+ Bab 59 ; Makan hati lagi

6.9K 309 25
                                    

" So Encik Idran akan handle kes ini? " soal Wafa Hani, ya ini peguam yang sama semasa kes Ashmira dikendalikan. Idran merengus, dia kurang suka dengan cik peguam ini. Suka benar menyakitkan hatinya dengan maklumat kes yang cuba diputar belit.

" Hm. " itu sahaja balasan Idran, dia tak ada masa mahu beramah mesra dengan perempuan ini. Dia bukannya suka sangat membuang masa dengan berbual atas perkara yang sudah diketahui. Dah memang terang lagi bersuluh disuluh bersama spot light lagi yang atas fail kes itu tertulis nama dia sebagai pendakwa raya, apa yang Wafa tak faham lagi?

Dia sendiri pun tak tahu, apalah malang sangat nasib dia berjumpa lagi dengan peguam bela bermulut becok dan bising macam murai tercabut ekor itu. Idran mendengus kasar, sengaja supaya gadis itu tahu yang dia cukup tak suka dengan gadis bernama Wafa itu.

Inikan pejabat pendakwa, kenapa pulak perempuan ini menyemak menempel di sini? Gerutu Idran di dalam hati, sudahlah sedari pagi tadi moodnya kurang elok disebabkan masalah yang timbul di tempat kejadian. Barang-barang bukti untuk dibawa ke jabatan forensik ada yang hilang semua sebab kecuaian detektif yang terlibat dalam kes ini. Bukan hilang, cuma Detektif Arman itu terletak di tempat yang salah.

" Means that Encik Idran akan jumpa saya lagilah, saya akan fight untuk kes ini. " terang Wafa lagi, dia tersenyum walaupun sebenarnya dia menyampah juga dengan lelaki itu. Sombong gila!

" Tak payah repeat rasanya, saya tak buta lagi nak baca laporan atas fail tu. " balas Idran tanpa riak, suaranya sahaja dingin membeku. Dia mengangkat fail berisi keterangan mangsa.

" Erm boleh keluar tak? Rasanya awak tak ada keperluan pun dekat sini, ini pejabat pendakwa. Jadi tolong keluar eh, saya tak ada masa nak berbual kosong macam ni. One more thing, tolong jangan suka-suka hati redah masuk bilik saya. " pesan Idran bersama senyuman mengejek sebelum keluar dari biliknya. Wafa terkesima.

Idran mengatur langkah, dia mahu ke bilik Qayyum untuk mendapatkan maklumat terbaharu siasatan hari ini. Wajahnya ketat tak beriak, langkahnya penuh karisma, kemeja hitam berbalut di tubuh itu menambahkan lagi kekacakan lelaki ini namun siapa sangka dia sudah punya anak? Ramai yang tidak tahu sebenarnya Idran sudah berkeluarga.

Sebab? Alasannya Idran tak mahu Hanis dan Qisha terjebak dengan dunia jenayah ini, menjadi pendakwa tak semudah yang di sangka. Bukan hanya perlu berlawan di mahkamah namun keselamatan mereka juga agak terancam kerana ada sahaja pihak yang tak puas hati dengan lontaran yang di dakwa.

Sama ada dari pihak pembelaan ataupun pihak keluarga suspek sendiri pasti sahaja tidak berpuas hati dengan pendakwa yang mendakwa dan menang kes mereka. Maklumlah tugas sebagai pendakwa ialah mendakwa kes dan menegakkan kebenaran. Idran tak mahu Hanis dan Qisha terancam. Cukup-cukuplah kes Ashmira dahulu. Dia tak mahu hilang orang-orang yang dia sayang.

" Pasal saksi kau tak payah risau ah, kitorang memang ketatkan kawalan untuk saksi sebab suspek ketiga masih terlepas kan. And saksi akan datang untuk kawad cam minggu depan. " Idran menganggukkan kepala sambil memandang Qayyum yang sedang menarik helaian kertas ujian postmortem.

" Ini dia result postmortem, kau ada tak time kawad cam minggu depan? " soal Qayyum, Idran memeriksa helaian kertas itu.

" Not sure, tengoklah macam mana. " putus Idran, dia malas mahu berjanji sebab dia memang sedang terkejar ke sana sini disebabkan kes ini lagipun urusan kawad cam itu hanya melibatkan pihak polis dan saksi. Dia tak perlu ada pun tak apa, janji dapat result kawad cam itu.

" Kau ni work hard sangatlah Ran, relax doh. " tegur Qayyum saat melihat Idran menguap kecil namun lelaki itu hanya menggelengkan kepala.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now