Bab 39 ; Demam ke?

10.2K 911 47
                                    

" Buka pintu. " arah Megat Idran tanpa nada, beg silang yang berada di dadanya dipegang. Hanis merungut di sebalik pintu zink itu.

" Tinggal jelah dekat situ, nanti orang ambik. " balas Hanis, gila ke dia nak buka pintu bilik mandi ni luas-luas? Sudahlah tak berbumbung, dingin air perigi yang membasahi badannya ini pun tak habis lagi.

Sedari tadi mereka berada di rumah Pak Hamzah, menumpang mandi sebentar sebelum bertolak pulang. Namun dipaksa oleh makcik Salmah iaitu isteri kepada Pakcik Hamzah untuk makan tengah hari disini. Walaupun padanya mulanya mereka menolak kerana takut terlambat sampai ke rumah namun diikutkan juga akhirnya.

Tapi masalahnya sekarang ni kenapa Idran dari tadi memaksa Hanis untuk membuka pintu tandas daripad zink itu? Sudahlah Hanis perlu mandi diluar rumah kerana bilik air di dalam rumah rosak, takut juga Hanis kalau ada yang terintai-intai dirinya yang sedang mandi. Memang betul-betul tradisional betul bilik air ini, dindingnya diperbuat daripada kepingan zink yang dipacak ke tanah bersama kayu.

Tak berbumbung dan dilengkapi dengan sebuah perigi yang kedinginan airnya boleh mencecah ke tulang sum sum. Sejuk!!

" Buka jelah, mana boleh letak atas tanah. Basahlah beg abang. " balas Megat Idran bosan, bukannya Hanis tak memakai baju pun malah gadis itu memakai kain basahan lagipun dia ada lesen besar. Setakat masuk satu bilik air itu tak ada hal lah!

Korang perasan tak, Idran ni makin gatal sejak akhir-akhir ni!

Block dia sekarang!

" Ish, orang malulah! Letak jelah dekat situ, nanti orang ambil! " marah Hanis dari dalam, geram je dia dengan Megat Idran ni. Aku pukul ko kang!

" Nak malu apa? Buka cepat or abang blah. " balas Megat Idran lagi.

Bunyi dengusan dari dalam bilik air antik itu membuatkan Idran tersenyum segaris, dapat dia bayang wajah Hanis cemberut bersama cebikkan di bibir. Mengada betul! Bukannya nak ajak mandi sekali pun!

Klik!

Bunyi selak dibuka, Hanis yang berkemban dan hanya menutup sebahagian bahunya dengan tuala memandang Megat Idran tajam.

" Bak sini! " tangan dihulurkan, meminta lelaki itu menyerahkan beg silang berisi pakaian bersama wajah masam macam asam kecut.

" Nah. " Idran senyum sambil menghulurkan beg berisi pakaian miliknya pada Hanis.

" Dalam ni ada baju, pakailah. Yang tu je abang ada. " terang Megat Idran pada Hanis yang masih lagi memegang erat kain tualanya.

" Ha okey okey, cepatlah. Orang nak tutup pintu ni. " beg silang itu bertukar tangan, Idran menjarakkan sedikit dari pintu zink itu.

Pap!

Pintu ditutup kasar.

" Mandi elok-elok, karang ada orang intai nanti! " Idran berjalan laju dengan tawa nakal.

" Diamlah! "

Laung Hanis geram.

♠️♠️♠️♠️

" Hampa ni baru kahwin ka? " soalan yang diutarakan Makcik Salmah itu membuatkan Hanis terbatuk kecil.

" Hang ni Mah, kan dah tersedak budak tu! " tegur Pak Hamzah pada isterinya. Makcik Salmah menghulurkan gelas berisi air sirap pada Hanis dan perlahan-lahan terasa usapan di belakang badan. Siapa? Oh, Megat Idran.

" Haah, baru sangat makcik. Tak sampai sebulan lagi. " balas Idran menjawab soalan itu. Tangan masih lagi menepuk perlahan belakang Hanis yang keperitan. Itulah, makan gelojoh lagi!

" Ya Allah, baru sangatlah ni! Ni buat apa mai sampai kawasan rumah lama dekat sana tu? " soal Makcik Salmah lagi, Hanis senyum. Kecoh betul suara makcik ni macam umi, tiba-tiba rasa rindu pula dengan Puan Halina seorang tu!

" Kami kena jumpa klien err dekat kawasan ni. Ada kerja sikit. " balas Idran, nasi disuap ke dalam mulut sambil-sambil berbasa-basi.

