Bab 55 ; Hati ini milik..

12.1K 515 108
                                    

7 bulan kemudian.

Kisah cinta? Ada apa dengan cinta? Tak langsung terlintas dihatinya untuk mencintai dan memiliki. Menjadi seorang gadis yang tak pernah bercinta membuatkan dirinya digelar tak laku, anak dara tua dan bengkok. Tapi Hanis sudah lali, semua itu bagaikan bingit langau yang tak langsung berbekas di hatinya. Apa orang lain tahu tentang isi hatinya?

Di usia 16 tahun, dia terjatuh cinta. Terjatuh cinta pada abang sepupu sendiri, entah bagaimana dan macam mana hal itu terjadi ah dia sendiri tak punya jawapan. Jawapan hati yang tak mungkin dapat dirungkai, yang pasti setiap hari dia angankan ingin hidup bahagia disamping lelaki itu. Memanglah tak mudah, halangan umur dan status mereka sebagai sepupu. Hanis tak nampak peluang untuk dia masuk line.

Dia hanyalah gadis malang, yang mungkin layak untuk jatuh cinta dan kisahnya kontra benar dengan si dia yang punya segalanya. Jujur kalau pada mata orang lain Hanis tak pasti, tapi pada dirinya lelaki itulah yang terpaling sempurna. Memang, tak ada manusia yang sempurna tapi mungkin kesempurnaan lelaki itu hanya dapat dilihat matanya.

Dalam usia yang muda, Hanis lupakan sahaja perasaannya. Dia berangkat, mengejar ilmu duniawi untuk bekalan di dada. Setiap langkah yang diatur begitu berat kerana tak akan lagi berjumpa dengan si dia. Tapi tak tersangka, yang Allah akan hadirkan yang baharu menggantikan yang lama. Tersilap percaturan dan salah faham yang berlaku membawa mereka berdua berhubung sebagai kawan malah kawan baik.

Ikmal Hazriel, dia tak nafikan lelaki itu juga punya segalanya. Alah, macam cerita slot Akasia di TV3 itu. Bukankah tak lengkap satu cerita kalau tak ada second lead sebagai penambah rasa? Dan begitu juga Ikmal, walau lelaki itu seorang yang berstatus anak kepada seorang ibu tunggal namun Ikmal tak penah berkeluh-kesah. Malah lelaki itu membuktikan bahawa dia dapat berdiri dengan gagah.

Dan yang mempertemukan mereka adalah rasa cinta, rasa indah yang diturunkan olehNya. Hanis sedar, dia si gadis malang dan clumsy pun layak untuk jatuh cinta. Kisah hidupnya tak adalah menarik mana, dia lahir daripada keluarga yang sederhana sahaja lagaknya. Dia bukan anak datuk, anak tengku jauh sekali. Dia hanya anak sulung perempuan dalam keluarga Haji Ariffin dan Hajah Halina dan punya tiga orang adik lelaki.

Tetapi dia tetap bersyukur kerana lahir dalam keluarga itu, sesungguhnya percaturan Tuhan itu sangat indah. Dia lebih tahu, Dia Maha Mengetahui.

Hanis memejamkan mata, menghirup segala udara segar yang melalui. Sesekali dia tersenyum sambil memandang jari manis yang tersarung cincin. Hanis koyak senyum lagi, hari ini dia selamat bergelar seorang isteri. Helaan nafas lega dihembuskan sebelum Hanis tersenyum lagi memandang ke laman rumah. Masih lagi meriah di bawah sana walhal jam sudah berginjak ke angka 10 malam.

Adalah tu saudara-mara sebelah walid yang masih belum pulang. Hanis lega, setelah segala kisah duka dan segala halangan yang terjadi akhirnya dia sah diijabkabulkan. Tak kisahlah sesiapa pun lelaki itu tapi dia tetap bersyukur kerana dia yakin dengan jodoh Allah. Walau bukan dengan dia pun, dia tetap bersyukur dan yakin. Aturan Allah tu kan lebih indah, kenapa pula dia mahu menolak?

Hanis mengoyak senyum melihat Ikmal yang melintasi laman belakang rumahnya. Senang dia melihat lelaki itu mengenakan baju Melayu, ah Ikmal kau pakai apa je tak hensem? Disebabkan Ikmal juga majlis yang sepatutnya berlangsung di rumah maktok akhirnya dijalankan di Ipoh, rumah keluarganya. Dan kali mata Hanis beralih pula pada seorang lelaki yang berada di penjuru sana bersama pakchaq dan walidnya. Hanis mengeluh lalu melabuhkan duduk di kerusi batu laman belakang.

Tanpa dia sedar yang lelaki itu sedang melangkah menghampirinya.

" Hai. " sapa satu suara. Hanis mengangkat wajah sebelum tersenyum tipis.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now