sempat diselak oleh Naura.

"Balik dari makan aiskrim, kita buat sama-sama kerja ni" Naura menyambung lagi. Bersinar terus mata Aisy. Dia sengih.

Laju saja tangan mencapai tas tangannya dan tangan Naura selepas itu. Terus jadi happy! Memang Aisy teringin benar aiskrim perisa dark chocolate.

Bukan Yang Terbaik (in editing)Where stories live. Discover now