+ Bab 64 ; Bahaya

6.8K 293 28
                                    

Sudah dua bulan, tubuh itu hanya terlantar kaku di atas katil pesakit. Dan sudah dua bulan juga Hanis disahkan keguguran, semuanya berlaku dengan drastik. Sekejap sahaja bila Allah kata jadi maka jadilah ia. Kun Fayakun.

Hidup seorang Hanis Aqasha berubah sepenuhnya selepas keadaan yang menimpanya dan Megat Idran. Tak putus-putus doa dikirimkan buat si suami yang tenang dalam lena yang panjang. Wajah Idran tenang namun tak ada tanda-tanda lelaki itu mahu bangun dari komanya.

Luka pada kepala, kesan calar pada wajah itu sudah pun kering dan semakin sembuh namun tetap tubuh itu tak berganjak. Hentaman kuat pada Audi milik Idran telah membawa lelaki itu hanyut dalam dunia mimpi. Bernyawa namun ditidurkan dalam lena yang lama. Mesin dan wayar tetap mengulit tubuh Idran.

Bangunlah sayang.. baby kita dah tak ada.. Dia tunggu kita dekat pintu syurga sana.. Hanis memandang tubuh itu tanpa jemu malah penuh minat dan sabar menanti lelaki itu sedar daripada komanya.

" Asha dah habis pantang tau, abang tak bangun lagi. Abang marah Asha lagi ke? " soal Hanis, tangannya bermain dengan jemari kaku milik Megat Idran.

" Sayang Asha pada abang tak pernah berubah tapi Asha sedar sejak dari mula lagi, hati ini bertepuk sendiri. Abang, abang hanya sayangkan Qasha.. dan bukan Hanis.. abang sayangkan budak kecil bernama Qasha dan bukan seorang Hanis Aqasha. "

" Tak, Asha dengan Qasha tak sama. Asha rasa abang dah buat keputusan yang silap ni!Abang yang tak faham!? Kalau betul abang sayang Asha kenapa tak cuba nak betulkan rumah tangga kita? Abang tahu tak selama ni Asha jadi tunggul je bersangka baik dengan abang! Asha tak faham kenapa abang jadi macam ni! "

" Penat? Baguslah penat, kerjalah. Kerjalah sampai mati! Biar anak bini abang dekat rumah ni tunggu abang macam tunggul kayu! At least kalau tak fikir pasal perasaan Asha, fikir pasal Qisha! Asha tak kisahlah kalau abang nak junjung kerja abang tu! Tapi please buat macam abang ada anak bini! Asha tak fahamlah apa yang tak kena! Setiap kali Asha call abang tak berjawab, nak ajak abang makan sekali? Huh sampai ke sudah tak jadi! Asha mesej abang, dah lewat macam tu baru abang nak reply? Asha ni isteri abang ke pembantu rumah ni? "

" Haritu masa makngah kutuk Asha, ada abang backup? Tak pun. Asha call abang? Abang end call macam tu je. Abang balik lewat malam, okey Asha faham. Abang tak boleh ambil Qisha setiap kali balik, okey Asha terima. Abang dah tak mahu Asha ikatkan tali leher, okey Asha tak buat. Asha nak datang hantar makanan and makan dengan abang, tak boleh okey tak apa Asha faham abang busy. Tapi sampai bila? Sampai kita bercerai lagi sekali? "

" Asha ni siapa? Isteri abang? Ataupun abang masih lagi ingat yang Asha ni adik sepupu abang? "

" Kalau susah sangat kita cerai jelah balik! "

Hanis tersenyum lemah, kelat sahaja senyumannya sambil mata tak lepas tertunak pada wajah Idran. Dia memandang sahaja wajah itu dan juga membiarkan sahaja air suam itu mengalir lesu membasahi pipinya. Turun bersama kesal-kesal dosa yang pernah dia cemuhkan pada lelaki itu.

" Asha minta maaf abang.. Asha rindu.. " rintih Hanis perlahan, dia memandang sahaja wajah itu bersama dada bidang yang berombak tenang. Tak ada tanda-tanda lelaki itu akan bangun. Tak ada.

Asha berdosa dengan abang..

Di dalam hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Thabrani bermaksud,

“Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan dan menjaga kehormatan diri, serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang disukai.”

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now