+ Bab 67 ; Hilang

7K 300 25
                                    

Kakinya dinoktah betul-betul berhadapan pintu wad itu sebelum dikuak perlahan.

Sama seperti selalu, pandanganya buram. Wad itu sepi kecuali bunyi mesin yang mengelilingi tubuh kurus di atas ranjang hospital itu. Suara keluhan berat dilepaskan.

" Kau sumpah tak nak bangun ni bang? " soal suara lunak itu, menempatkan bunga yang dipegangnya bersama bekas makanan di atas meja beroda hospital itu. Dia melabuhkan duduk di sisi kiri si abang yang masih terkujur kaku.

" Dah lama kau tidur ni, tak nak bangun dah ke? Nak tidur terus ke? " soal suara lunak itu lagi disusuli keluhan. Dia memandang tubuh abangnya yang dilingkari wayar. Ah, bahkan plaster sakit yang menampal pada luka-luka kecil pada tubuh itu dulu pun sudah mulai sembuh malah ada pelekat luka yang sudah dicabut namun tetap tubuh itu tak bereaksi.

Bagaikan masih hanyut dalam lamunan mimpi, tubuh itu tetap kaku. Suara-suara yang berada di sekitarnya hanya bagai angin lalu, dia tetap begitu. Utuh di dalam lena dan mimpinya. Khaysarah memandang sekeliling ruang wad, tersentuh melihat beg baju yang terletak elok di atas laci besi itu.

Pastinya, beg berisi baju isteri si pesakit yang masih terlantar koma ini. Sesekali Khaysarah menunduk. Sungguh dia tak sangka, kisah cinta abang dan sepupunya ini seberat ini. Dia saksi kisah cinta ini, dia tahu seberapa besarnya cinta Hanis buat abangnya. Dia saksi semuanya.

Maka dengan itu, hati Khaysarah terkena tempias perih. Simpati akan nasib kakak ipar yang tanpa jemu menanti siang dan malam, yang tanpa jemu mengalun kata maaf seolah apa yang terjadi memang salahnya, hatinya sebak. Hanis benar-benar sayangkan abangnya, Khaysarah kesal. Mengapa si abang masih lagi terlelap tenang?

Apa ini hukuman buat sang isteri? Apa ini balasan atas dosa yang Hanis lakukan? Ah, Khaysarah tahu, bahkan tahu apa yang terjadi. Oh mestilah, bukankah dia saksi sejak awal lagi? Bukankah dia saksi air mata Hanis jatuh buat si abang? Bukan diakah saksi penyatuan dua hati ini?

Khaysarah menarik pasu bunga yang terletak kukuh di atas meja sisi katil, bunga lili putih yang sudah layu sebelum itu ditarik lalu dibuang. Dia bangun, menuju ke ruang tandas. Membilas sedikit pasu yang airnya sudah berkeladak sebelum kembali melabuhkan duduk. Sejambak bunga matahari segar diganti ke dalam pasu.

" Kesian Hanis bang, bangunlah.. "

" Dia jaga kau, dia uruskan anak kau, dia kerja, dia buat semua benda sepanjang kau dalam hospital ni. Dia keguguran malam kau dengan dia gaduh tu. Dalam keadaan pedih fight sendiri dengan emosi, dengan keadaan kau masa tu accident. Dia pujuk diri dia sendiri untuk terima kenyataan yang baby korang dah tak ada. Dia jaga kau siang malam even masa tu dia dalam keadaan berpantang. Kau tak kesian dekat dia ke abang Ran? " soal Khaysarah seolah-olah dia benar-benar berbicara bersama si abang.

" Kau marahkan dia sampai macam ni sekali ke? Apa jahat sangat ke apa yang dia buat? Dia pregnant masa tu, emosi dia tak stabil. " suara itu semakin parau, sedih sendiri.

Khaysarah tahu betapa peritnya kehidupan seorang Hanis Aqasha selepas suaminya disahkan koma. Bayangkan sedih sebab keguguran, kena pujuk diri sendiri at the same time risau keadaan suami. Mana simpati awak Encik Idran?

" And sekarang, Hanis dah tak ada bang. "

Bagaikan langit gelap, air suam turun kehujanan perlahan membasahi pipi tirus itu. 

" Wife kau Hanis Aqasha, dah dua hari disahkan hilang oleh pihak polis. " bagaikan jatuh ditimpa tangga, Khaysarah memegang tangan abangnya. Menggenggam erat.

" Bangun abang bangun.. hiks.. Hanis hilang kena culik ke apa kitorang tak tahu. Mama abah semua risau, kesian parents Hanis. Makcik dah dua hari tak tidur risaukan anak dia. Kesian Qisha demam sejak semalam sebab tak jumpa mummy dia. Pihak polis tak dapat sahkan lagi sama ada kes culik atau apa sebab Hanis hilang tanpa jejak. Bangunlah bang.. "

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now