6

390 35 3
                                    

Kerana kau dari Dia

Bilik bersaiz segi empat sama ini juga tempat mereka berdua bertapa. Dah hampir 10 minit mereka di dalam, tapi mulut Naura yang makin rancak berhujah, tak ada langsung ura-ura nak berhenti. Aisy hela nafas.

Bilik yang dicatkan kelabu itu sudah penuh dengan frekuensi suara Naura. Kalau diberi peluang untuk jadi halimunan 10 saat memang Aisy gunakan perkhidmatan itu. Bebelan Naura yang tak berhenti keluar melantun dari mulut pun dah boleh buat gegendang Aisy koyak.

Aisy rasa nak tampar mulut beberapa kali. Mulut ni lah yang salah! Dah ingkar dengan arahan tuan dia! Bijak sangat bagi alasan tersepit pintu tu dah kenapa?

Terasa ada objek lembap bercium dengan kulitnya, Aisy tunduk. Tangan Naura memegang kapas, menyapu ubat pada kesan luka lebam di pergelangan tangan Aisy. Mata kemudiannya terpandang kotak First Aid Kit diatas meja kerja Kak Alana. Aisy senyum. Tahulah yang kawan kesayangan dia depan ini, risau betul dengan dia.

"Kau ni memang jenis tak reti tutup pintu dengan betul ke? Haritu dekat hotel, tak reti nak tutup pintu. Sekarang tersepit pintu? Ehh kau ni nak aku bukak kelas belajar langkah-langkah menutup pintu kelas tadika ke apa?" Naura membidas. Mata pandang Aisy dihadapannya. Aisy sengih.

Tapi entah kenapa hatinya kuat menyatakan yang Aisy ada simpankan sesuatu dari dia. Ya, sesuatu.

Naura keluh berat. Tiba tiba perasaan sayu bertandang dalam diri. Bukan dia saja saja nak membebel dekat Aisy, tapi rasa bersyukur dalam hati yang menampar dia untuk membebel lagi panjang. Rasa bersyukur sebab kesan lebam pada pergelangan tangan Aisy bukan bekas seksaan lelaki dayus.

Lelaki dayus?

Lah, kenapa hati ni tetap mengiyakan perempuan yang kena tangkap basah hari tu ialah Aisy?

Macam cerita novel, lelaki dera isteri dia sebab ingatkan isteri dia yang perangkap dia? Macam tu?

Ya Allah kau kenapa, Naura? Banyak sangat baca novel ni.

Kali ini, Naura pula hela nafas panjang. Entah, dia sendiri tak tahu jawapan sebenar. Tapi hatinya ini kuat menyatakan Aisy adalah gadis itu.

Bukan sebab tak percaya, tapi sebab perbualan staff hotel itu yang buat dia buntu. Kali ini dia nekad nak bertanya.

"Aisy.."

Naura pandang Aisy. Aisy mengumam.

"Yang masa dekat hotel tu kan, kau...."

Bunyi pintu berkuak membantutkan bicara Naura. Tertonjol separuh muka kak Liyana. Wanita itu ukir senyum.

"Dah siap?"

Kak Liyana menyoal.

Naura mengangguk. Kapas di tangan, dibaling ke dalam tong sampah kecil di bawah meja. Tubuh itu kemudiannya bangun dari duduk sebelum tangan menutup bekas First Aid Kit itu. Kak Liyana jalan merapati mereka.

Berhenti pada Aisy, tangan gadis itu dibelek.

"Sakit?" Aisy menggeleng.

"Naura dah letak ubat, dua tiga hari lagi eloklah tu. Tangan anak akak, si Fayyad tu pun minggu lepas lebam sebab tersepit pintu. Lepas letak ubat, eloklah" ujaran Kak Liyana dibalas dengan senyuman dan anggukan.

Baru Aisy mahu membuka mulut, suara garau Adam menerjah ke gegendang telinga mereka bertiga. Serentak ketiga tiga kepala disitu menoleh ke arah pintu utama bilik yang tertutup. Jelas suara itu datang dari luar bilik itu.

"AKU PALING TAK SUKA STAFF AKU MASUK OFFICE LAMBAT! REHAT 20 MINIT AJE BUKAN 40 MINIT!" beberapa dokumen dileparkan ke lantai. Thafiq yang merupakan pekerja yang dimarahi itu, menundukkan kepala.

"KAU INGAT KAU BOSS BESAR KE DEKAT SINI?! AKU PECAT KAU! PERGI! JANGAN TUNJUK MUKA DEPAN AKU LAGI!"

Nafasnya turun naik. Api amarah makin membuak buak tinggi. Belum masuk fail kerja yang belum siap, laju saja tangan lelaki itu mencampak kuat ke lantai. Terhinjut bahu semua staff yang berdiri. Tak lupa juga, gadis yang setia disamping lelaki itu. Bahu Adam diusap beberapa kali. Usapan ketenanganlah kononnya.

"You jangan marah marah okay. I kan ada" Atiya senyum sambil pandang muka Adam di sisinya. Selepas beberapa saat, Adam toleh kearah Atiya. Berubah riak wajahnya kepada lembut.

"Sebaik you ada Atiya" kemudiannya, pinggang ramping Atiya dipaut. Aisy yang melihat, pandang tempat lain.

Tersengih malu Atiya bila diperlakukan sebegitu rupa. Tahu aksi sebentar tadi telah diaksikan oleh semua pekerja Adam. Rasa bangga menjulang tinggi.

Aisy yang melihat, tahan hati. Tapi muka digagahkan juga untuk tak menunduk. Terasa ganjil diri ini. Tiba tiba sedih tengok suami sendiri layan perempuan lain lagi elok dari isteri sendiri.

Atiya. Rasanya semua orang di sini termasuk Aisy, tahu yang Atiya adalah tunangan Adam.

Tepukan di bahu seakan akan memanggilnya
buat Aisy tertoleh. Matanya sekarang ini dah dihiasi dengan muka Naura yang tak berhenti senyum gedik.

"Sweet kan Tengku Adam dengan Atiya tu. Kan best kalau koleksi crush aku pun macam tu" Naura ketawa sambil mata dah bersinar sinar segar. Aisy menggeleng. Bukan Aisy tak tahu, otak Naura sekarang ini dah berangan kalau dia ditakdirkan berjodohan dengan salah satu koleksi candy crush dia. Aisy putar mata.

Tak, yang lebih sakit hati bukan dengan Naura tapi dengan dua orang depan dia ni.

"Aieya" Adam memanggil.

"Ye, Tengku"

"I nak keluar dengan Atiya sekejap. Maybe I tak masuk office lepas ni. So you can stay here" Aieya mengangguk faham. Adam dan Atiya dah berjalan ke pintu lif.

Bila hilang sahaja merpati sejoli itu, ramai pakat berkumpul di hadapan meja Thafiq. Pejabat ini yang tadinya senyap terus hingar bingar.

Aisy pandang Naura yang dah mulakan langkah ke meja kerja. Sama seperti Naura, Aisy mahu membuka langkah ke tempatnya, tapi bunyi dengusan dari orang tak jauh darinya kedengaran masuk terus ke saraf optik.

"Jantan tak guna" bila mendengarkan ujaran itu, Aisy menoleh. Kaki yang makin perlahan terus memberhentikan langkah. Orang itu menggenggam penumbuk. Tertimbul kerutan di dahi Aisy.

Siapa yang tak guna?

TBC

-090220-

Bukan Yang Terbaik (in editing)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora