+ Bab 62 ; Anugerah terindah

7.9K 325 116
                                    

" Sayang Asha pada abang tak pernah berubah tapi Asha sedar sejak dari mula lagi, hati ini bertepuk sendiri. Abang, abang hanya sayangkan Qasha.. dan bukan Hanis.. abang sayangkan budak kecil bernama Qasha dan bukan seorang Hanis Aqasha. "

" Pleaselah jangan keruhkan keadaan, abang cakap abang sayang Asha seorang je! Kenapa susah sangat nak faham ni?! Asha dengan Qasha orang yang sama! " suara Idran naik meninggi, geram dengan Hanis yang tak habis-habis menunding jari ke arahnya. Sudah dia cakap yang hanya Hanis seorang sahaja pemilik hati ini. Kenapa masih meragui?

" Tak, Asha dengan Qasha tak sama. Asha rasa abang dah buat keputusan yang silap ni!Abang yang tak faham!? Kalau betul abang sayang Asha kenapa tak cuba nak betulkan rumah tangga kita? Abang tahu tak selama ni Asha jadi tunggul je bersangka baik dengan abang! Asha tak faham kenapa abang jadi macam ni! " marah Hanis, kali ini dia memandang tajam wajah Idran yang juga naik menyinga.

" Apa lagi Asha, cukuplah! Penatlah balik-balik je bertengkar macam ni! " balas Idran, suaranya sedikit mendatar berbanding tadi.

" Penat? Baguslah penat, kerjalah. Kerjalah sampai mati! Biar anak bini abang dekat rumah ni tunggu abang macam tunggul kayu! At least kalau tak fikir pasal perasaan Asha, fikir pasal Qisha! Asha tak kisahlah kalau abang nak junjung kerja abang tu! Tapi please buat macam abang ada anak bini! Asha tak fahamlah apa yang tak kena! Setiap kali Asha call abang tak berjawab, nak ajak abang makan sekali? Huh sampai ke sudah tak jadi! Asha mesej abang, dah lewat macam tu baru abang nak reply? Asha ni isteri abang ke pembantu rumah ni? " air mata Hanis sudah berjurai, dia lelah. Lelah dengan Idran, mahu diajak berbincang? Inilah kesudahannya, Idran akan mengelak dengan alasan mahu berehat.

" Haritu masa makngah kutuk Asha, ada abang backup? Tak pun. Asha call abang? Abang end call macam tu je. Abang balik lewat malam, okey Asha faham. Abang tak boleh ambil Qisha setiap kali balik, okey Asha terima. Abang dah tak mahu Asha ikatkan tali leher, okey Asha tak buat. Asha nak datang hantar makanan and makan dengan abang, tak boleh okey tak apa Asha faham abang busy. Tapi sampai bila? Sampai kita bercerai lagi sekali? "

Bam!

Itu bunyi tumbukan kasar Idran pada pintu bilik, wajah lelaki itu merah menahan marah.

" Abang tak faham apa yang Asha merepek ni! "

" Kenapa? Sebab apa yang Asha cakapkan ini betul?! " menjulang tinggi suara Hanis bersama air mata dipipi. Dia nanar, dia benar-benar nanar.

" Asha ni siapa? Isteri abang? Ataupun abang masih lagi ingat yang Asha ni adik sepupu abang? "

" Kalau susah sangat kita cerai jelah balik! " lontar Hanis kuat. Wajah Idran berubah.

Hanis terdiam. Sedar dengan kata yang keluar daripada mulutnya. Wajah Idran berubah, keruh dan dingin sahaja.

" Fine.. "

" Abang.. "

" You're right, we should take a break for a while. Give time for each other. "

" Okay, let's not meet each other. Let the time heals everything. Terima kasih Megat Idran Hakim! Jangan cari Asha dengan Qisha. " kata putus dibuat oleh Hanis dengan wajah yang tak kering dengan air mata. Wajah tak beriak Idran dipandang.

" No, Qisha will come with me. " balas Idran dan lelaki itu berlalu, meninggalkan ruang kamar tidur mereka bersama seribu satu kesakitan di hati. Lidah Hanis kelu, tak ada kata.

Teresak-esak Hanis sendiri di ruang kamar itu, ruang yang menjadi tempat kegemaran mereka untuk berkasih kini menjadi saksi retaknya sebuah hubungan suci. Hanis terduduk sendiri, dia ingatkan dengan cara berbincang ini mampu menyelesaikan salah faham dan mencapai kata putus di antara mereka.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now