Bab 27 ; Oh Okay

9.7K 441 51
                                    

" So how? "

" Apa benda? " soal Hanis sebelum menyedut baki Ice Lemon Tea miliknya. Wajah Khaysarah dipandang dengan muka berkerut.

" Life kau lepas kahwinlah? Aku dah nak habis HO tau, lepas ni aku cuti sambil-sambil tunggu posting. " balas Khaysarah, dia memandang wajah sepupunya itu. Bukan dia tak tahu, ada yang tak kena dengan perkahwinan diorang. Khaysarah tahu mereka kahwin tanpa cinta tapi tak boleh ke abangnya itu cuba semai kasih sayang dengan Hanis? Dia tak faham kenapa abangnya masih lagi berhubung dengan Ashmira tu?

Dia pun tak faham kenapa abang dia beria benar nak kahwin hari itu, kalau nak kahwin buatlah cara nak kahwin. Jagalah anak dara orang elok-elok! Tahulah tak ada langsung rasa cinta, tapi benda tu semua boleh pupuk kan? Kenapa perlu berharap pada yang haram walhal yang halal dah ada depan mata? Dia tak faham, dan dia cukup marah bila dapat tahu Megat Idran seolah-olah menganggap perkahwinan ni main-main.

Kalau tak boleh nak bertanggungjawab atas anak dara orang, kenapa nak kahwin!? Khaysarah ketap bibir, berlawan dengan perasaan sendiri. Kalau ikutkan boleh je Megat Idran tolak usul nikah kahwin ni dan pejam mata dengan kata-kata orang. Alah, lama-lama makcik tu penat makcik tu diamlah.

" Kahwin? Life lepas kahwin? Kau buat lawak eh Khay? Aku dengan abang kau still sepupu macam biasa, kahwin ni syarat kitorang tinggal serumah je. Tak ada yang menarik. " ungkap Hanis perit, ya itulan hakikatnya. Dia masih Hanis Aqasha, sepupu kepada Megat Idran dan Megat Idran masih Megat Idran iaitu abang sepupunya. Langsung tak menarik.

" Habis tu kau tak cuba buat dia fall in love dengan kau? " balasan Khaysarah buat Hanis tersedak.

" Tak nak aku, buat malu je. Nanti orang cakap hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Taknaklah. " balas Hanis malas, jam di pergelangan tangan ditilik. Masih ada setengah jam lagi sebelum waktu makan tengah hari habis.

" Kau nak malu buat apa doh? Dia husband kaulah, menggoda pada yang halal? Kau patut buat something lah! Kau nak biar je perkahwinan kau ni tergantung macam ni? Instead of jadi isteri simpanan dia baik kau mintak cerai doh. " balas Khaysarah tegang, memanglah bukan rumah tangga dia tapi tak sewajarnya rasanya dia duduk saja melihat perkahwinan tanpa hala tuju ini.

" Dia yang kau cakap tu abang kau, kenapa kau nak sokong aku? Kau simpati dengan aku? Sebab aku berharap pada yang tak sudi? Khay, aku tak minta pun nak kahwin dengan dia. Aku tak minta semua ni jadi, kalau boleh dari mula lagi aku nak elak semua ni. Sekarang ni aku cuma nak follow the flow, sampai masanya kami akan bercerai jugak dan aku akan pergi jauh. " ujar Hanis panjang lebar, dia kurang mengerti kenapa Khaysarah terlalu menyokongnya dan masuk campur hal kahwin ini. Bagi dia sekarang, lantaklah apa nak jadi!

" Memang dia abang aku Nis tapi aku takkan sokong pihak yang salah, Megat Idran tak patut buat kau macam ni. Dua hari lepas aku nampak dia dengan Ashmira, bermesra bergelak tawa bagai. Aku pernah nampak kau tersungkur, aku saksi kau jatuh terduduk semua sebab dia. Aku nak tolong kau, Allah takkan biar perkahwinan ni terjadi kalau bukan kehendak Dialah. Mesti ada sesuatu yang dia cuba aturkan buat kau. Jadi aku nak tolong kau, usaha untuk mencintai dan dicintai dia. " Khaysarah memandang tepat wajah sahabatnya, dia kenal Hanis. Gadis itu cukup baik, mereka membesar bersama.

Di saat dia dah putus harapan sewaktu zaman belajar, gadis itu datang hulurkan bantuan. Jadi setakat perkara kecil begini, dia tak kisah untuk tolong gadis itu. Hanis bukan sahaja sepupunya malah kawan baiknya juga, cukuplah dia nampak betapa sakitnya gadis itu berharap pada yang tak sudi. Dia tak mahu lagi lihat gadis itu lemah begitu.

" I have no idea. Dia sendiri cakap perkahwinan ni tak bawa apa-apa makna melainkan alasan untuk kami tinggal sebumbung. Aku penat Khay, air mata aku dah kering menangis sebab lelaki tu. Aku tak tahu kenapa hati aku bebal sangat susah nak move on, sekarang ni aku cuma nak kejar kerjaya aku. Insya Allah lepas umi aku balik, aku nak sambung belajar. " beritahu Hanis, dia benar-benar malas mahu fikirkan halnya dan Megat Idran.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now