Bab 49 ; Same rhythm

10.1K 477 35
                                    

Permulaan pagi Sabtu yang sibuk itu membuatkan suasana di dalam Cafe Delacoure kelam-kabut, mana tak panik apabila tiba-tiba sahaja pelanggan mereka menempah lagi empat biji kek berperisa lemon vanila, blueberry cheese dan dua biji moist chocolate cake. Dan pesanan itu harus disiapkan dalam masa tujuh jam dari sekarang.

" Bos, yang customer order Red Velvet cupcake sampai 500 pieces tu dah siap. Nak hantar dekat mana? " soal Alana, yang sedang menampal sticker pada kotak kek mereka.

" Letak dalam bonet kereta aku, aku keluar pergi hantar, korang sambung kerja. Kek yang dekat display tu pun nak kena topup, nanti tengah hari mesti ramai. Korang topup dulu display tu dengan kek dalam chiller dekat belakang. Jangan lupa kek Encik Naufal, tengah hari ni dia datang ambik. Aku keluar dulu, jangan nak mengulat eh! " pesan seorang gadis bersama cermin mata tersangkut di atas batang hidung.

Tudung bawal berwarna hitam yang dipakainya itu diselimpang ke dua belah bahu dengan kemas sebelum dia mengangkat tiga kotak kek berisi cupcake Red Velvet sebelum mengangkat kotak-kotak itu masuk ke dalam kereta Myvi kuning miliknya oh tak sebenarnya milik adiknya yang sengal pergi langgar paku yang menyebabkan kedua belah tayar keretanya flat dan kini sedang tersadai di dalam workshop.

" Dekat mana eh, Alamanda? " Iphone 11 miliknya itu ditilik sebelum menghidupkan enjin kereta.

Dan dialah Hanis Aqasha, gadis independent yang sentiasa berdiri di atas kaki sendiri. Hanis yang dulunya cengeng dan kuat menangis, Hanis yang kelihatan sedih sahaja, Hanis yang sentiasa merebut hati seseorang. Dan kini dirinya yang dulu telah lenyap, ditelan lautan masa, dia kini berdiri sebagai Hanis yang baru. Hanis yang sentiasa ceria dan selamba, Hanis yang tak pedulikan orang lain selain dirinya dan keluarga.

Hanis Aqasha dulu sudah lama mati.

Tapi benarkah?

Benarkah sudah benar-benar mati, yang itu Hanis sendiri tak pasti. Yang dia pasti, dia sudah lama tidak menumpahkan air mata. Dia sudah lama tak teringatkan lelaki itu, dan dia sudah lama memulakan hidup baru, di tempat yang baru dan suasana yang baharu.

Sudah dua tahun masa berlalu, banyak benda yang terjadi sepanjang dua tahun perjalanannya mencari hala tuju. Dan kini Hanis bergelar seorang pengusaha kafe, jawatannya sebagai pendakwa raya? Dia masih lagi bergelar pendakwa raya, cumanya dia kurang bergiat aktif dalam bidang itu. Lagipun sudah dua kes dia kalah, rasa-rasanya dia diberi cuti untuk menilai kembali prestasinya atau lebih tepat lagi, dia digantung kerja!

Huh! Entahlah, dia peduli apa janji kedai keknya sentiasa mendapat sambutan! Itu yang lebih penting.

Dalam dua tahun ini, Hanis berubah angin. Dia membawa diri ke ibu negara bagi memulakan hidup baru. Umi dan walid pun menyokong segala keputusan yang dibuat jadi dia seronok dengan apa yang dia buat sekarang. Oh sebenarnya, umi dan walid marah juga padanya. Bersusah payah belajar jurusan undang-undang tapi digantung kerja?

Ah lantaklah, janji kek aku sedap sudah!

Faliq sudah menamatkan pengajian di sekolah menengah dengan cemerlangnya dan membawa balik keputusan sebanyak 6A dan kini baru memulakan kehidupan baru sebagai pelajar asasi di UKM. Ah budak itu, budak itulah yang memancitkan kedua belah tayar Honda City miliknya sampaikan dia terpaksa pinjam Myvi milik Naqif untuk ke kerja. Nasib baik Naqif pergi kelas naik train sekarang sebab dia dah malas nak hadap kesesakan jalan raya.

Arief pula sedang berada di tahun-tahun akhir sekolah menengah, yang seorang itu minat betul dalam bidang melukis. Sekarang dia sedang sibuk menjadi editor majalah sekolahnya. Sibuk betul edit gambar orang sampaikan tiap-tiap hari umi terpaksa mengetuk pintu bilik itu berkali-kali bagi menyedarkan Arief yang terlampau kusyuk.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now