" La macam tu ka, ha makan-makan. Jangan malu-malu! Hang Hanis, makan banyak sikit. Kurus kering aih! " Hanis tersengih sahaja. Tak tahu nak cakap apa. Sudahnya dia kembali menyuap makanan.

Suka dia suasana kampung sebegini, kadang-kadang teringin juga dia untuk duduk di kampung. Menjadi gadis kampung, huh berangan sahajalah! Program masjid Encik Ariffin tu bukan boleh ditinggalkan. Sayang sangat walid dengan jawatankuasa dan aktiviti yang dijalankan disitu. Puan Halina korang tu sudah belanjakan duit pencennya untuk dekorasi rumah mereka di Ipoh.

Tapi Hanis tetap bersyukur, mana tahu suatu hari nanti dia diberi peluang untuk membeli tanah dan membina rumah berkonsepkan tradisional dan vintage sebegini. Cantik, macam rumah maktok cumanya rumah maktok dua tingkat. Dibahagian bawah berdinding batu manakala di tingkat atas berdinding kayu dan beratap zink.

Dia juga mahu telaga air berdindingkan zink itu, tak apalah berangan kan tak payah bayar! Hanis mencedok kuah singgang ikan. Ringkas sahaja makan tengah hari mereka, singgang ikan, sambal ikan bilis petai, ulam daun selom serta sambal belacan. Oh umikuu, bila nak balik ni! Dah terbau-bau sambal belacan daripada lesung batumu yang legend itu!

" Asha. " Idran mencuit lengan Hanis yang sedang mengelamun.

" Hah? Apa dia? " soal Hanis terpinga-pinga. Hanya tinggal dia dan Megat Idran sahaja di meja makan itu. Aik? Mana Makcik Salmah dan pak Hamzah?

" Nak air. " gelas dihulur pada Hanis memandangkan gadis itu duduk bersebelahan jag air. Hanis mengangkat jag air sirap itu sebelum dituang ke dalam gelas plastik itu. Idran senyum tipis sebelum diucap terima kasih.

" Mana makcik dengan pakcik? " soal Hanis menjauhkan sedikit dirinya daripada tubuh lelaki itu.

" Diorang keluar, tadi ada orang panggil. " balas Megat Idran sebelum suasana kembali senyap dan hening. Hanis menghabiskan sisa nasi yang berada dalam pinggannya lalu diteguk air sebelum bangun.

" Aduh! "

Terjerit kecil Hanis kerana tergigit lidah dan terhantuk pada dada bidang si abang sepupu. Tak terjangka yang dia dan Megat Idran akan bangun serentak, terkejut dia saat tubuh lelaki itu menghadap ke arahnya.

" Aduh, sakit seh. " Hanis terduduk kembali, begitu juga Idran.

" Sakit ke? " soal Idran polos, wajah tak bersalah betul. Sakitlah wahai Megat Idran!

" Taklah, sedap sangat. Rasa macam minum Tealive. " Hanis menjeling sarkastik.

" Sini, nak tolong gosok. " tanpa amaran, Idran menarik kerusi Hanis dengan sebelah kaki sehingga Hanis betul-betul berada dekat dengannya sampai bau minyak wangi milik gadis itu dapat dihidu. Hanis kaku.

Tangan kiri Megat Idran naik mengusap dahi Hanis yang terhantuk pada dadanya, tak adalah sakit sangat yang terhantuk tu. Yang sakitnya dekat lidah dia! Penuh cermat, awning tudung Hanis diperbetulkan. Hanis yang kejang tak bergerak hanya mampu memerhati sahaja pergerakan tangan Megat Idran. Fokus betul lelaki itu memperbetulkan awning pleated shawl yang dipakainya.

" Dah, perfect. " kata Idran sambil tersenyum, bangga mungkin melihat awning tudung Hanis yang cantik terbentuk.

" Dah, bangun basuh tangan. " Megat Idran tersengih nakal, sempat dia kenyitkan mata pada Hanis bersama tawa nakal sebelum berlalu meninggalkan Hanis yang terkedu sendiri.

Hanis berkerut.

Deman ke abang Ran ni?

Aku Asha tau, bukan Ashmira.

♠️♠️♠️

erm, ramai jugak silent readers eh. aku taknaklah paksa korang vote sbb bagi aku vote itu macam satu achievement. kalau best, org vote. kalau tak best, org tak vote. tapi at least komenlah 😭👍

komen anda mmbuatkan hri aku yg cm anat ni gembira la sikit shshs. btw may i know, pembaca aku ni dlm lingkungan umur berapa? Okey, have a nice day!


Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now