Bab 20 ; Fitnah

10.7K 433 30
                                    

Idran perasan, sejak dia bercuti ini Hanis hanya membisu. Bila ditanya baru ada jawapan meniti pada bibir merah itu. Nak cakap dia ada buat salah tak adalah pulak tapi kenapa diam sahaja? Sudahlah rumah ini sekarang hanya tinggal dia, Hanis dan Faliq sahaja memandangkan Arief masih berada di kem.

Hanis diam, dia tak tahu mahu cakap banyak dan tak tahu nak cakap apa. Cukuplah hati dia rabak, koyak dan pecah berderai. Dia serik, sakit yang ditanggung terlalu berat. Kadang-kadang dia rasa dia terlalu bodoh meletak harapan pada yang tak sudi. Crush memang macam ni kan, kita suka dia.. tup tup dia ada girlfriend. Kemain lawa pulak tu haih.

" Abang Idran nak makan, makanlah dulu. Tu makanan dah ada bawah tudung saji. Orang ada benda nak buat. " ujar Hanis tanpa nada sebelum dia laju berjalan masuk ke dalam bilik mengundang kehairanan di hati Idran. Kenapa? Apa yang tak kena?

" Okey. " suara Idran pula hanya membalas. Dia berpaut pada dinding, ingin menuju ke bilik. Dia tak ada selera nak makan lagipun dia malas makan sorang-sorang. Bosan dan sunyi semacam. Idran masuk ke dalam bilik, mengunci pintu.

Dan sejak akhir-akhir ini Hanis kelihatan semacam tambah-tambah lagi bila pulang dari hospital semalam, dia jadi pasif seperti dahulu. Faliq pun sudah semakin jarang berada di rumah, latihan kawad lah, training bolalah dan bermacam-macam lagi alasan dan agenda yang diberitahu Faliq. Dia malas mahu kacau Ashmira memandangkan gadis itu baru sahaja pulang dari luar negara jadi biarlah dia melepas kerinduan kepada kedua ibu bapanya.

Prangg!!

Bunyi sesuatu pecah mengejutkan Megat Idran yang baru sahaja ingin membuka komputer ribanya. Pantas dia bangun perlahan-lahan menuju ke muka pintu.

" Aduh.. time macam ni jugaklah nak tersiku cermin kecik ni. Auch! " bunyi rungutan dan aduh yang datang daripada ruang pintu yang tak ditutup rapat itu menarik perhatian Megat Idran. Langkah diatur berhati-hati menuju ke bilik yang didiami Hanis.

Tok! Tok!

" Kenapa? " pintu ditolak perlahan oleh Idran sebelum si penghuni memberi kebenaran, Hanis terkejut melihat wajah abang sepupunya itu manakala Idran tergamam melihat Hanis yang hanya memakai spaghetti strap sedang mengutip sisa kaca di lantai.

Hanis nampak.. lain dengan dress mengikut potongan badan bertali halus tanpa lengan separas lutut itu. Mahkota indah yang selama ini tersembunyi di dalam hijab kini sedang mengurai dan beralun panjang melepasi bahu. Idran benar-benar terkejut melihat keadaan Hanis ketika itu. Kali terakhir dia lihat gadis itu tidak bertudung pun semasa Hanis di darjah enam. Hanis pula kaku tak beriak, dia pegun sendiri di situ sebelum tersedar akan segala yang terjadi.

" Yahh! Apa abang Ran buat ni!? Tak reti ketuk dulu ke?! " marah Hanis, wajahnya berbahang dan memerah macam disimbah cat.  Pintu ditolak kasar membuatkan lelaki itu tersedar.

Hanis menyarung sweater yang dipakai tadi lalu disarungkan juga jogger pants hitam, tudung segera disarung ke kepala lalu kerja-kerja mengutip kaca yang terbengkalai tadi diteruskan dengan berhati-hati. Pantas dan cepat dia mengutip sisa kaca cermin kecil yang jatuh akibat terkena sikunya tadi namun malang sekali lagi apabila jarinya terhiris sedikit tika mengutip kaca tersebut.

" Auw...kena lagi! " Hanis cepat-cepat memasukkan sisa kaca itu ke dalam tong sampah di bawah meja solek di dalam bilik itu sebelum menapak untuk keluar membersihkan jarinya yang berdarah. Pintu dikuak dan dia terperanjat melihat figura Megat Idran berdiri beberapa langkah di hadapan biliknya. Ada apa tercegat di situ?

" Abang Ran? " Hanis hairan melihat lelaki itu berdiri tegak tanpa bergerak. Dia melangkah melepasi lelaki itu dan dia tergamam.

" Astaghfirullahaladzim! Idran, kamu buat apa ni Idran?! " suara itu beristighfar panjang memandang wajah Idran dan Hanis yang sudah tercegat bagai disampuk hantu. Di dalam kepala Hanis bermain semula kata-kata yang ditutur Zunairah beberapa minggu lalu

 " Aku tak marah bang tapi tak manis, tak elok orang tengok. Ni nasib baik aku yang masuk kalau orang jabatan agama yang datang? Sia-sia je kena kahwin free. Abang dengan Hanis sepupu je masih ada batas-batas yang perlu jaga." 

