Bab 2 ; Joging

12.6K 616 24
                                    

6:30 pagi.

Hanis terjaga dari lena, Khaysarah yang tidur terlentang itu dikerling sekilas. Hanis terpisat-pisat memandang telefon bimbit. Seminit termenung, dia bangun meninggalkan katil. Baru sahaja ingin memulas tombol pintu, dia teringat tentang si lelaki di luar.

Segera tudung hitam instant dicapai lalu disarung dan sempat tangan menarik beg toiletries kemudian perlahan-hanan Hanis memulas tombol pintu bilik lalu keluar. Mata melilau melihat keadaan ruang tamu masih gelap namun dapat dia tangkap susuk tubuh Faliq dan Arief yang sedang tidur di tengah ruang tamu. Bibir mengoyak senyum.

Terus kaki menapak menuju ke bilik air bagi memberus gigi dan mengambil wuduk. Usai memberus gigi serta mandi cewah alang-alang dah rajin kan, Hanis menyarung kembali tudung hitam segera itu kemudian terus keluar dari bilik air namun dia terkejut saat melihat si abang sepupu yang elok bersandar di dinding hadapan bilik air dengan mata tertutup.

" Err.. err. "

" Tepi. " mulut itu bergerak menutur bicara dingin tanpa membuka mata. Hanis tertunduk sebelum berlalu dari situ dengan perasaan kesal.

" Sombong. " itu sahaja perkataan yang terluah. Hek eleh, elok-elok aku nak buat baik nak tegur dia, buat perangai kerek pulak. Tutup lampu bilik air tu baru tahu! Tanpa disedari Hanis menjelir lidah.

" Woi Khay, bangun solat subuh! " tubuh perempuan atas katil ni di cuit sedikit.

" Adik takleh sembahyang la abang, ABC. Pi la jemaah dengan abah dengan mama. " kata Khaysarah mamai.

" Suka hati hangla. " Hanis membentang sejadah, kain telekung miliknya berwarna putih bersulam bunga biru itu dipakai. Dalam suasana hening pagi, saat kebanyakkan umat Islam sedang beradu, gadis itu bangun berjumpa dengan Maha Esa.

Ramai umat Islam sekarang terlepas solat subuh dengan alasan? Tak boleh bangun pagi. Ramai yang lalai, ramai yang cuai, anggap ianya benda yang remeh. Tidakkah mereka tahu? Di dalam al-Quran kitab suci itu tertulis, perkara pertama yang akan dikira di padang Mahsyar nanti ialah solat?

Tidakkah mereka tahu? Bersusah payah Rasulullah naik turun dari bumi ke langit hanya ingin meminta Allah mengurangkan bilangan solat sehari semalam hanya sebab takut umatnya tidak dapat mengerjakan ibadah itu?

Tolonglah, dunia dah tenat. Ramai yang anggap remeh, yang selalu terlepas. Siapa kita? Hanya hamba yang hina, yang selalu lupa dan mudah mendengar bisikan syaitan. Kuatkan iman, jaga hati, jaga mata, jaga mulut.

Sesungguhnya bersujud saat solat Subuh sangat indah. Di dalam keadaan hening, dimana semua orang masih tidur. Dia bangun berjumpa Ilahi. Memohon ampun dan mengatakan syukur kerana diberikan peluang bernafas di bumi Allah ini.

Hanis melipat kain telekung usai menunaikan solat, terus dia bersiap-siap ingin keluar berjoging. Bukan dia tidak biasa dengan kawasan sekitar sini. Seluar track hitam disarung bersama sehelai baju-t lengan pendek berwarna hitam sebelum dilitupi dengab sweater ungu lembut.

Tudung segera diganti dengan bawal cotton berwarna hitam. Duit dikeluarkan dari dompet sebelum diselit di belakang casing telefon lalu dimasukkan ke dalam saku seluar, Hanis berlalu keluar.

" Achik, adik, bangun. Solat subuh. " Hanis melutut di sebelah adik-adiknya yang nyenyak tidur.

" Bangunlah, solat subuh. Nanti terlepas nanti, Allah marah." lembut suara Hanis memanggil adiknya.

" Achik piyed lah akak. " balas Faliq mamai. Amboi, mamai pun boleh buat lawak kurang bijak eh!

