Bab 54 ; Surprise kit

10.2K 458 35
                                    

Idran menguap kecil lalu mengeliat sebelum melangkah keluar daripada keretanya. Dia menekan alarm kereta sebelum bergerak masuk ke dalam 7 Eleven. Idran berpusing-pusing di dalam kedai serbaneka itu sebelum akhirnya mencapai bar coklat Cadbury, Kinder Bueno, Pepero dan satu tin Nescafe Latte lalu berlalu ke kaunter pembayaran.

" Give me Panadol, Cool Fever, Minyak Cap Kapak, Strepsils, Hurix Inhaler and Balm tu. " pinta Idran pada cashier perempuan itu, Idran hanya beriak kosong. Dia mengantuk dan dia tak ada masa nak beramah mesra sekarang ni. Cashier tadi tersenyum sambil menganggukkan kepala.

Idran menanti, dia mencapai juga sepaket gula-gula Hacks perisa Blackcurrant itu. Usai membuat pembayaran, Idran melangkah keluar dari kedai serbaneka tersebut. Dia menarik penutup tin Nescafe sebelum meneguk rakus.

" Blossom Condominium. " Idran mencapai telefon miliknya lalu aplikasi Waze dibuka sebelum meloloskan diri masuk ke dalam Audi miliknya lalu memecut laju. Wait for me.

Entahlah, dia main redah sahaja malam ini dengan baju jersi, berpeluh dan masih lagi mengenakan seluar pendek dan sport inner di kaki. Selekeh betul dirinya saat ini tapi dia benar-benar risau, kenapa pula sampai dua hari gadis itu mendiamkan diri? Bukankah itu yang Hanis mahu? Dan kau Idran, kenapa masih risaukan dia sedangkan kau sendiri yang undur diri? Ah dia tak ada jawapan untuk itu, dia hanya ikut kata hati.

Yang membawa dia ke ibu negara Malaysia ini, terus daripada Pulau Pinang dia bergerak ke Kuala Lumpur. Memecut di atas lebuhraya dengan kelajuan 200km/j. Gila! Memang gila, dia dah tak peduli kalau dirinya disaman pun. Yang dia tahu, dia mahu sampai cepat ke location yang dihantar Khaysarah. Perjalanan yang memakan masa empat jam setengah kini hanya memerlukan dua jam sahaja dan tepat pukul 11.15 malam dia sampai di ibu negara.

Idran memusing-musingkan stereng keretanya sebelum akhirnya di berhenti di perkarangan sebuah kondominium mewah. Dia memandang pada pondok pengawal disitu, macam mana dia nak masuk?

Idran berhentikan kereta di bahu jalan lalu keluar bersandar pada keretanya, dia memandang kawasan taman permainan di hadapannya. Baru sahaja ingin mengeluarkan telefon untuk membuat panggilan tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang figura manusia yang sedang duduk di atas buaian. Bergelak ketawa bersama sambil menikmati aiskrim Cornetto.

Hanis dan Ikmal.

Idran melempar masuk telefon miliknya ke dalam kereta melalui tingkap lalu memanah tajam ke arah pasangan kekasih itu. Curi-curi memandang ke arah Hanis, kelihatan pucat sahaja namun jelas sekali yang gadis itu sihat sahaja kerana mampu tersenyum penuh seri begitu. Sihat sahaja lagaknya. Idran senyum tipis. Menutup rasa hati yang berantakan.

Tak sedar yang bibirnya dah mengoyak senyum tipis melihat wajah yang dirinduinya itu. Idran berdehem lalu kembali memandang wajah Hanis yang comel sahaja berada dalam hoodie purple. Melirik wajah itu tanpa jemu walaupun bukan dia penyebab gadis itu ketawa.

" Bodohlah boy! " kuat Hanis ketawa hingga Megat Idran yang berada jauh dari situ mendengar tawa merdu gadis itu. Idran tersenyum tipis bersama keluhan. Telefon kembali dicapai.

Adik
+ dia sihat, ada je dengan tunang dia. tak payah risaulah, abang balik penang dulu. bye.

Sent!

Beg kertas berisi barang-barang tadi dicapai lalu Idran melintas mendekati kawasan kondo yang didiami Hanis, dia mendekati pondok guard sebelum dipesan sesuatu. Idran senyum lalu kembali ke keretanya dan memecut laju dengan hati yang berbelah bahagi.

This is the best for us.. take care.

++++

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now