" Pakcik, ni bukan apa yang pakcik fikirkan. Kami tak buat apa-apa pakcik, dia abag sepupu saya pakcik! " suara Hanis sudah parau seakan ingin menangis, habislah dia kalau umi tahu akan hal ini. Sungguh apa yang ditakut-takutkan kini telah berlaku. Benar apa yang kak Zu katakan.

" Apa yang kamu berdua buat ni Ya Allah! Berdua-duaan dalam rumah ni? Sepupu pun masih ada batas-batas yang perlu dijaga! Pakcik bagi salam berkali-kali, masuk-masuk je nampak Idran keluar daripada bilik tu lepas tu tiba-tiba kamu pula keluar dari bilik tu. Tak mendatangkan syak-wasangka ke? Kamu tak tahu apa doa berzina? " mahu sahaja Hanis tampar mulut pakcik tu, pakcik itu seakan memandangnya dengan penuh kebencian seakan-akan dia ni perempuan murah sahaja dan Idran pula masih membisu kenapa?

Idran diam dan pegun, otaknya seakan mencerna apa yang terjadi. Dia bingung dan keliru saat keluar dari bilik Hanis tadi tup-tup sahaja kawan abahnya, Pakcik Rahman sudah berada di muka pintu rumah.

" Tapi kami tak buat apa-apa! Saya tertolak kaca sebab tu Abang Ran ni datang tengok, habis tu pakcik tu bagus sangat ke suka-suka hati je fitnah kata kitorang ni berzina?! " bentak Hanis, air matanya sudah mengalir, mana Faliq ni? Ya Allah, aku takut ya Allah! Bantulah hambamu ini ya Allah!

" Perbuatan kamu tu yang mendatangkan fitnah! Berdua-duaan lelaki dan perempuan tanpa ikatan tu dikira salah walaupun sepupu sebab sepupu pun boleh kahwin! Apa kamu tak belajar agama dekat sekolah?! Kamu tu perempuan, tak malu ke? Mana maruah kamu sebagai perempuan? Kamu Idran, sia-sia je abah kamu hantar belajar tinggi-tinggi kalau halal haram pun kamu tak boleh beza! Apa nak jadilah budak-budak zaman sekarang ni! Ikut sedap je, tak fikir ke azab dekat sana nanti? Kena 100 sebatan sebagai penzina, tak takut ke!? Ya Allah, ya Tuhanku! " pakcik Rahman mengucap panjang, Hanis sudah teresak-esak. Dia tak buat! 

" Assalamualaikum.... " Faliq membuka kasut yang dipakai sambil mata memandang sandal hitam yang tak pernah langsung dia nampak di hadapan rumah itu. Dahi itu berkerut mendengar jerkahan kasar seorang lelaki.

" Assalam..ualaikum.. eh kenapa ni? " beg kasut bolanya diletakkan di tepi pintu masuk, terkedu dia melihat kakaknya yang sedang menangis di sisi abang sepupunya itu bersama seorang lelaki separuh abad menghadap mereka.

Hanis sudah berlalu dengan tangisan bersisa, dia masuk ke dalam bilik. Dia pening saat ini, kenapa Megat Idran membisu begitu? Memang menambahkan lagi curiga di minda orang tua tadi! Telefon bimbit miliknya dicapai, terketar-ketar tangannya cuba mendail nombor telefon Khaysarah. Air mata tak henti turun membasahi pipi, dia buntu, benar-benar buntu. Telefon ditekap ke telinga sambil mundar-mandir di dalam bilik itu. Tangan yang masih berdarah iru sudah tak di pedulikan lagi, dia benar-benar takut saat ini. Dirasakan hidupnya dan maruah yang dijaga selama ini seakan mula pudar dan hilang. Tolong aku ya Allah! Umi.. tolong kakak umi..

" Yo bakal kakak ipar, ada apa call ni? " suara ceria Khaysarah dihujung talian saat panggilan bersambut itu tak mampu meredakan rasa gelisah dalam hati Hanis malah makin kuat pula tangisannya ketika itu ditambah dengan suara-suara lantang diluar membuatkan dia celaru.

" To..tolong a..ku Khay.. A..aaku ta..kut! " terketar-ketar suaranya menutur kata, Khaysarah dihujung talian terkejut mendengar suara itu.

" Woi, kau kenapa ni? Apa jadi ni? Kenapa? "

" A..ku.. aku.. a..bang..kau.. Tolong a..ku! " entah kenapa dia tak mampu menutur kata saat itu, benar-benar takut. Takut dimarahi umi dan abah, takut berdepan dengan orang, takut maruahnya dipijak-pijak.

" Okey, aku balik sekarang! Kau duduk rumah diam-diam! Jangan pergi mana-mana! Tunggu situ! "

Telefon dimatikan, dia memeluk lutut dihujung katil. Badannya menggigil, terketar-ketar menahan rasa tangisan yang membuak-buak di dada. Mulut tak henti menutur kalimah Allah sambil berzikir namun suaranya tersekat-sekat kerana kecelaruan yang melanda.

Tolong aku ya Allah!




Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now