+ Bab 68 ; Kedatangan yang dinanti

7.6K 323 31
                                    

Kadangkala rencana Tuhan itu benar-benar tak dijangka. Apa lagi soal takdir yang memang sudah dicoret sedari awal. Makanya susuri sahaja perjalanan hidup ini tanpa mempersoalkannya.

Hanis memeluk tubuh lesu, sejuk, bibirnya mulai membiru, wajahnya sememeh, kesan air mata yang mengering sendiri memenuhi ruang pipi. Baju yang tersarung sudah kotor, lusuh, seminggu dikurung di dalam ini, Hanis pasrah. Berharap sahajanya raganya mati disini, tiada apa lagi yang dia harapkan. Dia hanya berharap mati.

Mungkin ini harga yang harus dibayar, mungkin ini cara yang Tuhan aturkan untuk kembali menemukan dia dengan Idran. Ya, mungkin. Hanis terbatuk, tekaknya kering. Bungkusan nasi basi yang terletak sebatu dari tempatnya memeluk lutut itu dipandang sepi. Bungkusan-bungkusan nasi yang tak pernah dia sentuh, selama seminggu ini hanya cecair mineral itu sahaja yang masuk ke dalam tubuh.

Hanya itu.

Hanis memandang ruang kosong suram di hadapannya, bersama raut wajah kosong tak bermaya. Bibirnya terketar, badannya menggigil digigit kesejukan.

" Lepaslah!! Lepas! "

" Hei sundal, baik kau diam sebelum aku sodok mulut kau! "

" Lepaslah! Sakit argh! "

Pang!

" Sial punya perempuan! "

Tubuh mungil itu dihempas, menghentak lantai simen sejuk yang tak berlapis. Mendatangkan ngilu dan rasa nyeri merayap pada seluruh belakang tubuh itu. Sekaligus membuatkan air mata mengalir sepi membasahi wajah bertudung satin baby blue itu.

" Akh! " dia meringis, ngilu terasa seluruh belakang tubuhnya yang dihempas kasar sebegitu. Umi..

Terkapai-kapai dia ditindih batang tubuh besar seorang lelaki, gila ini gila! Sekelip mata sahaja lagi, harga dirinya akan diragut dengan cara paling hina. Apa ini semua balasan Tuhan buatnya? Apa ini hukuman setimpal yang dikenakan buatnya? Apa ini pengakhiran hidupnya? Kalimat Allah dan zikir senantiasa membasahi bibir tipis itu, air mata bagaikan sudah biasa mengalir lesu.

" Abang.. tolong.. "

Kalakian itu, dia malah lebih memilih mati ketimbang daripada menjadi asupan nafsu buat lelaki-lelaki ini. Ya lebih baik mati daripada dihenyak harga diri sebegini. Tapi saat ini dia mampu apa? Bahkan mahu berdiri sahaja dia sudah merasa sangat lelah. Tenaga di dalam badannya sudah memudar.

" Wah kau panggil aku abang? Alalala sayang, meh sini meh. " sungguh, Hanis jijik. Jika bukan sebab dirinya sudah separa nyawa dan berada dalam bahaya, pasti ditojok kuat wajah lelaki tak tahu diri itu. Jijik sekali.

" Arghh! Sial punya perempuan! Sini kau! " salah seorang daripada lelaki-lelaki tadi terngadah seketika saat selangkangannya ditendang oleh Hanis tekad.

Pang!

Tertoleh Hanis saat menerima tamparan itu, air mata kembali menuruni deras membelah belahan pipi yang sudah semakin cengkung. Lelah. Sudut bibir sudah membengkak, ditemani luka yang juga kian berdarah. Tekad dikumpul.

" Arghhh!!! Lepaslah! " Hanis menjerit, cukup nyaring sehingga menggeletar seluruh tubuhnya.

" Dosa apa aku buat dengan korang?! Dosa apa?! Lepaslah! Salah apa yang aku dah buat?! " sekali lagi Hanis bertempik namun dia hanya mendapat balasan seringai dan tawa sinis. Cukup-cukup menyebalkan.

Pang!

Allah, sungguh. Sungguh. Kali ini dosa apa yang dia lakukan? Sehingga dibalas sebegini rupa? Apa ini balasannya kerana mencintai seorang Idran Hakim?

Dahulu, beberapa tahun yang lalu dia melecur pedih, raga bahkan jiwanya bagaikan dilanyak. Sakit, perit yang dia tanggung hanya kerana dirinya mencintai seorang Megat Idran Hakim. Mutiara jernih seringkali membasahi pipinya tatkala itu.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now