Bab 12 ; Rasa

10.5K 501 7
                                    

Hanis mencapai cream cheese Tantura sebelum dimasukkan ke dalam troli. Idran menolak troli melepasi bahagian sejuk di situ. Hanya mereka berdua sahaja ke Tesco memandangkan tiba-tiba sahaja Faliq perlu tiba lebih awal di sekolah untuk berjumpa dengan coach training nya. Hanis hanya mengekori langkah Idran yang jauh di depan bersama troli. Mereka melalui laluan rak biskut, Hanis mengambil sepeket biskut marrie dan biskut kracker.

" Banyak ke nak buat? " soal Idran yang mendekati Hanis, dia berdiri di sebelah Hanis.

" Tak adalah banyak, nak buat makan dekat rumah je. " balas Hanis lalu meletakkan biskut itu ke dalam troli. Dilihatnya troli sudah penuh dengan bermacam barang seperti sekampit beras, gula, minyak dan tepung. Hurm, dia beli barang basic ni nak buat apa?

" Kenapa beli semua ni? Dekat rumah makchaq ada lagi kan? " soal Hanis memandang Idran yang selamba membelek setin biskut pelbagai jenis itu. Sesekali mata Hanis galak merenung Idran yang hurm kacak berpakaian kasual. Dengan tshirt hitam dan kemeja biru gelap di luar serta jeans denim, Idran nampak muda beberapa tahun. Haip, mata tu mata tu!

" Untuk charity. " balas Idran selamba. Hanis mengerutkan dahi.

" Hah? "

Namun tiada balasan daripada lelaki itu, dia terus memasukkan tin biskut itu ke dalam troli sebelum terus berlalu meninggalkan Hanis yang terpinga-pinga sendirian. Dia ni kan! Kali ini, Hanis hanya memerhati Idran yang lincah memasukkan mi segera ke dalam troli. Dia nak buat apa sebenarnya ni?

Hanis leka, leka merenung Idran dari jauh tanpa sedar ada seorang budak lelaki sedang menolak troli ke arahnya sambil bermain telefon. Hanis masih lagi tersengih seorang diri membayangkan dirinya dan Idran seperti pasangan suami isteri yang sedang memberi barangan dapur.

Buk!

" Auw sakitlah! " Hanis terduduk. Budak lelaki itu tergamam. Terus dia mendekati Hanis yang sedang menggosok-gosok siku yang terasa sengal.

" Sorry akak, saya tak perasan sangat. Sorry sorry, salah saya jalan tak tengok depan. Maaf maaf. " kata budak lelaki sebaya Faliq atau tua sedikit daripada Faliq. Hanis menganggukkan kepala namun malang tidak berbau, saat budak lelaki itu menarik trolinya tanpa sedar kain blaus Hanis tersangkut pada roda troli dan apa lagi?

Prap!!

" Ya Allah! " Hanis memegang blausnya yang sudah terkoyak besar dan budak lelaki tadi sudah menghilangkan diri. Hanis merungut.

" Hish mangkuk punya budak, boleh kau blah macam tu je? " Hanis mendengus kasar.

" Asha! " Hanis mengangkat wajah melihat Idran yang tergesa-gesa mendekatinya. Idran mencangkung disebelahnya, betul-betul disebelahnya.

" Ya Allah macam mana boleh terkoyak ni? " soal Idran melihat wajah Hanis yang berkerut.

" Tadi ada budak langgar, tu yang terduduk tu lepas tu kain blaus ni masuk dalam roda troli dia. Habislah terkoyak besar macam ni. Macam mana ni Abang Ran? " soal Hanis cemas, sudahlah punggungnya terasa sengal akibat jatuh mendadak, ditambah pula dengan blaus terkoyak sampai ke pinggang. Ni kalau angkat tangan ni free free je orang nampak perut dia.

" Come. " Idran hulurkan tangan menarik Hanis untuk bangun. Nasib baiklah lorong di situ tidak ramai orang, tiada siapa sempat lihat drama sebabak di antara Hanis dan budak lelaki tadi.

" Baju ni, how? " Hanis tunjuk blaus biru pastel labuh yang sudah terkoyak dibahagian sisinya.

" Come, abang koyakkan lagi sebelah. " Idran mendekati Hanis yang terkaku.

Hati Ini Milik Siapa? Where stories live. Discover now