Bab 51 ; Mungkin tak ada jodoh kita

10.8K 509 37
                                    

Riuh-rendah kawasan rumah itu dengan gelak tawa dan celoteh kanak-kanak. Hanis hanya tersenyum sebelum melabuhkan duduk di kerusi kayu di halaman rumah itu, jauh sedikit daripada kanak-kanak yang sedang bermain disitu. Dia hanya memerhati sambil menyuapkan baki spageti aglio olio ke dalam mulut.

" Hei jangan main lari-lari, nanti jatuh nanti! " lagi sekali Hanis sengih mendengar laungan kuat Shazlin atau lebih mesra digelar Kak Lin. Pelanggan tetap kedai keknya, ada sahaja pesanan kek daripada wanita itu. Dia akui, Shazlin antara orang-orang terawal yang mengunjungi kedai keknya dan kini mereka rapat bagaikan kakak dan adik. Maklumlah Shazlin tua sepuluh tahun darinya. Memang kakak-kakak sangatlah.

Dari jauh Hanis hanya memandang Alana yang sibuk bermain dengan anak Kak Lin, sibuk betul mengendong anak bongsu Shazlin yang berumur tiga tahun itu.

" La pi lah tambah lagi, tu banyak lagi tu. " Hanis sengih mendengar teguran Shazlin.

" Tak apa kak, nak bagi perut ni rileks sat. Satgi meletup, banyak sangat makanan yang sedap. Tak tau nak pilih yang mana. " balas Hanis ceria sambil ketawa.

" Ha tak apalah kalau macam tu, ni akak nak pi pujuk Mika sat. "

" Lah kenapa? Birthday boy mana boleh sedih-sedih. " soal Hanis, pelik juga dia. Sedang anak Shazlin yang bernama Mikael itulah yang paling aktif sekali. Dah kenapa pula kena pujuk?

" Uncle Akim dia tak datang lagi, mengamuklah budak tu. " balas Shazlin, Hanis berkerut. Dah siapa pulak Uncle Akim tu?

" Tu jiran depan rumah tu, dia rapat dengan Uncle Akim dia tu. Itu yang mengamuk tak tentu pasal sebab uncle dia tak sampai lagi. " terang Shazlin, terangguk-angguk Hanis mendengar kata-kata Shazlin.

" Oh kalau macam tu tak dapatlah Nis nak tolong hehehe. " macam-macamlah budak Mikael ni!

" Tak apalah, akak nak pujuk dia kejap. Makanlah dulu, jangan malu-malu. "

" Heheh memang tak malu pun kak, itu yang dah masuk dua pinggan aglio olio ni. " Shazlin hanya ketawa dari kejauhan mendengar balasan Hanis.

" Assalamualaikum.. Mika! " satu suara garau memberi salam. Hanis menoleh melihat Mikael yang sudah menjerit gembira mendapatkan seorang lelaki.

" Uncle Akimmm!! " riang sahaja Mikael yang berusia 7 tahun itu menerpa ke arah seorang lelaki. Hanis memperbetulkan cermin mata, mahu melihat apa hebat sangat uncle Akim sampai Mikael happy macam tu sekali.

Hanis tergamam melihat susuk tubuh seorang lelaki berkemeja putih sedang mencangkung itu, macam familiar sahaja tapi dia kurang pasti sebab lelaki itu sedang membelakanginya.

" Why are you late uncle? " soal Mikael seolah-olah merajuk, kedengaran lelaki itu ketawa kecil.

" Sebab beli ni? Happy birthday Mikael Hakim. I wish you success and be a good child to your parents. " dan suara itu buat Hanis kaku, kenapa macam serupa. Kenapa macam sesuatu.

Hanis kaku di tempat duduknya, matanya tak lepas memandang belakang lelaki yang sedang mencangkung itu. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh dada kiri, jantung dipam laju bagai nak pecah. Apa yang tak kena ni? Dan kenapa suara lelaki itu seperti biasa didengari? Siapa? Lelaki mana lagi yang dia kenal sebelum ini?

" Dah dah jangan nak buat drama sangat, hang mai masuk makan. " Shazlin mencelah, kelihatan lelaki itu ketawa sebelum bangun berdiri. Kali ini lelaki itu menoleh dan Hanis pegun.

Dia..

Lelaki itu.

Hanis pegun bagai patung cendana, matanya masih dipasak pada susuk tubuh itu. Dan lebih mengejutkan lagi apabila lelaki itu perasankan dirinya. Mereka berdua terkelu. Jelas sekali wajah terkejut lelaki itu melihat dirinya. Bisu dan pegun bagai dipukau. Dan kini Hanis bertemu secara empat mata bersama Megat Idran, abang sepupu merangkap bekas suaminya.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now