Bab 36 ; Cerai?

12.1K 432 61
                                    

Relationships are like glass. Sometimes it’s better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.

" Ceraikan saya. " ayat keramat itu akhirnya terkeluar daripada bibir Hanis, dia dah tak peduli air mata yang membasahi wajahnya. Yang dia tahu sekarang, dia mahu terlepas dari dunia palsu ciptaan Megat Idran ini.

" Kita dah janji lepas parents kita balik dari Mekah. Abang takkan ceraikan Asha. " dingin dan mendatar suara Megat Idran membalas.

" Tak saya tak peduli pasal janji tu, ceraikan saya sekarang! Saya tak mahu terus hidup penuh dosa macam ni. " balas Hanis, dia tersedu sedan sendiri. Dia dah tak peduli jika dia nampak lemah sekarang. Dia dah tak peduli kalau Idran nampak air matanya. Hati dia sudah cukup terluka sekarang ni.

" Listen to me! " marah Megat Idran, dia mengurut pelipis. Geram pula dipaksa sebegitu.

" Tak saya tak nak dengar cakap awak, saya benci awak! Awak buat saya macam saya ni patung, awak buat saya nampak bodoh sebab terlalu beria kejar cinta awak! Padahal awak? Awak hanya perlukan saya untuk kepentingan nafsu awak! " bentak Hanis geram, dia menentang panahan tajam mata Megat Idran. Dia tahu lelaki itu sudah naik angin tapi dia peduli apa? Dia pun sakit hati juga!

" Apa point awak nak kahwin dengan saya? Nak selamatkan maruah saya atau nak pijak maruah saya? Saya tak sangka abang sepupu yang saya hormat sebelum ni sebenarnya tak adalah baik mana. "

" Awak tak ubah macam lelaki dekat luar sana, yang hanya pentingkan nafsu. Awak dengan lelaki dekat luar sana semua sama! Tak berguna! " hambur Hanis penuh amarah, dia memandang wajah Idran yang ketat sahaja.

" Abang ada reason abang sendiri kenapa abang buat macam tu. " balas Idran dengan suara penuh kesal.

" Saya dah tak peduli apa alasan awak, yang saya tahu perkahwinan kita ni satu kesilapan. Kesilapan yang sangat besar yang saya pernah buat dalam hidup saya. " balas Hanis, dia sendiri benar-benar terluka dengan kata yang diucapkannya. Kerana dia tahu, dia sendiri tahu yang hati dia ini masih lagi ada 'rasa' itu buat lelaki bernama Megat Idran.

" Abang minta maaf. " itu sahaja yang mampu Idran katakan, dia masih lagi tak boleh beritahu hal yang sebenarnya. Ada beberapa perkara lagi yang masih belum selesai.

" Persetankan maaf awak tu, maaf awak tu takkan boleh kembalikan harga diri saya yang awak pijak lumat tu! Lepaskan saya, saya tak mahu hadap wajah awak lagi. Saya jijik! " hambur Hanis separuh hati, rasa itu masih tertinggal di dasar hatinya. Mana mungkin dia bencikan Megat Idran tapi cukuplah dia jadi bodoh.

Keluhan berat dilepaskan oleh Megat Idran, kali ini wajah lelaki itu sudah keruh semacam. Dia memandang anak mata Hanis dalam, berharap yang ada sedikit ihsan dalam diri Hanis buatnya.

" Baiklah, kalau tu yang Hanis nak. Saya akan tunaikan.... " balas Megat Idran dengan tak beriaksi. Panggilan namanya juga sudah bertukar bererti yang dia benar-benar sudah hilang arah. Dia sudah hilang diksi, hatinya sudah remuk redam dengan semua ini. Marilah hentikannya sekarang.

" Nurin Hanis Aqasha Binti Ahmad Ariffin, saya ceraikan awak dengan talak satu. Semoga berbahagia. " ucap Megat Idran separuh hati sebelum lelaki itu mengorak langkah pergi membawa juga pergi separuh jiwa Hanis. Hanis teresak sendiri mendengar kalimah itu diucapkan. Bukankah ini yang di mahu?

Hanis rebah, dia hilang pertimbangan. Esakan tangisnya semakin kuat bersama kesalan yang berpanjangan. Biarlah semua ini terjadi..

" Asha? Asha? " esakan tangis tadi hilang berganti dengan suara garau seseorang. Hanis terjaga daripada lena, ada kesan air mata pada wajahnya. Megat Idran yang masih mamai itu memandang wajah Hanis yang basah dengan air mata.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now