Bab 45 ; Tewas

10K 477 62
                                    

" Nah. " cawan berisi air kopi O panas itu disuakan pada Megat Idran yang sedari tadi hanya duduk bersantai di atas pangkin belakang rumah.

Jeda. Tak ada sebarang balasan daripada Megat Idran membuatkan Hanis bangun kembali. Malas mahu menganggu.

" Duduklah. " ujar Megat Idran tanpa nada. Beku dan kekwat seperti biasa. Hanis mengeluh perlahan namun akur juga dengan arahan lelaki itu.

Senyap dan sunyi. Masing-masing kelu sambil melihat ke arah dada langit yang disuluhi cahaya sang bulan. Bintang-bintang yang berkelipan mengindahkan lagi suasana di malam itu.

" Abang.. "

" Orang.. "

Serentak mereka bersuara sebelum mereka saling tersenyum tipis. Idran berdehem.

" Ladies first. "

" It's okay, cakaplah dulu. " balas Hanis, Idran menganggukkan kepala lalu menyisip sedikit air kopi itu sebelum kembali memandang wajah Hanis. Langsung tak sedar yang dalam diam gadis itu menyimpan harapan, tak sabar mahu tahu apa yang Idran bakal luahkan. Mungkinkah sesuatu yang dia tunggu-tunggukan?

" Kes tu dah nak selesai. " ujar Megat Idran, dia meletakkan tangan pada pangkin kayu itu bagi menyokong badannya yang sedang memandang tanah.

" Baguslah, bila naik mahkamah? " soal Hanis, agak bosan. Bukan ini yang dia nak dengar!

" Isnin ni insya Allah. " balas Idran ringkas. Hanis sudah berpaling sebelum mata dijulingkan. Ini je? Menyampah!

" Oh. "

Jeda. Kekok.

Hanis melepaskan nafas perlahan. Dia mengenggam kedua-dua belah tangannya. Mencari kekuatan untuk meluahkan hal ini, dia sudah fikir masak-masak. Betul apa kata Faliq, dia layak dan dia seharusnya. Tapi benarkah? Aduh, beri aku kekuatan ya Allah!

" Abang Ran.. "

" Asha.. "

Sekali lagi mereka berkata serentak. Dan sekali lagi juga Idran tersenyum tipis.

" Asha dulu. " ujar Idran, dia menyisip lagi air kopi itu sebelum diletak kembali di atas pangkin.

" It's okay, cakaplah dulu. " balas Hanis, dia gemuruh sebenarnya. Dia takut ingin meluahkan perasaannya pada Idran. Aaaa nervous!

" Pasal penceraian tu, abang dah buat laporan dekat mahkamah... "

Hanis statik.

" Tak lama lagi Asha dah tak terikat dengan abang. " tutur Megat Idran, dia berpaling memandang semak yang berada jauh di sebelahnya.

Buk! Hanis terkelu. Kaku dan pegun mendengar kenyataan yang dibuat Megat Idran. Dirinya rasa mahu sahaja rebah saat ini, kaki dia tak kuat nak jejak tanah. Hanis jadi bisu. 

" Abang rasa dah sampai masanya kita berpisah, Asha pun dah jumpa mr right Asha. Abang pernah cakap yang abang akan lepaskan Asha bila Asha dah jumpa mr right Asha and Ikmal is a good choice. Congrats to both of you. " tutur Idran, suaranya kelihatan tenang sahaja. Wajahnya sudah memandang ke arah lain, tak mahu melihat wajah Hanis.

" Baguslah, abang Ran pun dah boleh berbahagia dengan kak Ashmira dan kita dah tak ada hutang apa-apa. " balas Hanis, dia juga membuang pandang ke arah lain. Meredakan hati yang sudah hancur berkecai. Ah, dia tak sepatutnya rasa sakit seperti ini lagi.

" Abang harap kita still lagi jadi sepupu lepas ni. " tambah Idran lagi, kali ini suaranya semakin perlahan. Angin malam menderu meniup rambut Idran yang sudah serabut.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now