" Jangan nak mengada, awak tu lelaki. Halkum dan nampak tu, misai pun dah tumbuh. Bangun cepat! " Arief bangun dari lena sebelum duduk melunjur. Hanya Faliq sahaja yang masih selamba membuat tahi mata.

" Baik kau bangun sekarang Faliq Aqeil sebelum akak heret kau masuk dalam bilik air lepas tu kurung kau dalam tu baik kau bangun cepat!" terus lenyap suara lembut tadi berganti dengan ugutan keras.

" Lantak kaulah, tidurlah tidur. Biar nanti kau bangun-bangun tiba-tiba ada yang tanya Marabbuka pandai-pandailah kau jawab. Akak nak pergi joging, Assalamualaikum! " kata Hanis sinis dan terus berlalu. Setapak Hanis berlalu, Faliq terus bangun dari tidur.

Mulut Hanis ni tak tapis betul! Namun ada Hanis kesah? Dapat adik degil macam ni memang tu je makannya. Hanis terus membawa keretanya menuju ke pantai berdekatan lagipun semalam dia sudah buat research.

Sampai sahaja, Hanis terus berjoging di persisir pantai yang berangin itu. Itulah rutin hujung minggu Hanis, walaupun sibuk dia tetap menjaga stamina dan kekal fit. Earphone dipasang sebelum sayup-sayup kedengaran lagu Ocean Eye nyanyian Billie Eilish memenuhi telinganya.

Hanis tersenyum memandang matahari yang semakin naik, Subhanallah! Cantik sungguh sunrise pagi-pagi ni, Hanis tersenyum sambil masih berlari.

Namun seketika kemudian, sedang ralit dia memerhatikan matahari yang semakin naik, malang tidak berbau. Kakinya tersepak seketul batu timbul dan dengan penuh dramatis, Hanis jatuh menyembah lantai.

Sudahlah jatuh, matanya pulak termasuk pasir yang ditiup angin. Memang sadis! Sudahlah jatuh ditimpa tangga.

" Adoi! Ei batu ni masa-masa ni jugaklah dia nak timbul, aduh sakitnya! Aduh aduh! Pasir masuk mata! " Hanis terduduk sambil cuba sedaya-upaya membuka mata namun belum sempat Hanis memegang matanya, ada sepasang tangan terlebih dahulu memegang dagu Hanis.

" Duduk diam-diam. " Hanis terpaku, dia kenal sangat suara ini. Siapa lagi? Kalau suara mamat yang cakap 'tepi' pagi tadi?

Hanis terus kaku dan serentak itu terasa tiupan lembut meniup tubir matanya yang terasa pedih, Hanis apa lagi? Terus keras kejung macam orang nak mati esok lusa sahaja. Bagaikan ajaiban berlaku, sekelip mata sahaja Hanis rasa matanya sudah tidak pedih lagi. Berkelip-kelip mata gadis itu.

Terbuka sahaja kelopak mata, dia dihidangkan dengan wajah bersih milik Megat Idran sedang tersenyum sedikit. DIA SENYUM?!

" Lain kali joging tengok depan. " kata Megat Idran sambil memperbetulkan topinya yang senget.

" Err terima kasih, macam mana abang Ran boleh ada dekat sini? " soal Hanis teragak-agak.

" Sini memang port joging abang. Lain kali kalau mata masuk pasir, jangan pegang terus. Tangan tu dahlah kotor. Jomlah balik, tu seluar dah koyak. " tegur Megat Idran yang sudah berdiri memandang lautan.

" Hah!? " Hanis memandang seluarnya, dan dia tersengih melihat lubang di lututnya. Dengan perasaan malu, Hanis pegang lutut yang terdedah.

" Buka sweater, ikat dekat pinggang. " cadang Megat Idran.

" Err tapi baju lengan pendek. " balas Hanis malu alah. Tutup lutut, lengan tertayang? Apa kes?

" Nah. Jom balik. " terus sweater Adidas yang tersarung di badan Idran ditanggalkan maka terserahlah lengan kekar lelaki itu.

" Uish, terima kasih biji selasih! " Hanis mengikat sweater milik Idran dipinggang sebelum mengekori langkah kaki lelaki itu yang sudah sedikit menjauh.

Tiba-tiba Hanis tersenyum, hati terdetik perasaan pelik namun cepat-cepat dilupakan perasaan itu. Ingat Hanis jangan cepat jatuh hati!

+++

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now