Bab 22 ; Just stay

10.3K 476 30
                                    

Sudah empat hari berlalu daripada peristiwa hitam itu namun Idran masih lagi belum memberi kata putus, Hanis melepaskan nafas lega kerana tak lagi diasak dan dibebani dengan hal itu walaupun dirinya sudah dipandang serong oleh beberapa orang penduduk sekitar taman perumahan rumah keluarga Idran itu. Hm janji dia tak kacau orang sudahlah.

Hari-harinya sejak empat hari lepas berlalu seperti biasa, kejadian itu langsung tak dibangkitkan oleh Faliq, Khaysarah mahupun Zunairah malah Darlina yang berjauhan itu pun tidak tahu menahu akan hal ini. Tak perlulah dihebohkan sehingga berjumpa jalan penyelesaiannya. Dan genap juga empat hari Idran tak pulang ke rumah namun Hanis tahu lelaki itu baik-baik sahaja.

Lelaki itu muncul sahaja di pejabat namun menghilangkan diri lepas waktu kerja, dia tak ada masa nak ambil tahu. Dia cuma risau kalau-kalau walid dan umi tahu akan perihal ini. Walid yang tenang itu jangan disangka tiada belang, kalau dah datang angin dan amarahnya habis terbalik satu rumah itu diamuknya sebab itu mereka adik-beradik tak berani nak cari pasal dengan walid. Bak kata orang, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Kes Naqif buat hal pergi tumbuk pelajar junior yang biadap masa sebelum SPM itu pun masih kekal dalam ingatan jadi jangan cuba buat main ya. Walid tu dia tak kira besar ke kecil lagi, dia rotan sama rata je.

Hanis memandang fail kes yang harus diteliti untuk dibuat laporan, dia akan naik mahkamah tak lama lagi jadi dia perlu bersiap sedia dengan segala laporan dan butiran jenayah yang akan didakwa ketika mahkamah bersidang nanti. Suasana ruang pejabat ketika itu tenang dan lenggang sahaja kerana yang lain sudah keluarga menyiasat alibi dan makan tengah hari.

Dia sahaja yang malas nak keluar hari ini, tunggulah nanti balik je dia singgah makan atau tapau bawak balik. Dia malas sungguh hari ini, disebabkan kejadian itu juga Khaysarah kembali berada di rumah itu bagi mengelak perkara lama berulang kembali kerana Faliq semakin sibuk dengan training bola dan pelajaran di sekolah.

Hanis bangun, menuju ke pantri bagi membasahkan tekak yang terasa kering semacam. Dia meregangkan tubuh sambil menapak, tin Nescafe Latte yang berada di dalam fridge dicapai sebelum dibuka dan diteguk perlahan-lahan. Ah nikmat gila!

" I'm serious. "

" Why? "

" We have planned all this so why not? "

" Kenapa tak boleh? "

" Tak ready? Irrelevant. "

" Okey, don't ask me why after this. "

" Assalamualaikum. "

Suara keras Idran membuatkan Hanis terkaku, garang gila! Dia marah siapa tu? Soal Hanis pada diri sendiri, dia sudah menyorok dibalik peti sejuk yang dibahagian pantri itu dan berdoa agar lelaki itu tidak membawa langkah masuk ke dalam pantri. Namun apa yang diminta tak jadi itulah yang nak jadi jugak! Bunyi derap kasut Idran kedengaran di hadapan pintu pantri.

" Sakit kepala aku macam ni. " omel Idran sendirian, dia mengeluarkan muk di atas rak sebelum mencapai botol air mineral di atas kabinet. Air dituang masuk ke dalam muk lalu diteguk rakus, agaknya kalau muk tu boleh telan memang dah Idran telan kot muk tu. Dia punya mood stress tu kalah perempuan datang bulan.

Ting!

Bunyi notifikasi yang datang daripada telefon pintar milik Hanis membuatkan gadis itu gelabah. Habislah dia! Matilah dia macam ni! Malunya kalau Idran perasan dia menyorok di balik peti sejuk itu! Arghh apa yang aku buat dengan hidup aku ni?!

" Menghendaplah, naik ketumbit baru tahu. " suara Idran itu membuatkan Hanis pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Dah banyak kali dia memalukan diri sendiri depan lelaki itu. Engkau ni tak habis-habislah Hanis!

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now