Bab 53 ; Signing out

10K 483 34
                                    

Sambil2 tu play la music dkat atas ni okey ehehe. Dah ready ke nak jumpa ending HIMS?

+++

" Hang posting dekat HKL ka? " soal Hanis pada Khaysarah yang sibuk touch up make up di wajah. Naik rimas dia melihat doktor yang seorang ni. Dah lawa dah pun, tak payahlah nak over sangat.

" Haah. Kita nak lunch kat mana? " soal Khaysarah pula, masih lagi mengoles lipstik jenama So.lek di bibirnya.

" Aik, bukan hang kata nak pi tengok rumah dulu ka? " soal Hanis kehairanan, tadi bukan main tak menyabar sepupunya ini mahu pergi melihat rumah yang bakal didiaminya.

" Tak apa, aku dah pi tengok sebelum aku jumpa hang ni lagipun kami tinggal dekat rumah abang aku. " balas Khaysarah, Hanis berkerut lagi. Jadi Khaysarah dan suaminya akan tinggal dengan Megat Idran? Biar benar?

" So hang stay dengan abang hang ka? "

" Eh tak aih, eh kejap kejap. Jangan cakap kau tak tahu do? " Khaysarah menoleh, dia mengemam agar cecair lipstik yang dipakai rata di atas bibirnya.

" Tak tahu apa pulak? " soal Hanis, apa benda yang dia tak tahu? Bukankah baru seminggu lepas sahaja dia berjumpa dengan Megat Idran jadi apa benda yang dia tak tahu?

" Abang aku dah pindahlah. "

" Hah?! " Hanis menekan kuat break kecemasan gara-gara terkejut.

Pin!!!!

" Aduh! " Khaysarah memegang kepala yang terhantuk pada dashboard, pedih dan perit sahaja dahinya terhentak pada permukaan keras itu. Bunyi hon daripada kereta belakang membuatkan Hanis terpaksa berhenti di bahu jalan.

" Yang kau beria sangat terkejut ni kenapa? Abang aku dah pindah lepas tu kami pindah masuklah rumah tu lagipun tu rumah sewa bukannya rumah Idran. Kau terkejut sangat ni kenapa? " terang Khaysarah, dia memandang Hanis yang jelas pegun dengan keadaan itu.

" Dia pindah mana? Bukan dia ada dekat sini ke? Aku baru je jumpa dia minggu lepas? " Hanis memandang wajah Khaysarah.

" Yang tu aku tak tahu, mak aku pun tengah bengang tak habis lagi dengan abang aku tu. Dia cakap dia pergi bercuti tapi tak tahu dekat mana, dia cuma bagitau mak aku yang dia selamat. Barang-barang dia pun dah tak ada dekat rumah tu. Rasanya dah nak dekat seminggu jugak abang aku blah. Eh by the way, sejak bila pula kau jumpa dia? " balasan kata Khaysarah buat Hanis tergamam.

" Adalah aku jumpa dia dalam minggu lepas, dia tak bagitahu kau apa-apa ke? Dia dekat mana ke apa ke? " soal Hanis, suaranya kedengaran cemas itu membuatkan Khaysarah merenung dalam wajah gadis itu.

" Wait wait, wait a minute! Dia ada confess kau? " soal Khaysarah.

" Macam mana kau tahu? "

" So kau balas apa? Kau terima? "

Hanis geleng.

" Apasal kau tak terima ya Allah?! Bukan kau deeply in love dengan dia ke? Weh, crush kau suka kau balik kot! Pahal kau tak balas? Ya Allah Hanis! " kali ini Khaysarah pula naik bengang.

Hanis angkat tangannya menampakkan jelas sebentuk cincin bertatah berlian itu. Mata Khaysarah membulat melihat cincin itu.

" Siapa bagi? "

" Ikmal. "

" Ikmal, Ikmal mana? Lelaki yang pernah balik kampung sekali dengan kita tu? Dia tu? "
Hanis menganggukkan kepala. Khaysarah mengeluh.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now