Bab 43 ; Still care about her

10.5K 462 18
                                    

Jam berdetik tepat pukul 1:30 pagi dan bunyi deruman motosikal kedengaran menjengah ruang laman. Idran mematikan enjin Kawasaki Ninja miliknya sebelum helmet dibuka, dia mengeliat kecil dan mengurut sedikit belakang leher yang terasa lenguh. Rumah yang gelap tanpa cahaya itu dipandang sekilas sebelum turun daripada motosikalnya. Dengan wajah yang lesu dan keletihan, Idran mendekati pintu rumah lalu kunci dimasukkan ke dalam tombol sebelum dipulas.

Idran menguap kecil, dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan mata melilau memandang sekeliling lalu ternampak susuk tubuh seseorang sedang berbaring menghadap televisyen itu. Idran buat tak peduli sebelum terus mengunci kembali pintu. Dia meregangkan badannya yang terasa sakit, sejak akhir-akhir ini dia bekerja keras untuk sesuatu jadi dia jarang tidur dan pulang awal ke rumah.

Idran menapak mendekati ruang tamu, dia menoleh pada susuk tubuh tadi. Idran melepaskan keluhan melihat tubuh yang terbaring dan terlena dengan nyenyak itu milik Hanis Aqasha. Tak jadi Idran nak melangkah terus ke biliknya, dia mengambil tempat dan melabuhkan duduk berhadapan dengan Hanis. Wajah itu direnung penuh minat.

Wajah Hanis yang putih bersih tanpa cela itu dipandang, teringat pula dia yang gadis itu kelihatan begitu gembira tengah hari tadi. Bergelak ketawa dengan girang, lain sekali dengan Hanis yang dia jumpa petang tadi. Idran hanya diam, mata tak lekang daripada memandang wajah Hanis yang nyenyak beradu. Berminat betul dia dengan wajah itu. Polos dan kebudak-budakkan.

Namun tiba-tiba sekali lagi Idran melepaskan keluhan, wajahnya diraup sebelum tersandar lesu pada sofa berangkai dua itu.

Kenangan bertahun lepas tertayang di dalam minda, riak wajah kosong tanpa rasa ingin mahu menyapanya, ya itu pandangan yang Hanis beri padanya sewaktu mereka berperang mulut tadi. Dia tak berniat mahu bertengkar dengan gadis itu, dia cuma tak berapa suka Hanis kembali rapat bersama Ikmal. Entahlah, dia tak sukakan lelaki itu.

Idran bangun lalu berlalu masuk ke dalam bilik, suhu aircond diselaraskan. Baju yang dipakai itu ditanggalkan sebelum dibaling masuk ke dalam bakul pakaian kotor. Idran keluar dari bilik menapak menuju ke dapur lalu mencapai segelas air. Dia bersandar pada kabinet, memandang kosong ruang makan di depan mata. Keluhan dilepaskan lagi, entah sejak dia keluar berjumpa Farhan tadi sudah berapa banyak kali dia mengeluh pun dia tak tahu.

" Oh tolonglah abang Ran, saya malukan abang Ran or abang Ran yang malukan diri sendiri? Ada isteri tapi masih lagi ada teman wanita? Kita seri satu sama sekarang ni. And please bear in your mind, our parents will arrive soon. Let's end this marriage as soon as possible. Saya tak akan malukan abang Ran dan abang Ran bolehlah terus berbahagia with your love one. "

Idran mengeluh, dia tertunduk menghadap kabinet bersama seribu satu rasa yang tak terungkap. Bercampur-baur. Dia mengurut belakang leher yang kelenguhan.

" Bullshit. " gelas itu diletak di dalam singki sebelum dia berlalu. Idran merengus, kaki dibawa melangkah untuk ke bilik namun terhenti saat terpandang tubuh Hanis yang tidur berlapikkan lengan.

Jelas sekali, wajah gadis itu berkerut-kerut ketika menyelesakan diri di atas sofa. Tangan yang ingin memulas tombol pintu itu terhenti, Idran mendekati tubuh itu bersama segaris senyuman tipis.

" Kalau marah pun tak payahlah susahkan diri tidur dekat sofa ni. " tutur  Idran perlahan, dia berdiri di sebelah Hanis yang tidur nyenyak. Sedar dengan tabiat isterinya yang satu itu, nyenyak tak ingat dunia!

" Kan dah sakit badan. " sambung Idran lagi, kedengaran tawa kecil daripada lelaki itu. Wah, sudah lama rasanya tak berjumpa sisi Idran yang ini.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now