Epilog

11.3K 536 56
                                    

" Qasha!! "

" Ye umi!! "

" Hang buat apa dekat atas pokok rambutan tu! Hang turun sekarang! Jatuh sat lagi baru ada akai! Turun sekarang! " ah sudah bergema laman rumah maktok dengan suara lantang Puan Halina. Budak perempuan yang berada di atas pokok rambutan itu tersengih.

" Sampai bila nak dok bawah umi? " balas Qasha loyar buruk, dia memang cari nahas betullah!

" Wei Qira, nak satu! Padia hang makan sorang ni? " Qasha mencebik melihat sepupunya yang bertenggek di atas dahan sambil menggigit kulit rambutan.

" Hoi, tangkap! " sebiji rambutan merah ranum itu dibaling ke arah Qasha yang berada di dahan sebelah kiri.

" Budak-budak ni! Hampa turun sekarang! Dah perempuan tu buatlah perangai macam perempuan! Yang galak sangat pi panjat pokok rambutan tu pasaipa! Tunggu sat tunggu sat, mana dia rotan! Mai sini aku nak rembas hampa! Galak sangat panjat ataih tu! Kalau jatuh patah riuk nak kata macam mana?!  " ah sudah, Qasha dan Qira berpandangan sesama sendiri.

" Aku kira sampai tiga, kira terjun lepastu kita lari tau tau. Kita lari pi bendang, pondok tokwan. " ajak Qasha, Qira menganggukkan kepala.

" Satu.. "

" Nanti sat hang! " nyaring suara Puan Halina memenuhi kawasan laman itu.

" Dua... "

Buk!

" Pungkoq hang, aku kira tak habih lagi! " marah Qasha yang masih berada di atas dahan. Qira sudah bersembunyi di sebalik semak.

" Lekaihlah, satgi kena rembat! "

" Satu.. dua...tiga.. "

Entah macam mana baru sahaja kakinya ingin terjun ke bawah, Qasha rasa dahan itu licin dan dia tergelongsor ke bawah dengan penuh sadis.

" Aaaaaa Qira!! "

Buk!

" Aduh! "

" Allah abang! "

Qasha membuka matanya, terkejut melihat tubuhnya yang terjatuh di atas abang sepupunya merangkap abang kepada Qira.

" Haa tudialah aku kata dah, satgi jatuh kan dah tersembam dah! Mai sini, aku nak tibai hampa! Galak sangat pi panjat! "

" Lariii wei lariii!!!! " Qasha bangun, tangan Qira ditarik sebelum dia memecut laju keluar daripada laman rumah kampung milik maktok.

" Hampa nak lari mana!! Balik!! " lantang suara Puan Halina. Sakit otak dia dapat anak dara macam ni, bukannya kecil lagi tapi sudah darjah 6.

" Id pi panggil depa balik sat, habaq yang makcik panggil balik! " pinta Puan Halina pada anak menakannya yang masih bersila di tanah.

Idran bangun, dia menganggukkan kepala. Sakit jantung dia tadi melihat adik sepupunya yang mahu jatuh tergelincir ke bawah. Mahunya kalau gadis itu jatuh begitu tadi memang patah tangan dan kakinya. Gila apa, sudahlah pokok rambutan di rumah maktok ini tinggi-tinggi hendaknya. Idran bangun, dengan langkah malas dia mencapai kunci motor lalu melompat naik ke atas motosikal milik pakciknya.

Sesekali Idran senyum.

Qasha, awat hang kiut sangat?

Adik sepupunya yang beza lima tahun darinya itu memang nakal semacam, suka sangat membuat makciknya itu pening kepala. Tanpa sedar, bibirnya masih mengoyak senyum.


++++


Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada korang yang sudi membaca buku yang tak ada hala tuju ini. Terima kasih weh untuk 8k+ reads dan 900+ votes. Korang sumpah cinca daebak! Thanks sudi terima penulisan aku even aku rasa ending dia mcm tak proper.

Entahlah tapi serious talk, aku hargai sangat korang yang sudi baca, votes, komen. Nak terharu do, sumpah! Komen korang yang gila-gila tu buat aku semangat gila nak type. Hari2 mesti pikir, apa scene nak buat eh harini.

Apa konflik nak type eh harini even masa tngh dlm jamban pun aku dok fikir apa nak letak, smua sebab korang yang tak jemu baca and support. Dulu memula type, aku redho je yang votes ke tak sebab yelah aku sumpah try and error je cerita ni. Terinspire dengan kisah aku yg tersuka dekat abg kawan aku tapi tu dululah. So nak kasi lagi gempak, buatlah bagi jadi abg spupu maka terhasillah watak Megat Idran.

Megat Idran ni spatutnya seorang yg cold hearted tau, dia jenis yg fokus dekat diri dia je. Dia tak peduli pasal orang lain meanwhile Hanis Aqasha adalah seorang yg sempoi. Humble and go through je dengan semua benda. Sebab tu aku try twist, jadikan Hanis yg chill tu kepada seorang yg cengeng dan suka menangis and Idran kepada seorang yg cold tu jadi tak rilek. And yeah aku rasa failed sksksk utk twist personality Idran.

Okey okey stop bebel, so sumpah do korang memang daebak gila. Daripada views ciput2 je tetiba sehari chapter aku publish boleh pergi smpai 100+ reads. //terharu do//

Terima kasih tau tau, semoga Allah balas jasa korang. Btw make sure korang check out work aku yg lain tau sksks sbb aku ada 2 crita baru nk publish. Aku kasi tahu korang je ni. Aku akan publish crita yg ada moral value. Insya Allah crita aku lebih berkonsep santai, korng takyah dh sakit2 hati mcm Idran dgn Hanis sksk.

Okey, Hati Ini Milik Siapa melabuhkan tirai!

May Allah bless you and have a great day! Stay safe!

Signing out,
Han.

14:19 PM
End ; 18 Nov 2020

Hati Ini Milik Siapa? Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon