Bab 6 ; Demam

11.4K 730 4
                                    

Hanis melangkah masuk ke dalam rumah, sunyi. Mana diorang? Tak balik sekolah lagi? Getus hati Hanis.

Buk!

" Ya Allah, Abang Ran! " Hanis berlari mendapatkan Idran yang terduduk di hadapan pintu rumah.

" Okey tak ni? " soal Hanis, namun tiada balasan daripada Megat Idran. Lelaki itu terkulai lemah bersandar di tepi muka pintu. Hanis serba salah, kalau dia tolong papah abang sepupunya ini mesti dua-dua tertonggeng dekat situ.

Paling-paling pun mesti dia dan Idran terhuyung-hayang macam orang mabuk dan paling dia tak suka bila dia perlu sentuh anggota badan lelaki itu. Tak apalah ni darurat!

" Meh orang tolong. " Hanis menebalkan muka memegang lengan Megat Idran yang kekar itu.

" Tak apa, abang okey. " Idran cuba bangun namun dia rasa berpinar-pinar macam ada bintang-bintang berpusing-pusing fuh dahsyat!

" Mehlah orang tolong, jangan bodoh sombong sangat amboih! " omel Hanis, lengan Idran sekali lagi dipegang , okey berlapik okey berlapik. Perlahan-lahan dia papah Idran masuk ke dalam bilik itu. Hanis terpaku namun cepat-cepat diletakkan Idran di atas katil.

Bau haruman minyak wangi yang dipakai Idran memenuhi ruang kamar bercat putih yang dihiasi perabot berwarna hitam. Elegan!

Hanis menyuruh Idran baring, kot yang dipakai Idran ditanggalkan. Penghawa dingin dibuka, suhu dilaraskan sebelum dia keluar dari bilik itu. Hanis menuju ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Khaysarah, termometer dikeluarkan daripada beg galas miliknya lalu terus dia bergegas masuk ke dalam bilik Idran.

Termometer diletakkan di bawah lengan Idran yang separuh sedar itu.

39° Celcius! Tinggi jugak ni!

" Asha.. sejuklah. Tutup aircond.. " rengek Idran persis budak kecil, comforter hitam ditarik separas dada. Hanis menutup kembali penghawa dingin kemudian digantikan dengan kipas.

" Sejuk lagi ni.. " rungut Idran lagi.

" Eh sabarlah kejap! Taboh kang! " kata Hanis geram.

" Abang Ran, buka butang baju tu kasi udara masuk. Tunggu sini, orang ambik tuala basah. " arah Hanis pada Megat Idran yang sibuk berselubung di dalam comforter hitam itu. Dia tak lemas ke?

" Ikhlas Hanis ikhlas, dia dah banyak tolong kau. " getus hati Hanis lalu bekas berisi air diambil bersama sehelai tuala biru yang diambik dari bagasinya lagipun inikan rumah Mak Chaq takkan nak punggah barang sesuka hati.

" Abang Ran ni kerja kuat sangat sebab tu la jadi macam ni. " okey Hanis panas enjin dulu baru bebel okey? Tuala itu dicelup ke dalam bekas berisi air sebelum diperah lalu dilap muka Idran yang panas, leher Idran yang mulai panas itu dilap lembut.

" Abang Ran ni wajib kahwin dah ni, ada isteri so nanti makan, pakai abang semua terjaga tak adalah sampai jadi macam ni. " bebel Hanis sambil tangan masih bergerak mengelap sekeliling muka Idran yang agak terganggu dengan tuala itu. Hanis!! Abang Ran nak tidurlah!

" Abang Ran kerja kuat-kuat ni abang Ran nak jadi billionaire ke? Apa kata abang Ran ambik cuti, rehatkan minda, usha-usha awek mana tahu jumpa yang boleh buat calon bini kan untung? " tokok Hanis lagi, Idran tayang wajah toya.

Berulang kali sebelum kain itu diletakkan di atas dahi Megat Idran.

" Okey dah, insya Allah nanti panas tu turun sikit. Orang pergi dapur kejap, nak masak nanti budak-budak tu balik rumah. Orang guna barang dalam peti ais tau, nanti orang topup balik. Abang nak makan apa-apa ke? " soal Hanis berdiri di muka pintu bilik Idran.

" Tak nak.. abang okey.. Thank you. " balas Idran perlahan sebelum kembali masuk ke dalam comforter. Hanis menggelengkan kepala lalu terus menuju ke dapur.

" Tukar tudung dululah. " Hanis masuk ke dalam bilik lalu tudung yang dipakai diganti dengan tudung segera hitam.

Peti sejuk digeledah, ayam mentah serta udang dikeluarkan dari peti beku, Hanis menimbang-nimbang dalam hati. Masak apa ek?

" Sup ayam dengan sambal udang? Okey kot, kalau tak nak makan pepandai engkau la. " Hanis bagi kata putus untuk diri sendiri sebelum tangan mula bergerak.

***

" Nah, abang makan dulu. Orang nak mandi. Berlengas. " Hanis letak dulang makan di atas meja kerja Idran sebelum berlalu pergi. Setengah jam kemudian dia kembali, dulang makanan itu tidak terusik langsung. Hanis mengeluh. Katil Idran didekati, comforter ditarik perlahan.

" Apa ni.. abang ngantuklah.. " rungut sambil cuba menarik kembali comforter hitamnya namun Hanis lebih cepat menarik sehingga ke bawah comforter hitam itu. Kerusi ditarik sebelum dilabuhkan duduk di sebelah katil Idran.

" Come, makan lepas tu makan ubat. " arah Hanis, dah macam nak suap adik dia dah. Ya Allah Megat Idran ni kan!

" Tak nak, abang nak tidur. Mengantuk. " balas Idran, Hanis tersengih jahat.

" Okey abang tak nak sembuh kan? Esok orang pinjam kereta tau, abang kan nak cuti esok. Orang bolehlah naik Audi tu fuh buat stok mengorat pun cun ni. " usik Hanis nakal terus mencerlung mata Idran memandang Hanis. Perlahan-lahan dia bangun bersandar di kepala katil. Hanis ketawa melihat reaksi Idran. Sayang sangat Audi tu! Yela Audi kot!

" Nah makan. Lepas tu ambik Panadol ni dua biji, telan. Eh jangan telan macam tu je, kena minum air lah nanti tercekik pula. " Hanis menghulurkan nasi serta sup ayam. Idran bangun, duduk di sisi katil menghadap Hanis yang berada di atas kerusi.

" Achik dengan Arief tak balik lagi? " soal Idran memecah kesunyian.

" Haahlah, belum lagi. Dah lewat dah ni. Sepatutnya dah sampai lama dah, kejap orang call achik. " Hanis menarik telefonnya daripada poket seluar. Idran hanya memerhati.

" Hello Assalamualaikum, hah achik mana kau? " soal Hanis.

" Ada ni ha, kitorang balik dengan Kak Khay. Kenapa akak? " soal Faliq disana.

" Tak, cuma pelik sebab tak sampai lagi. Okey, balik cepat sikit. Nanti maghrib nak jemaah sekali kan. " pesan Hanis pula. Sebelum menamatkan panggilan. Idran menjongket kening seolah-olah bertanya.

" Diorang ada dengan Khaysarah. " balas Hanis selamba. Idran menyua kembali mangkuk nasi yang hanya luak separuh itu.

" Tak nak dah? " soal Hanis, Idrang menggelengkan kepala. Dua biji Panadol ditelan sebelum meneguk air. Idran tersenyum segaris.

" Thank you. " Idran kembali berbaring. Hanis hanya duduk memerhati Megat Idran yang menarik perlahan comforter di atas lantai. Idran kembali melelapkan mata. Hanis hanya diam memandang sebelum lama-lama dia terpejam dan terlelap di atas meja kerja Idran.


***


Zunairah membuka pintu rumah, sunyi je mana orang? Bukankah adik sepupunya semua ada disini, ini sunyi semacam sahaja.

" Dibu, Aish nak tidur.. " rengek anak sulung Zunairah yang berusia 4 tahun itu.

" Okey jom kita tidur.. Dibu nak letak barang dekat dapur. " Zunairah melangkah menuju ke dapur namun kakinya terhenti di hadapan pintu bilik abang sulungnya yang ternganga.

" Ya Allah abang Idran! Hanis!! " Hanis terpisat-pisat bangun. Idran pula masih mamai. Apa jadi??

***

tak baik tau jadi silent reader, sumbang-sumbangkan lah vote. ocey, kalau tak aku sebat sekor sekor ha tiber

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now