+ Bab 60 ; Krisis yang tak berkesudahan

6.5K 281 28
                                    

Hubungan rumah tangga Hanis dan Idran semakin tiada hala tuju bahkan sudah dua hari mereka tak bersua muka. Tak, bukan kerana Idran tidak balik ke rumah, dan bukan juga kerana Hanis meninggalkan rumah mereka tak bukan sebab itu tapi sebab masing-masing terlalu sibuk mengejar waktu kerja. Hal yang sama.

Sekarang ni pukul 11 malam baru Idran sampai di rumah, waktu itu Hanis dan Qisha sudah lama beradu. Pagi-pagi pula Hanis akan bergegas ke kafe seawal 7 pagi sebab sekarang tugas mengambil dan menghantar Qisha sepenuhnya diletakkan pada Hanis. Rumah tangga mereka semakin hilang seri. Bahagia dan rasa itu semakin pudar.

Hanis dengan kafenya manakala Idran dengan urusan kes. Bukan Hanis sahaja perasan keadaan mereka bahkan Idran juga sudah mula berjauh hati dengan sikap isteri sendiri. Seminggu sudah berlalu daripada kes Hanis terasa hati dengan Idran hari itu. Lagi mengeruhkan keadaan apabila Hanis mula berdiam diri. Pertengkaran kecil antara mereka mula muncul. Ah, buntu!

" Yang abang nak marah-marah ni kenapa? Kita sama-sama sibuk, buat jelah kerja masing-masing! " tentang Hanis, geram dia apabila Idran seolah-olah menunding jari kepadanya tentang keretakkan rumah tangga mereka. Bengang Hanis dibuatnya!

" Abang tanya je kan, yang Asha nak melenting ni kenapa? " balas Idran juga naik bengang kerana suara Hanis yang naik seoktaf. Bukannya hal besar pun, dia cuma mempersoalkan kenapa Hanis pulang lewat malam semalam.

Yelah, 10 malam kot sewaktu dia sampai di rumah ini namun kelibat Hanis dan anak mereka masih belum kelihatan. Cemas dia mencari mereka berdua alih-alih selamba sahaja Hanis cakap dia pergi melepak di rumah Khaysarah selepas kerja memandangkan gadis itu cuti semalam. Sudahlah Hanis langsung tak khabarkan pada dia.

Walhal sebelum ini nak ke rumah uminya pun Hanis akan memberitahu Idran. Tapi sekarang?

" Dah orang cakap kan orang pergi rumah Khaysarah lagipun sebelum ni orang mesej bagitahu bukan abang reply pun! Dah sibuk sangat kan malaslah orang nak kacau. " balas Hanis, dia memperbetulkan tudung bawal yang dipakainya.

" Tapi at least bagitahu, abang bukannya tak baca langsung. " suara Idran kembali mendatar. Sedar juga kesalahannya namun setidaknya Hanis harus memberitahu keberadaannya. Risau hati dia semalam.

" Suka hati abanglah. Tak bagitahu bising, dah bagitahu tak baca pun. Orang penatlah macam ni. " rungut Hanis, sakit hati dia dengan perangai Idran ini. Dah sibuk sangat tu fokus jelah dekat kerja dia!

" Abang tak suka tau Asha macam ni, abang bukan pergi melepak bersuka-ria. Abang kerja, handle kes berat. Asha sendiri tahu skop kerja abang macam mana. " balas Idran, kali ini suara itu berubah dingin sepenuhnya. Idran yang tadinya sibuk memandang Hanis sudah menoleh ke arah lain.

" Memang orang tahu! Faham sangat! Sebab tu Asha bagi abang ruang, selesaikan kerja abang. Asha tak nak ganggu abang. " balas Hanis sekali lagi suaranya sudah naik seoktaf.

" Suka hati Asha lah. " balas Idran sebelum pintu rumah kedengaran dihempas kuat. Terhinjut bahu Hanis, terkejut.

Hanis terkelip-kelip menahan air mata yang ingin turun namun tewas juga kerana air suam itu sudah pecah takungannya.

" Lagi bagus tak payah terserempak langsung dalam rumah ni kalau jumpa pun asyik gaduh je! " teresak-esak Hanis sendiri di hadapan cermin besar itu. Dia memandang sekeliling kawasan ruang tamu itu.

" Arghh!!! " jerit Hanis geram. Sakit hati, sedih, kecewa semuanya bersatu.

Macam tu lah keadaan mereka sejak seminggu lalu, sama ada Idran yang makan hati ataupun Hanis akan terasa hati dengan sikap mereka sendiri. Apa yang tak kena? Kekangan masakah yang membuatkan mereka semakin berjauhan? Idran dah tak sayangkan dia kah? Atau rasa di dalam hati Hanis sudah semakin pudar?

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now