Bab 7 ; Tak Manis

11.9K 512 15
                                    

" Kak Irah, kitorang tak buat apa-apa. Sumpah tak tipu, tadi Hanis tolong abang Ran je sebab dia demam. Lepas tu entah macam mana boleh terlelap dalam bilik ni sekali. " jelas Hanis takut dengan jelingan Zunairah. Idran yang masih mamai hanya memandang kosong.

" Abang tak buat apa-apa pun lagipun abang penat, nak demam. Hanis tolong je, kau jangan nak salah faham sangat. " balas Idran meredakan keadaan. Zunairah mengeluh perlahan.

" Aku tak marah bang tapi tak manis, tak elok orang tengok. Ni nasib baik aku yang masuk kalau orang jabatan agama yang datang? Sia-sia je kena kahwin free. Abang dengan Hanis sepupu je masih ada batas-batas yang perlu jaga." jelas Zunairah memandang Hanis yang sedang menunduk dengan rasa bersalah.

" Sorry Kak Irah, salah Hanis jugak sebab masuk bilik Abang Ran ni. Hanis minta maaf tapi sumpah Hanis takde niat lain. Niat Hanis nak tolong Abang Ran itu yang terlupa sekejap kedudukan kitorang. " Hanis membalas perlahan, serba-salah serta malu menguasai diri.

" Ni yang akak takut bila Hanis nak tumpang sini, abang ni selalu ada dekat rumah. Akak memang tak duduk sini, Kak Dar pula duduk menyewa dengan kawan-kawan dia dekat Johor sana tu. Memang ada Khaysarah tapi budak tu bukan selalu melekat dekat rumah. Akak bukan apa tapi tak nak timbul fitnah,  korang ni sepupu je bukan adik-beradik or suami isteri. Akak tak marah tapi elakkan benda macam ni berlaku lagi. " balas Zunairah, Hanis menganggukkan kepala.

" Takde apalah, kau jangan merewang sangat. Abang still tahu halal haram. " balas Megat Idran, sudahlah kepalanya berdenyut-denyut rasa macam nak pecah pula dengan bebelan Zunairah.

" Tahu sebab tu aku tak tuduh dan terjah macam-macam tadi sebab aku kenal kau dengan Hanis tapi kita still manusia biasa even iman tebal macam mana pun kalau syaitan tu nak goda tersungkur jugak. " tambah Zunairah lagi. Hanis rasa serba salah. Sangat.

" Janganlah gaduh, Hanis minta maaf kalau menyusahkan. Hanis dah cakap dah dengan umi dah sebelum datang sini, abang Ran selalu ada so tak manis duduk sebumbung tambah pulak makchaq dengan pakchaq takde tapi umi suruh jugak stay sini. Takpelah nanti Hanis try cari rumah sewa dekat-dekat sini. Takut jadi macam ni lagi so Hanis rasa ada baiknya Hanis cari rumah lain. " usul Hanis tiba-tiba, ya lepas ni dia akan terlepas daripada Megat Idran!

Megat Idran yang baru sahaja hendak lena terus celik, terkebil-kebil dia di dalam comforter mendengar usul Hanis.

" Eh tak payah, nanti apa pulak umi Hanis cakap. Senang macam ni lah, korang kahwin jela. Senang, boleh menghalalkan yang haram. " Zunairah tersengih. Idran di dalam comforter menjulingkan mata, bernas sangatlah idea kau tu!

" Merepeklah kak Irah ni, orang dengan abang Ran kan sepupu. " balas Hanis sambil ketawa palsu. Dia? Megat Idran? Kahwin? Nak dia mati awal ke macam mana?

" Apa yang merepeknya, sepupu dengan sepupu boleh kahwin lah. " balas Zunairah, tersengih mengusik. Dia mahu ketawa melihat pipi Hanis yang memerah. Comel sangat adik sepupunya yang satu ini!

" Nanti generasi tak berkembang. " balas Hanis lagi, Zunairah ketawa kuat.

" Amboi belum apa-apa dah fikir pasal anak. Advance jugak eh otak Hanis ni! " usik Zunairah lagi. Suasana tegang tadi mula menjadi panas.

" Ish kak Irah ni! Dahlah Hanis nak keluar, tolong kemas dulang tu eh. Hanis nak solat Asar kejap. " terus mencicit Hanis lari, Zunairah ketawa lagi.

" Lari la tu!! " laung Zunairah dengan sisa tawa menghiasi bibir.

" Mana ada, jalan je! " balas Hanis di sebalik pintu bilik Khaysarah. Huwaa malunya!!

" Eh bang, bangunlah kau. Ingat aku tak tahu kau buat-buat tidur? Bangun mandi, dah kalau tahu demam bangunlah mandi. Segarkan diri! " sekian pesanan penaja dari Puan Sharifah Zunairah Sasqia.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now