+ Bab 66 ; Berat hati

6.6K 290 17
                                    

Hanis menguap, terpisat-pisat memandang sekeliling, mengumpul nyawa yang masih berkurangan. Kepala yang terasa berdenyut dipicit perlahan berharap denyutan pedih itu akan hilang sedikit. Mata memandang sekeliling, mengamati keadaan. Oh masih tetap sama. Ruangan wad bersama seorang lelaki terlantar di atas katil pesakit. Masih tetap sama. Tanpa perubahan.

Namun masih, hatinya kukuh dan tak jemu dalam merawat susuk tubuh yang terbaring kaku itu. Bernyawa namun tetap kejung dalam tidurnya. Tak ada kata lelah, keluhan mahupun rungutan. Di rawat dengan penuh sabar, sebagai tanda kasih sayang kukuh merajai hati.

Sungguh, dia benar mahu tubuh itu bangun. Dia mahu bibir itu melengkungkan senyuman seperti sediakala. Dia mahu suara garau lelaki itu kembali menyapa indera pendengaran. Tapi tetap, tubuh itu bahkan tertidur nyenyak. Seolah Tuhan memberinya waktu rehat dari buana ini.

Hanis bangun, meregangkan otot dan sendi tubuh yang terasa sengal dan pegal. Melangkah perlahan ditemani cahaya lampu suram menghiasi ruang wad, langkah kaki dimatikan berhadapan laci kayu. Menuang perlahan air putih di dalam botol kaca di atas sana, meneguk rakus. Menghilangkan rasa sesak dan kering.

Sambil-sambil mata tak lepas memerhati tubuh yang semakin kurus itu. Ya, walaupun saluran air dan makanan dibekalkan ke dalam tubuh itu namun tetap, tubuh itu kelihatan lebih cengkung daripada biasa. Figura tegap dan sasa itu seakan hilang dibawa pergi.

Sebuah keluhan berat kedengaran.

" Esok Asha tak boleh datang teman abang the whole day.. "

" Asha kena prepare order cupcake untuk event kawan Khaysarah. "

" Asha tak nak pergi.... "

Keluhan lain kedengaran.

" But I've too. "

Gelas diletakkan kembali di atas laci, melangkah kembali menghampiri sisi katil yang menempatkan tubuh suami tercinta.

" Hari ini supposed to be our special day. "

" Hari ini sepatutnya Asha tengah peluk abang. And spend our time together. "

" Hari ini.. "

Retina itu mula berkaca-kaca menandakan akan bening air yang turun membasahi pipi lesu itu.

" ... genap lima tahun Asha bergelar Mrs Idran. "

" Happy anniversary husband Asha. "

Maka dengan itu titisan suam itu turun. Syahdu dan perih.

" I'm not a good wife, if Asha tak lawan cakap abang malam tu maybe we are happy now. Kalau Asha.. kalau hiks.. kalau Asha tak simpan rasa curiga tu maybe abang tak akan.. tak akan terlantar macam ni.. " pilu suara lirih itu menghambur kata, menyalahkan dirinya sendiri. Dia yang bersalah, sepatutnya tubuh dia yang terlantar kaku sekarang bukan lelaki itu!

" Asha minta maaf.. sangat-sangat.. Asha.. Asha jahat. " sekali lagi wanita itu teresak, penuh hiba menatap sekujur wajah tenang berbalut saluran oksigen.

" Asha terima kalau lepas ni abang nak benci Asha. Tapi tolonglah bangun hiks. Asha merayu, please wake up.. "

" Please abang Ran, wake up. Bangun.. "

" Asha tak sanggup tengok abang macam ni. Asha sakit. Sakit tengok abang kaku tak bergerak macam ni. Asha ragu, sama ada abang akan bangun atau tak. Please wake up.. please.. hiks. " tersedu-sedan, lengan kekar itu dipegang sebelum menautkan jemari mereka bersama.

Netra legam itu berkaca-kaca, aliran air suam tak henti mengalir. Ada rasa kesal, takut, rindu dan bermacam rasa bercampur-aduk menghiasi ruang netra legam itu.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now