Sedar tak sedar, beberapa hari sudah berlalu. Hari-hari Hanis berlalu seperti biasa cumanya mungkin dia lebih tenang selepas peristiwa malam itu dan mungkin perasaan itu sudah mula pudar ataupun kerana dia terlampau sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak perkara yang perlu dia selesaikan sebelum bercuti untuk raya Aidiladha.
Dan mereka telah pun sampai di kampung maktok sejak tengah hari tadi. Meriah rumah batu separa kayu itu dengan suara saudara-mara mereka. Hanis ketawa mendengar makcik-makciknya sedang bersembang walaupun pada mulanya dia malas mahu ambil port tapi terpaksa juga dia duduk bahagian belakang rumah ini. Menolong apa yang patut kalau tak mahu kena maki.
Hanis memandang pakngah, paklong dan pakteh yang sedang membakar lemang dan mata hanya mengerling sedikit pada Megat Idran yang termenung kosong. Entah apa yang lelaki itu fikir pun dia tak tahu. Tapi sejak dua menjak tiga menjak ini lelaki itu lebih selesa mendiamkan diri atau mungkin tak banyak bersuara. Entah, seperti mereka kembali ke zaman bertahun lalu.
Dimana, mereka tak bertegur sapa dan tak pernah bercakap.
" Ya Allah ya Tuhanku, sampai lunyai daun palas tu hang punya reja! " suara Hajah Faridah mengejutkan Hanis yang mengelamun, dia memandang tangannya yang terdapat daun palas yang sudah terkoyak sedikit.
" Orang nak rebus dah, esok nak raya yang hang dok berangan apa Hanis oii? " suara Hajah Faridah yang kuat itu membuatkan Hanis malu sendiri. Malu kerana sepupu dan saudara-maranya memandang ke arahnya.
" Sat maktok sat. " balas Hanis tersengih seperti kerang busuk. Dia tak tahu nak balas apa.
Sudah menjadi tradisi rumah ini, kalau namanya raya sahaja tak kisahlah raya haji mahupun raya puasa pasti ketupat dan lemang akan menjadi juadah bersama rendang dan serunding. Meriah dan kecoh betul, dan pastinya mereka akan tidur berhimpit malam ini. Bergelimpangan dan perlu ambil giliran untuk menggunakan bilik air.
Bayangkan, adik-beradik uminya sudah lapan orang ditambah lagi dengan ipar-duai dan sepupu-sepupunya yang mencecah 30 orang tak kira usia. Nasib baiklah maklang, umi dan makchaq tak balik. Sebab? Sebabnya pastilah makchaq merangkap mak Idran merangkap ehem mak mertuanya itu berada di Tanah Suci bersama umi dan abah. Maklang pula? Maklang sebenarnya berkahwin dengan seorang lelaki warga Australia ketika dia menuntut di sana jadi maklang tak dapat balik ke Malaysia kerana tak dapat cuti.
Apa-apa pun rumah ini tetap meriah macam karnival zoo, Hanis rimas sebenarnya. Dia menyampah dengan adik-adik sepupunya yang masih kecil dan buas gila tu! Ditambah lagi dengan perangai annoying suka menjerit-jerit haih nasib bukan adik aku. Kalau tak dah lama kena sekeh laju-laju!
Aktiviti membalut ketupat diteruskan, sempat Hanis sumpat sebelah telinganya senyap-senyap dengan airpods. Malas dia mahu dengar makcik-makciknya ini bergosip, tak habis-habis mengutuk orang! Bila entah nak bertaubat! Menyakitkan hati betul! Pot pet pot pet macam murai tercabut ekor.
" Hanis, hang ni tak ada boyfriend ka? "
Soalan yang kabur itu buat Hanis terpaksa memperlahankan sedikit volume lagu yang dipasangnya. Dia memandang wajah maklong dan makngahnya, murai paling bising dekat sini. Opss.
Dia tak gemar betul dengan kedua kakak uminya ini. Bukan apa, ada sahaja mereka tak puas hati dengannya. Entah dosa apa yang dia dah buat pun dia kurang pasti. Dulu dia dituduh mengajar anak makngah menggatal padahal dah memang fitrah sepupunya yang bernama Diana itu gatal merenyam. Menggedik tak tentu hala, belajar tak mahu, tukar teman lelaki macam tukar baju! Lepas tu bila SPM lingkup, mulalah mahu dengki dengannya! Pungkoq hang!
Memang dia cukup tak suka dengan mereka berdua kerana mereka berdua pernah mengutuk ibu dan bapanya. Dia bukan menuduh okey tapi dia dengar dengan telinga dia sendiri. Dia memang tak suka maklong dan makngah. Atau lebih tepat lagi. Dia benci.
YOU ARE READING
Hati Ini Milik Siapa?
Romance" Ha apa?! Dua bulan!? Habis tu kitorang nak tinggal dengan siapa? Abang study, kakak kan kerja balik lambat? " - Arief Asad, si bongsu. " Dua bulan tu sekejap je, pejam celik pejam celik dah dua bulan. Korang akan tinggal dekat rumah mak chaq deka...